Tuesday, April 19, 2011

S A B A R lagi...

Assalamualaikum. :)

Pastinya akan ada kata, "sar, kau ni tak habis-habis dengan topik sabar" :p. Memang la pun sebab diri ini begitu lemah kalau bab sabar. Tajuk yang dah lepas sabar lagi dan sabar jangan sedih. Wahh.. benda tu semua bertepatan sungguh untuk diri ini :p. Tak kisahlah, bukan ada orang nak kisah pun kalau nak tulis 21 kali. :p Untuk ingatan diri ini yang cepat sangat lupa. Hari yang cerah harus dimulakan dengan perasaan yang cerah juga. Bukan macam semalam. Dahlah hujan, hati pun nak hujan jugak :p


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

"...Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (39:10)

~berulangkali aku letak ayat yang sama. tapi lupa jugak! apa la nak jadi kau ni sar!

Rasulullah saw bersabda;

"Sabar itu pelindung dari bala dan kesusahan dan pembantu bagi kehendak dan urusan"

Sayidina Ali r.a berkata:

"Sabar itu adalah kenderaan yang tak akan terjatuh dan Qanaah itu adalah pedang yang tidak akan tersasar."

Abdullah bin 'Abbas r.a berkata:

"Sebaik-baik persediaan atau persiapan ialah kesabaran menghadapi kesukaran."

Para Hukama berkata:

"Sifat sabar ibarat tali penambat hidung dari rahmat Allah yang terikat pada hidung orang yang sabar. Tali penambat itu dipegang oleh malaikat. Malaikat akan menariknya ke syurga. Akhlak yang jahat pula ibarat tali penambat hidung dari azab Allah yang terikat pada hidung orang yang berakhlak jahat. Tali pengikat itu dipegang oleh syaitan. Syaitan akan menariknya kepada kejahatan dan kejahatan pula menariknya ke neraka."




~tak ingat jugak...tak taulah kaw sar! Pandai je nasihat orang. Sendiri tak boleh nak handle. :p

10 comments:

ratukasih said...

sbr ye my frienz....
semua bnda yg berlaku ada hikmahnyer... aku pun mahu bermuhasabah diri.... ingt perpatah ini. "bersenang2 dahulu.. bersusah kemudian..." alamak mcm terbalik jer... hehehheheh.. *pembetulan "bersusah2 dahulu... bersenang2 kemudian..." (nie kes malas nak delete...) barulah kiter rasa tuk menghargai peluang yg kiter kecapi nnti.........

s a r said...

iya cek.. terima kasih pepatah salah taip dan diperbetulkan semula tu :p
~kes sengaja nak kutuk kaw! gegege..

anyway thanks. diri ini masih sabar menan apa yang belum pasti. InsyaAllah.

thanks for comment beb! :)

p/s-hilangkan kekeliruan dalam hidup :p

Anonymous said...

xkira la besusah2 ke besenang2 dahulu ker kemudian ker.....bsabar tu tetap kne nom 1......ehehehee

s a r said...

hehe.. berjaya akhirnya ya.. :p

betul tu. itulah yang sebenarnya yang terbaik. tapi diri ini tak cukup kuat untuk menggapainya.

~cecehceh..ayatku sungguh melampau :p
anywy, thanks sebab kesudian anda melihat blog ni sahabat. :)

ratukasih said...

ceit.... mahu gak ko kutuk aku.. takpe aku tak kesah.... jom kiter mengapai bintang mlm nie.... hehehhehhe

s a r said...

haha.

kutuk2 manja je beb. :p

gapai bintang malam ini?

dimanakah??? ~sambil pegang kepala memikir lokasi terbaik. :p

ratukasih said...

hehehhhe.... aku pun tak thu kat mana.. dalam bilik sudah.. tampal bintang kat dinding.. cnfirm leh capai....

bleh jer kutuk.... i tak kesah.. manja gitu... ;p

s a r said...

oh.. kalau dalam bilik memang dah ada dah bintang tu. siap dah berguguran sampai malas nak kutip.
hehe

ratukasih said...

kalu mcm tu.... try r gapai bulan pulak.... plawokkk~~ plawokkk~~~

s a r said...

erk? bulan pulak dah?
hmm.. tang mana pulak den nak cekaw weh..

isk isk isk.. tak dapat tak dapat..