Thursday, June 16, 2011

Due date

Assalamualaikum :)

Sedang aku menanti yang dinanti, jari jemari gatal pula menari di remote tv. Habis semua channel yang ada, aku alih, memandangkan keseorangan di kala malam gerhana ini. Syok punya menukar siaran, terpandang pula iklan Imam Muda (IM). Sedutan tugasan minggu ni. Menguruskan jenazah yang tidak dituntut. SubhanaAllah. Kini, terbayang-bayang pula di ruang mata sehinggakan mengundang ketidakselesaan di hati. Astaghfirullah...

Mati. Semua makhluk pasti merasai mati. Cuma bila dan bagaimana sahaja yang kita tak tahu. Jika minggu lalu ku melihat program IM dengan tugasan yang melibatkan banduan yang menunggu saat kematian. Astaghfirullah...sayu sangat bila ada di antara mereka terpaksa menerima hukuman kerana fitnah dan teraniaya. Redhanya dia menunggu saat dihukum. Tidak kurang juga yang seakan-akan tidak berpuas hati kerana mengetahui tarikh kematiannya.

Cuba bayangkan bila kita dah tahu tarikh kematian kita? Confirm, harta dunia ni kita tak jeling langsung sebab kita hanya ingatkan Dia dan bertungkus-lumus beribadat untuk bekalan ke sana nanti. Rasanya itu antara kelebihan bagi mereka yang sudah mengetahui tarikh akhirnya dia di dunia ini.

Bagi yang tak tahu macam aku ni, dan sesiapa pun yang memang tak tahu rahsia Allah yang satu itu, belum cukup rasanya dalam tiap nafas detik saat yang berlalu kita ingatkan Dia. Astaghfirullah. Lagi dasyat, bila susah baru ingatkan Dia. Astahgfirullah... Semoga diredhai. Seperti juga hikmah Allah iaitu antara perkara yang dirahsiakan olehNya. Kalau kita tahu, dah tentu kita buat semua benda tanpa banyak soal dan pertimbangan kan.

Apa yang untungnya kita yang beragama Islam... dari Abu Hurairah r.a berfirman:

"Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit."


"Kata Hammad: "Kerana baunya harum seperti kasturi."


"Kata penduduk langit: "Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu'alaika (Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.


Lalu roh dibawa ke hadapan tuhannya Azza wa jalla dan Allah berfirman; "Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana sehingga kiamat."


Kata Abu Hurairah lagi: "Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya, kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian. Maka berkata penduduk langit; "roh jahat datang dari bumi."


Lalu diperintahkan, "bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."

Betapa untungnya kita yang dilahirkan Islam. Tetapi, apakan daya. Ada pula yang tidak menghargai dirinya dilahirkan Islam. Cara hidup juga berubah rupa. SubhanaAllah... Astagfirullah... untuk ingatan diri ini dan yang sudi membaca, bahawa kita memang milik mutlakNya dan kita hanya sebagai pinjaman untuk merasai nikmat dunia... Wallahua'alam...

sumber: mstar ~jakim

11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sedangkan rasulullah dapat merasa betapa sakitnya sakratulmaut tercabut dari jasad apatah lagi kita yg terlalu banyak dosa....

Moga kita mampu untuk menempuhnya kelak kerana yg pasti kita akan mati juga.

nurul said...

thanq sar :-)

Anonymous said...

Kalau kita selalu mengingati mati, pasti kita tidak akan melakukan perkara yg sia-sia.

Tapi kebanyakkan orang sekarang berfikir, mati mesti ada sebab. Jadi, susah utk mereka memikirkan yang mereka akan mati hari nie, esok atau lusa tanpa sebab.

TQ... :D

s a r said...

*kak zakie :)

hm, ye kak. Rasulullah sendiri sakit yang tak tertanggung bila malaikat maut datang menjemput.

Semoga dipermudahkan segalanya. :)


*cek dreamygirl

yup beb. most welcome :)

s a r said...

*encek mohd yusuf.

betul tu encek. kalau semua fikir macam tu, benda ni di ambik mudah. then fikir waktunya lambat lagi.

dugaan dunia. lagi banyak Dia taburkan kemewahan dunia, lagi cepat kita lupa untuk kembali pada dia.

Semoga dirahmati dan diredhai semua. thanks kembali encek. :)

liyana said...

hmm..nice entry..

sentiasa ingati mati tu pntgkn..

thanks 4 the entry..

s a r said...

thanks cek liyana :)

yup. senang2 kita dapat pahala dengan mengingati mati kan :)

Wan said...

hi cik sar :)

bila bc entry ni..tingat plak hadis nabi yg berbunyi camni :

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

tangan slalu gatal yek bila pgg remote..tu cam dak nakal je..hihi ;)

s a r said...

hi encek wan :D

oh, terima kasih kesudian berkongsi. hampir terlupa hadis tersebut. :)

~ahah. nakal ala-ala baik. ahah. nakal sikit je. :p

Pia said...

"Bersyukur sbb dilahirkan sbgai seorg islam,alhamdulillah....tapi sedih sgt sbb ramai kt luar sana terutama ank2 remaja kita yg hanya islam pada nama...eh,jgnlah risaukan org ek...diri sendiri pun belom tentu hujung pangkal lagi,macamana tanggungjawab dan amanah...Masyaallah.."

s a r said...

yup kak.

betul la cakap akak tu. risaunya orang kita sekarang ni. islam hanya pada nama.

takpelah kak. kita sama-sama boleh ingat mengingati supaya tak lupa mana kita berpijak. itu lebih baik dari terus hanyut, lupa pada asal usul kita. :)