Monday, June 27, 2011

Cinta pemberi hadiah

Assalamualaikum :D


Sesuka hati diriku nak kongsi pasal CINTA situ sana sini sinun. Al-maklumlah. Cinta lain tak berapa nak tau. Ini je yang tau. :D

"CINTA umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah? Tepuk dada, tanya iman. Tentulah pemberi hadiah. Malangnya, apa yang berlaku kini lebih daripada itu. Pujaan, sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta dalam nyanyian dan filem kadang-kadang sampai ke tahap boleh 'mempertuhankan' cinta. Seolah-olah cinta itu segala-galanya. Padahal dalam realitinya, cinta sebegitu selalunya sirna setelah diuji di alam rumahtangga. Sementara belum dapat, dipuji dan dipuja. Tetapi setelah dapat, segala kemanisannya hilang."
(Pahrol.mj, 2006)


~oh maaf. tersentuh lagi bab perhubungan sesama manusia. Entry ni untuk ingatan diri ini sahaja dan tidak dituju khas kepada pencinta2 lain. Kurasakan potongan ayat di atas memang menarik dan memaksa aku untuk berfikir panjang dan melihat sekeliling apa yang sebenarnya sedang berlaku kini. "CINTA umpama hadiah dari Allah." "Wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah?" Antara potongan ayat yang paling menarik. Cinta pemberi hadiah, CINTA TERAGUNG tuu... SubhanaAllah...

Entry lalu kisah fiil lelaki zaman sekarang. Ada seorang sahabat memberi pendapat mengenai hal tu. Ku kirakan menarik apabila menyentuh pula tentang agama. Pokok pangkalnya adalah agama. Jika tiada pegangan agama, itu yang lagi menyumbang kepada perkara-perkara yang tidak sewajarnya. Salah satunya dalam perhubungan sesama manusia. Terutamanya baitul muslim. Kurangnya ilmu tentang perkara2 tersebut, boleh menyumbang kepada penceraian.


"Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Allah untuk haiwan"
(Al-Farabi)

Sepeti rakan ku bilang "manusia kini bukan tak tahu, tetapi sengaja malas dan tidak mahu ambil tahu." Disebabkan tabiat tersebut, maka kuranglah ilmu di dada tu mengenai batas perhubungan sesama manusia. Maaf sekali lagi. Hak masing2 untuk beri pendapat tentang hal ni kan. Tepuk dada, tanya iman, tanya hati masing-masing. Macam dalam kes perhubungan ni. Kita ada batas-batas yang perlu dijaga. Kita ada panduan yang harus diikut. So, why nak kena langgar. Oh, aku lupa. Lagi dilarang lagi nak buat ye tak. Hmm. Bak entry ku dulu, dah kena baru nak ingat!

Aku tahu aku juga bukanlah terbaik tetapi hanya sebagai ingatan ku sendiri pada masa hadapan. Manalah tau kalau tetiba esok-esok aku jatuh tersungkur, ada juga orang lain nak tolong hulurkan tangan. Tak tahulah kalau ada yang nak gelakkan. Tapi, mesti ada yang gelakkan punya kan. Terima kasihlah kalau ada yang sudi hulurkan tangan.

sekian...


Teringat satu ayat;
Dunia yang indah ini ibarat SYURGA pada yang kafir, dan PENJARA pula kepada yang beriman. :)

24 comments:

liyana said...

Dunia yang indah ini ibarat SYURGA pada yang kafir, dan PENJARA pula kepada yang beriman. :)

insyaALLAH ikhlas keranaNya..

hmm..pernh bace dlm buku 'tentang cinta'by pahrol mohd juoi tu..
still igt ayat tu..hehe
cintaila Penciptanya lbih dr dirinya..chewah..

s a r said...

~ehehe. cek liyana pun baca? :D

realitinya itulah yang berlaku sekarang ni kan :)

nobody said...

Salam sweetie :)

bestnye post ni ^^
membuka mata hati saye :)

thanks amat2

*takkanlah hadiah lebih dicintai dari pemberi hadiah kan?*

isk isk :(

*muga masih ada peluang untuk lebih mencintai si pemberi hadiah*

liyana said...

aah..hehe..mase lps spm ritu mama beli..

aah..itu realitinya..
semoga dijauhkan drpd perkara bgtu kn

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum sar.... sebab itulah sebelum benih cambah menjadi tunas ianya amat perlu penjagaan rapi. Cabaran besar sebelum ia menjadi pohon. Sama seperti kita manusia juga.

Pokok utama dalam kehidupan adalah pegangan agama. Iman tidak dibaja apa jua yg dilakukan tanpa timbang-tara agama mudah musnah dan digoda syaitan yg ada dimana-mana...

nurul said...

"manusia kini bukan tak tahu, tetapi sengaja malas dan tidak mahu ambil tahu."
salam sar..betul ayatni..sangat terasa..-)

hansuke said...

wah. ko promote blog aku sar? haha~ arigato!!..:)

s a r said...

