Wednesday, November 30, 2011

Sulh

Assalamualaikum :)

~sesi jom kahwin! kali ni, sebenarnya tak berapa nak best sebab sentuh pasal penceraian. Diharap, panjang jodoh sahabat sekalian sehingga ajal yang memisahkan. InshaAllah aminn.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِن تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. 
An-nisa' (4:128)

*ayat ini diturunkan ketika isteri Rasulullah saw, Saudah memberi giliran untuk beliau kepada isteri baginda yang lain, Aishah.

Just nak share sikit ilmu masa pengajian ku dulu. Kali pertama dengar perkataan SULH ni agak janggal la bagi yang single mingle. Mungkin bukan pada yang dah berumahtangga batu. Agak bertuah jugaklah dapat jejak mahkamah syariah semata2 sebab ni. Aku berharap tiada antara kita perlu melibatkan diri dalam majlis ini. Aminn...


~gambar hiasan semata :D
Islam itu memudahkan dan tidak menyusahkan bukan? Jika faraid sudah tertulis di dalam al-Quran (An-nisaa' 11-14), Sulh ni pun ada juga. Berdasarkan ayat di atas. Dari segi perundangan sivil, dipanggil proses mediasi keluarga. Maksud perkataan 'Sulh' itu sendiri 'putus pertengkaran'. Para ulama fiqh pula mentakrifkan Al-Sulh sebagai satu ikatan perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai kerjasama perdamaian antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham/bertikai.

Ianya juga merupakan salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan kes-kes yang tertangguh saban tahun di mahkamah. Satu kes hingga memakan masa bertahun-tahun. Mana tidaknya, kedua pihak yang terlibat tidak mahu bertolak-ansur. Walhal, Islam kan tidak menyusahkan. Wujudnya majlis ini, pihak yang terbabit tidak perlu bersusah payah hired peguam mahal-mahal semata-mata ingin melawan pihak lawan. 

Antara tuntutan2 yang boleh diselesaikan melalui majlis ni, tuntutan Muta'ah, nafkah Iddah, tertunggak, nafkah anak, harta sepencarian, hutang maskahwin, hal-hal yang difikir munasabah, hak penjagaan anak, permohonan perlaksanaan mahkamah, mengubah perintah, kembali taat dan wali enggan. 

Salah satu keistimewaan majlis ini adalah untuk membela nasib wanita yang biasanya teraniaya selepas penceraian berlaku. (tapi ada je kaum Adam yang teraniaya. :D). Tengok! Indahnya Islam kan. Maka dengan demikian, kaum wanita yang terlibat, jangan risau. Nasib anda akan terbela. Cumanya, apabila perbincangan atau kata putus antara kedua pihak yang bertikai tidak dapat mencapai matlamat, baru kes2 tuntutan ini dibawa ke peringkat yang lebih serius. Tu yang hired peguam paling hebatlah apalah. Walhal, dengan adanya benda ni, tak perlu bazir duit banyak2. Macam tu jugak faraid. Kewujudannya benda ni lagi memudahkan kita. InsyaAllah..

Keistimewaan lain, kerahsiaan dan keaiban diri terjaga. Apabila sudah melibatkan pihak lain (hired peguam, saksi2), masalah yang dihadapi menjadi perhatian umum. Kan tak bagus tu. Apa yang penting dalam mencapai pendamaian antara keduanya adalah sikap TOLAK ANSUR amat diperlukan dalam mencapai kata sepakat. Kedua-dua pihak akan dapat hak masing2 dan hubungan juga lebih aman walaupun tidak kembali bersama.

Maaf, andai maklumat tak lengkap. maklumat lanjut boleh didapati di dalam website mahkamah syariah yang ada dan mr google yang macho pun boleh tolong. Sekian... :)

*Muta'ah: Saguhati yang wajib diberi kepada bekas isteri yang pernah disetubuhi jika penceraian bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. Juga tertulis di dalam surah Al-baqarah: 241.


~maaf. andai ada tersilap. betulkan jika salah. tidak berapa nak arif bab nikah kahwin. :)

7 comments:

fuad ansari said...

byk ilmu ni.. dah boleh kawin dah ni.. (",)

ye lah, takut jugak nak cerita bab ni... takut terkena kat diri sendiri..

Jarang dapat melihat tolak ansur dalam penceraian kerana ia berkadar langsung dengan tiadanya tolak ansur dalam perkahwinan..

ghost said...

sharing is caring

thanks untuk kongsinya,sahabat.

s a r said...

~eheh. bab ni inshaAllah. bab kahwin tak lagi encik. :D

betul. takut sangat sebenarnya.

memang payah untuk ada sikap tu. betul la tu encik kata, pembubaran perkahwinan pun kerana tiada sikap ni. dan biasanya encik, kes2 yang melibatkan majlis sulh ni semata2 untuk membantu mempercepatkan proses. sebab ada di antara yang terlibat kebanyakannya inginkan penyelesaian cepat. paling famous bab tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak. nak tak nak, kena juga ada tolak ansur even pada mulanya akan ada pertengkaran depan pegawai sulh tu.

s a r said...

encik ghost.

lama tidak kelihatan rasanya. :)
inshaAllah. :)

Mindaberbisa said...

Assalamualaikum cik sar, Al-Quran dah tunjukkan segala ilmu langit dan bumi, bergantung pada kitalah nak ambil iktibar atau tidak. Kekalutan dan kegusaran terjadi kerana kita egois untuk menerima dan praktikkan :)

s a r said...

waalaikumussalam pencari Allah. :)

ya. itu hakikat sebenar dalam hidup kita. ego dijunjung.

terima kasih pencari ALLAH. suka ayat kamu. :)

Mindaberbisa said...

:) Alhamdulillah s a r. sama-sama beroleh manfaat. Amin.