Monday, November 28, 2011

Hargai Jagai Bersyukur!

Assalamualaikum :')

Kisah di suatu malam...

Makcik Ti : Si, nanti kita pergi rumah Ra nak?

Makcik Si : Eh, kenapa?

Makcik Ti : Tadi alang kaw ke rumah dia nak tanya pasal kenduri. Tiba-tiba katanya tak jadi. Masa tu dia sibuk2 nak ke hospital. Katanya anak dia kena potong tangan.

Makcik Si : Hah! Biar betul akak... Allahuakbar...

S A R : ............................. (mashaAllah... ujian apakah untuk gadis itu ya Allah... kuatkanlah hatinya ya Allah..) ~cuba bayangkan kalau kita kat tempat tu??? subhanaAllah....


**************************


Sebaik-baik kejadian adalah manusia. Diberi akal dan hati untuk mengemudi hidup. Diberi anggota agar perjalanan hidup dapat dilaksana dengan lebih baik.

Sudahkah kita bersyukur di atas segala kurniaanNya selama hayat kita? Rasa cukupkah atau kita masih lagi sebenarnya tak terlihat lagi akan segala nikmat yang diberi? MashaAllah. Tapi... tetap juga masih ada yang tak tahu dan tidak mahu bersyukur akan nikmat yang ada. Masih lagi nak berungut segala!

Wajah, kaki, tangan serta sekalian anggota... cukup lengkap dikurnia mahupun ada di antara kita yang tidak memiliki keistimewaan tersebut sejak melihat cahaya pertama. Pada yang sedia ada,... bersyukurlah kita. Pada yang tiada, mereka redha dengan ketiadaan mereka. Kenapa kita yang ada tak tahu nak redha dengan apa yang ada? Astaghfirullahal'azim... semoga sentiasa diberkati. InshaAllah.

Pada mereka yang memilikinya namun, cepat benar ditarik semula keistimewaannya itu... SubhanaAllah. Dia memang pemberi pinjam yang terbaik. Namun, segala yang terjadi memang kehendakNya. Siapa kita untuk mempersoalkannya? Semoga diberi petunjuk, diberkati dan diredhai. InshaAllah....

18 comments:

~PENCHENTA~ said...

Hmm. Kenapa kena potong?

Semoga saya pun mampu redha setiap masa. :'(

Cikgu Ma said...

bersyukur!!!! =)

ewanthology said...

semuanya hanya pinjaman.. gunakan dengan bermanfaat

s a r said...

#pechentaqu.

inshaAllah adikku. :)

erm, mungkin kecuaian. tapi kata orang kalau benda nak jadi kan, jadi juga. Kalau dah Dia kata begitu, siapa kita nak menolak kan. :)

fuad ansari said...

kadang2 kita rasa ujian kita dah berat, rupanya ujian orang lain lagi berat..

alhamdulillah, bersyukur dengan apa yg ada..

s a r said...

erm, terima kasih encik ayatmu itu.

baru sedar tentang tu. bila fikir balik, kita duk runsing dengan ujian yang Dia beri pada kita. tapi sebenarnya ada lagi orang lain yang menerima lagi maha hebat ujian dariNya. thanks. :)

Anonymous said...

salam.

kak sar. lama tak jenguk :)

akak duduk kat area banting kan? saya rasa saya kenal siapa yg kne potong tangan tu :'(

sebab sy br dpt berita rakan sekolah rendah saya kne potong tangan. sbb accident masa dia tgh kije. saya sgt terkejut dan sedih. kmungkinan besar, org yg kak sar mention tu adalah sahabat saya.

tu la. Allah bila2 masa boleh tarik nikmat yg dia bagi kat kita. selagi masih sempurna ni, seharusnyalah gunakan dgn baik. tapi, selalu leka :(

astaghfirullah.

p/s : moga Allah beri kekuatan pada Dia. InsyaAllah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuknya.

s a r said...

salam liyana. :)

ehee. semenjak orang tu terbang ke sana dan telah memblockingkan blog dia. hee. akak dah tak boleh ke blog lyana. huu.

dunia ni kecik kan liyana? akak pun rasa orang yang sama. akak tak kenal la sangat dia. last jumpa raya hari tu dia dtg rumah. akak tak pergi tengok pun sebab tak sampai hati. :'(

erm.. akak dengar pun, rasa lemah lutut dah. tak boleh nak bayang macam mana. dan terbayang sampai hari ni macam manalah dia rasa. hmm.. :'(
her mom yang macam sedih sangat. aunt akak pergi jumpa dia. cakap girl tu sangat cool. tapi dalam hati, kita tahu kan. Dia je yang tahu.

erm.. betul la liyana cakap tu. kekadang kita ni leka. dan ada tu pula sengaja abaikan. malah ada pula yang berungut2 lagi. tak sedar dengan nikmat yang dah ada. astaghfirullahalazim.

Aminn. InshaAllah. semoga diberi lagi kekuatan hadapi dugaan yang mendatang.

p/s- cik lyana dulu sekolah rendah kat mana? sekolah rendah keb. paling dekat satu je. :)

Anonymous said...

hee tu la. takpe la. biar saya je yg dtg jenguk akak selalu :)

Allah je yang tahu apa yang dia rasa. Tapi, saya sangat sangat mahu jumpa dia. I wish I could hug her, telling her everything will be fine and Allah is always with her :'( saya tau, sedih tu mesti ada. siapa yang tak sedih kan?

Moga Allah beri kekuatan.

oh, saya dulu sekolah rendah kat sek keb batu laut :)

s a r said...

hee. thanks la wahai cik liyana. :)

erm, yala. akak rasa sebab dia tahu tu semua dia boleh handle emosi yang sangat cool tu. boleh lagi gelak2. nak lagi jumpa siapa2 yang datang lawat. sedih mesti ada cuma kita aja yang tak tahu kan. :(

semoga diberi lagi kekuatan. inshaAllah.

oh, nampaknya pernah sekolah yang samalah kita ya. :)

liyana said...

thanks for the entry..
buat yana terpikir cmnela bila tgn ini di potong

Mindaberbisa said...

Ada baiknya atas sesuatu kejadian, bersebab ianya berlaku. KehendakNYA sentiasa terbaik buat kita.

Yusuf said...

betul tu, bersyukur la dgn apa yang ada....jangan nak mengubah ciptaan Allah plak... Segalanya adalah pinjaman dari Allah...org ckp, jgn buat harta sendiri... :D

Anonymous said...

akak sekolah sama dengan saya?

Okay, EXCITED! haha~

Akak batch bila?

s a r said...

#cik liyana

:)

#pencari Allah.

InshaAllah. Dia sentiasa janjikan yang terbaik buat kita kan. :)

#encik yusuf

ahah. banyak sekarang yang cuba ubah. :D
tak pernah ada perkataan 'hak milik kekal' dalam dunia ni kan?. :)

s a r said...

#lyana

~ahah. 'EXCITED' kamu tu menyeramkan je. ahah.

jauh batch kita ni lyana. tapi kalau lyana darjah satu, kita stil satu sekolah lagi la. hee. :D

Anonymous said...

seram? haha~

ohhhh i see. so akak satu batch dgn syafiq ramjis eh? kenal tak? masa saya darjah satu, dia la ketua pelajar.

rumah akak kat mne eh?

ehhh tiba2 buat conversation plak kat sini. sorry.

s a r said...

~ahah sikit la jugak :P

kenal la jugak. satu kelas. :P

tu la pasalnya. kat sini pula conversation nya. hee :D