*cek nobody :)

Assalamualaikum mydear ;)

busy sangat kamu ya. untuk ingatan diri sendiri dan sesiapa yang membaca cek nob. bersama :)

InsyaAllah If kita tetapkan hati dengan apa yang kita mahukan. segalanya akan lebih baik. InsyaAllah. Kamu jaga diri :)

s a r said...

*cek liyana

InsyaAllah. :)


*cek dreamygirl

waalaikumussalam beb.

hee. bukan kaw je terasa. aku yang post ni berganda-ganda terasa. ~uhu.

semoga kita diberi lagi peluang untuk berubah menjadi lebih baik... InsyaAllah.

s a r said...

*kakzakie :)

waalaikumussalam kak :)

iya kak. setuju. Nabi pun unjurkan begitu. anak-anak itu dilahirkan fitrah tetapi persekitarannya yang menjadikan apa yang berlaku hari ni. If iman yang ada tidak dijaga, lagi mudah la digoda. lagi tipis, lagi cepat kita melupakan apa yang telah diajarkan.

thanks kak :)

s a r said...

encek hansuke :)

~ahah. bukan ni je. ada entry aku yang lain pun. terutamanya yang ni.

http://sarwhat.blogspot.com/2011/04/suka-sangat-sabar-ni.html

siap pantun lagi. tapi maybe kaw tak perasan kot. Ehehe.. :P

sorry beb tak mintak izin kat kaw nak publish apa yang kaw kasi. hee. minta halal beb. :)

June 27, 2011 8:21 PM

Khairy said...

Ramai yang tahu cinta pada tuhan patut nya lebih dari segala2 nya. tapi sebab keseronokan tu...kita jadi lalai, so kena ingat la, seronok tu datang dari Allah. So, kena tunjuk syukur sebagai tanda mengingatinya

s a r said...

encek khairy >

yup. itulah sebenarnya yang berlaku sekarang ni. Terlebih mengagungkan yang tidak sepatutnya jadikan kita lebih alpa.

bersyukur dalam apa jua keadaan dan tidak pula mengingatinya ketika susah je kan.

thanks encek khairy :)

Unknown said...

Salam,puan,meminta pandangan/nasihat dari wanita berkaitan artikel yang di tulis di blog saya,silalah berkongsi bersamadi blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada puan.

s a r said...

waalaikumussalam. InsyaAllah. :)

but something wrong with your blog. 'malware detected'.

Anonymous said...

enviroment + respon = outcome...
bila persekitaran teruk ditambah plak dgn respon dari remaja, terjadi seperti sekarang nie.

Bagus entri nie, dapat sikit ilmu pasal cinta nie...

Anonymous said...

terlupa plak... dunia adalah syurga bagi org kafir, penjara bagi org beriman --> jika kita menahan nafsu di dunia ini, Allah akan puaskan nafsu kita di syurga (nie apa yg saya dgr kat surau). he3

Wan said...

hi cik sar :)

cinta kepada Pemberi hadiah adalah cinta yg agung..kasihnya kekal abadi..

dan kita juga perlu menghargai hadiah pemberian Nya..jgn sesekali dipersiakan..itu tanda kita bersyukur dgn hadiah dari Nya kn.. ;)

s a r said...

*encek mohd yusuf :)

yup. setuju dengan encek. persekitaran banyak memain peranan. Rasulullah pernah bersabda yang manusia dilahirkan sebagai fitrah yang mana ibubapa (persekitaran pembesaran) yang menjadikan mereka ini yahudi, nasrani.

maksudnya, tidak salahkan mak ayah yang membentuk mereka tapi persekitaran pembesaran mereka yang banyak mempengaruhi dan membentuk mereka menjadi sebegitu.

betulkan andai saya salah encek. :)

betul! setuju tu. InsyaAllah. semoga diberi kekuatan untk melalui ujianNya. Melawan nafsu kita juga salah satu ujian yang agak hebat dari Dia kan. :)

thanks encek :)

s a r said...

encek wan :)

hi!

yup. itulah sewajarnya. sentiasa bersyukur dengan setiap pemberiannya dan bukan pula melebih-lebih mengagungkannya kan. :)

gud luck kamu 3 julai ni ye. ~eheh :D
semoga diberkati insyaAllah. :)

dwatyKNY said...

kita selaku manusia sentiasa alpa dan lalai... so, perlu diingatkan selalu... btw..nice info...

s a r said...

thanks cek dwaty. :)

yup, kena selalu ingatkan. sekali jatuh, takkan nak biar jatuh selamanya kan.

thanks again :)

iyan shazlind said...

kadang kita terlupa lalu terbabas hingga lupa kepada pemberi hadiah yang Agung..tak salah mencintai sesama makhluk namun jangan berlebihan kan..kerna cinta agung hanya untuk Allah...

s a r said...

yup. betul tu. kadang2 sebab terlalu sangat melayan nafsu, sampai terlupa CINTA yang SEBENAR.

thanks for comment iyan :)