Saturday, April 2, 2011

Kerana kurang senang

Assalamualaikum :)

Disebabkan terlebih rajin, maka aku nak kongsi satu cerita seorang hamba Allah setelah mendapat permission darinya. Kisah ni hampir sama dengan cinta dan hikmah cuma situasi yang berbeza. Aku rasa ingin berkongsi akan cerita ini kerana sedikit sebanyak menyamai situasiku dan banyak beri pengajaran juga kepadaku. :)

'Kerana kurang senang' sebenarnya lebih kepada cara kehidupan seorang hamba Allah ni (F). Dia bukan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang senang tapi cukup bahagia dengan apa yang dia miliki sekarang ni. Seperti entry lepas tentang seorang sahabat yang mengambil keputusan untuk berubah kerana ujian cintanya, tapi kali ni si F berubah kerana cara kehidupannya yang kurang senang (tak kaya). Satu yang buat aku respect dengan F ialah akan perubahan yang berlaku pada dirinya. Alhamdulillah.

Ringkasan peribadi F

Seorang yang 'suam-suam' kuku menunaikan tanggungjawab agama tapi agak mahir perihal agama. Masih mengikut batas-batas agama, tapi tidak melaksanakannya dengan erti kata yang sebenar. Cepat marah. Apabila berkata-kata, straight to the point. Cakap ikut suka sampai kadang-kadang ada member yang terasa. :p. Keistimewaannya, dia mudah menghafal apa sahaja termasuk doa-doa. Mudah berkawan dengan sesiapa pun kecuali lelaki. Agak komited apabila melakukan sesuatu kerja. Waktu serius, dia serius. Waktu gelak, dia gelak betul-betul. :p

Sukar dipermulaan

F merupakan salah seorang anak harapan keluarga memandangkan antara adik-beradiknya dia yang berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Alhamdulillah. Pada mula dulu, rancangan awalnya selepas tamat SPM, dia hanya ingin menyambung di ting.6. Tapi, mungkin rezeki menyebelahinya apabila dia diterima masuk ke ipt selepas 2 minggu di ting.6. Pada awalnya, F memang tekad untuk tidak ke ipt memandangkan keluarga bukanlah senang, tetapi untuk tidak menghampakan harapan tinggi keluarga, F pergi juga.

Kesukaran bermula apabila perbelanjaan di awal pengajian (sebelum dapat ptptn) mak ayah F tidak mempunyai wang cukup dan terpaksa meminjam daripada ahli keluarga lain. ~huh, sedih pulak tetiba. F dapat tahu dan hampir membatalkan sahaja rancangan ke ipt. Tapi disebabkan dorongan orang yang memberi pinjam, F gagahkan juga. Nasib banyak menyebelahi F sepanjang tempoh pengajiannya. Apa yang diminta, sering ditunaikan ibubapanya sehingga ada adik-beradik yang cemburu akan keistimewaan yang dia dapat.

Dikelilingi yang senang

Sepanjang pengajiannya juga, F berkawan dengan kawan-kawan yang dari golongan agak berada sehingga rasa terbit dihati tidak layak berkawan dengan mereka. Keadaan F yang tidak kelihatan seperti orang susah, menjadikan sahabat-sahabat lain selesa berkawan dengannya lebih-lebih lagi menjadi tempat rujukan sahabat lain terutamanya bab agama. Sahabat lain tidak tahu akan keadaan yang sebenar dihadapi oleh si F.

Sampai pada satu tahap, F semakin menjarakkan diri dengan sahabat-sahabatnya kerana merasakan dia tak layak untuk berkawan dengan mereka. Lagi satu yang membuatkan F menjauhkan diri adalah disebabkan berasa caranya berpakaian dan fizikalnya tidak sama dengan sahabat yang lain. Boleh dikatakan, sahabat yang lain mempunyai rupa paras yang indah belaka, pakaian berjenama, up to date dengan erti kata lain tak sama la dengan si F yang berasal dari kampung ni. Sehinggalah tamat pengajian, F masih bersahabat lagi cuma tidaklah seerat di awal perkenalan.

