Sunday, November 6, 2011

Itulah orang kita


Assalamualaikum. :D

~sesi jom kahwin bebelan panjang!

Makinlah agak menyeronokkan bercerita tentang jom kahwin! ni. ~eheh. Ok, kali ni sesi jom kahwin membawa kepada tabiat ORANG KITA dalam membuat suatu majlis kahwin. Topik lepas dah sentuh bab bajet dah, kali ni kait jugak bajet tapi perkara yang menyebabkan bajet itu sedemikian rupa. ADAT ORANG KITA. Kata orang, biar mati anak jangan mati adat! Allah... Ramai yang dah kata pepatah ni tak boleh nak pakai. Ada ke mak ayah sanggup biar anak sendiri mati dari adat? :D

Antara adat yang agak popular... ~bukan agak dah. tapi memang popular :D

1.  Kewujudan pelamin.

~gambar hiasan semata :)

Dah ada pelamin, dah tentulah untuk pengantin kan? Bila dah ada pengantin, ada persandingan kan? Kalau ada persanding, tak sah pula dengan tepung tawarkan? Sepengetahuan aku, persandingan boleh dilakukan TETAPI bersyarat. Persandingan hanya disaksikan oleh kedua orang tua, mahram, keluarga terdekat dengan tempat yang bertutup SAHAJA! ~ betulkan kalau salah. Tapi, itulah orang kita. Kalau tak buat, takdanya gugat akad yang dah dibuat. Itulah orang kita... :)

Jika dilihat, kebanyakan adat kita diperngaruhi oleh adat daripada bangsa lain. Tapi yalah, orang kita, apa ada hal. Adat tu lebih penting dari segala2nya. Kata2 cercaan orang itu lebih membunuh diri andai majlis tidak dilakukan mengikut adat. Terbaca dalam satu forum.

Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (riwayat abu dawud)

Hadis ni menyentuh akan adat merenjis. Yang mana adat ini dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindari pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia tak ubah mengikut adat Hindu. Jatuh haram dah hukumnya.

Tapi jika dilakukan atas niat semata ingin memeriahkan majlis tanpa disertai dengan sebarang niat, ia diharuskan. Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya satu tempat selagi ianya takda unsur2 haram dalam islam.

Tapi kalau takda benda ni lagi bagus apa. Jimat jimat jimat... :D

2.  Majlis siapa paling hebat. :D

Ni pun satu masalah jugak ni. Majlis yang diadakan menelan belanja yang boleh mencekik leher diri sendiri. Macam kata seorang teman blogger, "ada duit, macam2 boleh buat maa". Siapa nak kisah kalau duit tu dah tak tahu nak buat apa kan. Buat majlis selagi bolehlah gamaknya. Ayat dalam forum tu tentang soal jawab kahwin ni,

"tiada pembaziran dan takda aktiviti2 yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah swt dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tetamu yang hadir. Disebabkan manusia tidak mengambil berat akan syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak kepada Allah. Itulah masalahnya; manusia akan cari Allah waktu duka dan lupakan waktu senang dan gembira."

3. Hukum berinai.

Hmm... banyak persoalan yang muncul di ruang kepala ni bila menyentuh hal inai. Ada yang menyatakan haram penggunaannya bagi wanita yang belum berkahwin kerana untuk tatapan orang lain. Bagi isteri pula hukumnya harus kerana berhias untuk suami. Maaf. Aku kurang arif tentang ni. Jika dilihat semula penggunaannya di dalam adat, berbalik semula kita ke adat agama lain. Macam sekarang ni jadi trend pula memakai inai bercorak2. Tak cukup tapak tangan, sampai ke lengan, ke lutut pun ada. hehe.


Ada aku mendengar huraian daripada satu ceramah. Menyatakan penggunaan inai bagi perempuan adalah harus sekiranya inai itu dihujung jari dan tidak pula bercorak segala. Kerana ianya seperti kita mengukir tatu walaupun ianya inai. Bagi tujuan berubat juga hukumnya adalah harus.

Hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra:

"Bahawasanya, Rasulullah saw mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah saw) mengutuk pembuat tatu dan yang minta ditatu." (sahih muslim) ~rujuk here


Moralnya, jangan keterlaluan. Besederhanalah dalam segala hal. Jangan pakai buat je semata-mata nak ikut trend. Dia sendiri takkan membezakan kita mengikut trend. ~ingatan untuk diri sendiri :)

18 comments:

~PENCHENTA~ said...

Ehem. Post kawin nampak. :P

s a r said...

~ehem... musim kahwin,... memanglah pos pasal kawin. ahah

Mohamadazhan.com said...

perkongsian menarik! ramai terlalu bazir soal kenduri. ttg inai tu ada kitab bahas haram bagi lelaki ttpi dibenarkan bg perempuan.wallahua'lam

s a r said...

erm, betul encik mohamadazhan. kadang2 sebab terlalu mengikut adat, pembaziran berlaku senang je.

erm, ada juga dengar yang macam tu. macam2 jugaklah sebenarnya. imam shafie pun kata haram bagi lelaki tapi harus bagi wanita. thanks ya encik. sudi kongsi. :)

Unknown said...

SALAM AIDILADHA,
ADA MESEJ YG DISAMPAIKAN. TKASIH ATAS N3 INI

fuad ansari said...

benar...

persepsi masyarakat harus ditukar..

terkadang2 orang2 tua yg lebih beriya2 nak ada itu dan ini dari si pengantin sendiri... susah jugak dibuatnya..

apa dikisah pandangan manusia berbanding pandangan Allah swt..

(",)

s a r said...

#luahfikiran

salam aidiladha Dr.
:)

#encik fuad

orang kita lebih kesah dengan pandangan manusia kita kan. hmm..

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...dah wangi yea hari ni...siap citer pasal kawen siri II plak..hihi..

kalau my dad pun memang menentang bab persandingan...

ewanthology said...

patutlah kos kawen meningkat.... tak nak kalah ngan orang lain... ahakss

Norsha said...

dunia hari ini penuh tipu daya....

s a r said...

#cikguma

waalaikumussalam
~ehehe. memang sentiasa wangi. :D
erm, saja je sebab my bro punya majlis dah dekat. hee.

#delarocha

hee.. biasalah tu. :)


#norsha

ada yang tak sahlah kalau tak menipu kak. hmm

Wan said...

Salam cik Sar..salam Aidiladha :)

emm..cik sar dah nak kawen ye..

jgn lupa jemput tau..hehe..

anyway..nice entry..bersederhana itu lebih baik kn :)

s a r said...

waalaikumussalam encik wan :)

salam aidiladha kembali.

encik doakanlah ya, inshaAllah. hee.

eh, bukan dia ke yang sibuk nak kawen dengan cik bunga ke? ~eheh. jangan lupa jemput! ;D

ghost said...

nih yang aku risau bab banyaknya hal yang mesti dibuat dan dipersiapkan sempena perkawenan.

tapi nak wat camner,demi orang yg tersayang..turutkan saja.

Anonymous said...

gee mengimpikan perkahwinan yg sederhana je.. hehe... pelamin tak penting yg penting berkat.. kan? hehe.. :)

s a r said...

#encik ghost

hmm. berbalik pada niat kitalah encik ghost. tapi tak salahkan kalau bersederhana dalam segala hal.

p/s-kadang2 ku rasakan kamu comel encik ghost. ahaha. :D


#miss gee

sangat betul! ;D

Mindaberbisa said...

walimatul urus ini disalah tafsirkan menjadi satu adat.

s a r said...

sangat betul!