Apabila denyutan mula terasa di kepala, mulalah kurasakan heart beats juga turut terjejas. Niat hati ingin melelapkan mata sebentar dengan harapan denyutan akan berkurangan, tetapi malangnya tidak berjaya. Aku mencuba pula dengan membaca sepotong ayat سَلَامٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ kerana yakin dengan kekuatan ayat tersebut.
Dalam mata yang terpejam dan merasai denyutan mula berkurangan, telingaku pantas pula menangkap rentak lagu dari tv yang terpasang. Denyutan tadi yang kurasakan mula berkurangan, tiba-tiba bertambah sekaligus heart beats ku juga terasa unstable. Kubuka mata untuk melihat program apakah yang mengeluarkan lagu sedemikian rupa. Sedikit keluhan terzahir apabila kulihat suatu program realiti yang diminati oleh anak muda masa kini. Maaf, jiwa mudaku mungkin dah berlalu. Salahku juga kerana melelapkan mata di tempat yang salah! :p
Dengan senang hatinya aku menukar ke channel lain tetapi tiada satu pun yang menarik perhatian. Maka, aku kembali ke channel asal tetapi ku mutekan volume tv. Disebabkan aku bersendirian mengadap tv berkenaan, maka aku berbuat sesuka hatiku tanpa ada bantahan :p.
Mata ku pejamkan semula dengan azam yang baru bagi menghilangkan rasa denyutan di kepala dan hati yang mula tidak tenang. Malangnya, langsung tidak mendapat apa yang diinginkan. Kulihat rancangan tadi pun dah tamat tetapi disambung pula dengan rancangan yang hampir sama.
Hampir setengah jam mata terpejam, tetapi dalam masa itu jugalah seakan-akan rentak lagu yang didengari tadi berputar-putar pulak dalam kepala ni. Ditambah pula dengan kondisi badan yang dirasakan mula mendapat effect daripada tiada ketenangan hati.
Semakin lama bertahan, rasa makin tak tenang. Bacaan tadi ku hentikan. Tetapi dengan tidak semena-mena, mulutku mengalun lagu Rabbani...Sekujur badan, berselimut putih,...Astaghfirullah... Mata kubuka, terus tv kupadamkan. Hanya satu je cara untuk aku hilangkan keresahan tak berpenghujung tu. Nyata ianya yang terhebat. Alhamdulillah...
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured." (Ar-Ra'd:28)
~Because of beats in the head was reduced and heart rate began to stabilize, then I type in the rhythm of the feeling :p
6 comments:
Assalamu'alaikum,
Kakak rasanya kalau dalam seminggu adalah tengok tv 2-3 jam je. Itupun tengok berita. Kalau tak berita pun tak tengok. Jadual sebagai ibu pada anak yg masih bersekolah memang padat. Kerja dari pagi hingga petang, balik masak, selepas solat maghrib dah nak ajar budak mengaji, anak tuisyen, anak belajar/homework, lepas gosok gigi dah tidur.
Cantik doa diberi utk diamalkan...
Lebih baik dari tengok rancangan tv yg asyik terkinja-kinja je....
waalaikumussalam kak :)
wah, penuh jadual akak seharian. :)
yela, bagus jugak macam tu.
Rasanya tengok tv salah satu aktiviti paling yang paling tak bagus sebab otak tak bekerja time tu. Terima input je. Lebih baik tidur. Sebab time tidur pun, otak kita lagi bekerja dengan mimpi-mimpi yang kita alami :)
Tengok benda-benda yang berfaedah je la yang terbaik dari program yang memeningkan :)
Alhamdulillah. Doa tu baca 3x then sapu ke kepala. InsyaAllah. (Yassin:58)
Hanya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang.
Thanks for sharing^^ !
all the best.
Alhamdulillah hanya Dia :)
Thanks lyana!
you too :)
Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang-13:28
^_^
Alhamdulillah..
InsyaAllah, itulah yang terbaik :)
Post a Comment