Lupa nak bersyukur

F melanjutkan lagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi atas dorongan keluarga juga yang inginkan dia menyambung pengajian. Dan sekali lagi juga dia dikelilingi orang-orang berada. Tapi F diterima baik oleh sahabat yang lain dan waktu itu, F cuba mengikuti setiap rentak sahabat-sahabat ini. Contohnya dari segi berbelanja. Semasa inilah F semakin selesa dengan apa yang dia miliki dan lalui. Kerap kali juga wang pinjaman tidak mencukupi dan meminta wang daripada mak ayah. Belajar tetap belajar juga dan Alhamdulillah keputusan yang baik.

Cumanya, cara kehidupannya jika dilihat sedikit mengecewakan. Walaupun masih menjaga tatasusila sebagai seorang perempuan, tapi caranya kurang menyakinkan. Agak liat menunaikan apa yang sewajarnya ditunaikan. Astaghfirullah.. F semakin tak sedar akan keistimewaan yang dimiliki, kemudahan yang dia dapati atau dengan erti kata lain lupa untuk bersyukur akan kesenangan yang diberi oleh mak ayah dia. Cuma yang dia tahu, apa yang tidak ada atau tak lengkap, hanya meminta sahaja. Dia lupa nak bersyukur dengan apa yang ada.

Pada mulanya, F tidak menyedari akan keistimewaan yang Allah beri padanya ditarik sedikit demi sedikit. Dia mula rasa kepayahan untuk melaksanakan satu tugasan. Semakin sukar memperolehi wang kerana mak ayah juga tidak sentiasa mampu untuk memberi wang tambahan. Itu dia akui dan memang terpaksa akui kesusahan yang berkaitan dengan wang perbelanjaan. Walaupun mendapat keputusan yang baik, tetapi usaha untuk mendapatkannya terpaksa dikerah lebih daripada biasa. F masih tak menyedari apa yang sedang berlaku.

Langit tak selalu cerah

Pada waktu ini juga, dia berkenalan dengan seorang senior (B) yang banyak memberi kesedaran kepadanya tentang apa sebenarnya Islam. Satu lagi keistimewaan yang mula ditarik sedikit demi sedikit oleh Allah ialah keupayaannya untuk menghafal sesuatu. Semakin begitu sukar dan seringkali juga F menangis akan kepayahan tersebut. B banyak membantu F agar menyedari apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh F as a Muslim.

Lagi satu kesukaran yang dialami oleh F ialah dia sukar untuk membaca Al-Quran dengan lancar dan juga tidak mengingati akan hukum-hukum tajwid yang sewajarnya dia tahu apabila membaca ayat suci. Menangis lagi dia mengenang nasib. ~huu... B juga yang membantu F dalam mengenal semula hukum-hukum tajwid. Alhadulillah. F mula membaca Al-quran yang sudah lama dia tinggalkan kerana terlalu taksub dengan kehidupan dunia.

Diuji lagi ~sikit lagi macam aku :p

Tamat pengajian dengan keputusan yang boleh membanggakan, F masih terkial-kila mencari kerja kerana kelihatan nasib tidak menyebelahinya. Walaupun telah banyak temuduga yang dihadiri tetapi masih lagi tidak mendatangkan hasil. Dan selama itu jugalah, dia hanya tinggal di rumah sedangkan sahabat lain telah memulakan kerja masing-masing.

Disebabkan rasa rendah diri dan kurang bernasib baik, dia mengasingkan diri dari sahabat-sahabat. Semakin hari F merasa semakin tertekan dengan keadaan yang dialami. Tambahan pula tomahan dan kritikan yang diterima daripada orang sekeliling seakan-akan mentertawakannya kerana tidak mempunyai kerja walaupun belajar di menara gading. Lagi menyedihkan apabila ada orang yang terhampir turut menghamburkan kata-kata yang sama dan menyalahkan si F seperti tidak berusaha mencari kerja. Maha lemah si F waktu ini.

Jika sebelum ini sebarang masalah yang dihadapi akan diceritakan kepada seorang teman rapat (S), tetapi tidak lagi kini. Segala ketenangan yang dia perolehi setelah bercerita kepada si S, tidak lagi dimiliki. Saban hari semakin keresahan yang dirasai. F mengambil keputusan untuk tidak lagi menceritakan apa-apa lagi tentang dirinya kepada si S kerana beranggapan, tiada apa yang dapat mengubah masalah yang dihadapi melainkan dirinya sendiri.

Lagi sekali 

~hiasan semata
Disebabkan di dalam keluarganya, masih ada lagi adik-adik yang bersekolah, dan hanya si ayah yang tidak bergaji besar menanggung seorang diri semuanya, F berasa semakin bersalah kerana tidak lagi bekerja dan memandangkan apa yang diingini tidak lagi dapat ditunaikan oleh mak ayah apatah lagi wang belanja. Jika dilihat secara fizikal, F bukanlah dikategorikan dalam orang miskin, tetapi hakikat sebenarnya tiada siapa yang tahu macam mana sukarnya untuk mendapat wang.

Disebabkan keadaan rumah F yang agak jauh dari pekan atau bandar, hasrat untuk bekerja sementara terpaksa dilupakan memandangkan mak ayanhnya risau akan perjalan pergi dan balik kerja nanti terutamanya di waktu malam. F akur itu semua. Alhamdulillah, ibu dan ayahnya bukanlah jenis yang 'bising' dan memaksa untuk bekerja. Tapi F tahu yang mak ayahnya meletak harapan tinggi kepadanya.

Mak si F yang tidak bekerja dan sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Cuma, kadang-kadang mengambil tempahan untuk memasak kuih-muih. Pada waktu terluang pula, jika ada kesempatan si ibu akan mencari daum kelapa untuk membuat penyapu lidi. Selain membantu lakukan kerja-kerja rumah, si F la yang membantu untuk buat penyapu lidi tu dan ibunya akan menjual walaupun harganya murah. ~sadis pulak tetiba. huu

Tenang di hati.

Resah di hati memang tiada siapa peduli melainkan Allah. Si F mula berubah ke peringkat seterusnya kerana mula percaya dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah satu lagi perubahan yang dapat ku lihat. Pada mulanya F agak sukar untuk melakukan apa yang sewajarnya dilakukan, tetapi dia tetap mencuba.

Segala kritikan yang diterima oleh F, sangat menyesakkan fikirannya dan seringkali itu jugalah dia menangis. ~aku faham ni huu. Perubahan yang F lakukan memang berbaloi apabila dia mula menyedari ketenangan yang sebenar dicari. Alhamdulillah. Perubahan hanya kerana Allah. Apa yang dirasai, masalah yang dihadapi, tiada lagi tempat lain untuk mengadu selain Allah. Kematangannya dalam menangani masalah yang dihadapi cukup aku kagum walaupun perubahan yang dilakukan memberi kejutan kepada sahabat lain. Alhamdulillah. Tidak kurang juga yang cuba mempertikaikan perubahannya. SubhanaAllah. Sabar je la F. :)

the end.........

Agak-agaklah kan.. berubah ke F if semua ni tak jadi padanya. hmm.. Dia lagi maha mengetahui. Pengalaman pembelajaran terbaik. :) InsyaAllah


~terover pulak panjang... ~__~

4 comments:

sePatu~gadIs~ said...

hye beb.... lame xtgk blog... nway... semoga ko sehat...
mmg ak akui.. F tu ade mcm kaw.. hik3... tp kn... ak rse.. hnye f yg mmpu menilai sphunye ttg drinye n hnye die yg mmpu mencoraknye dgn baik..insyalh... akn ade kebaikan dlm stiap kburukan...

s a r said...

hye beb. assalamualaikum. alhamdulillah. hope kaw pun sihat selalu.:)

thanks beb for comment.
yup, itu janji Allah. InsyaAllah ada yang terbaik.

Allah takkan mengubah nasib kaumnya melainkan dirinya sendiri kan :)

thanks again :)

Kakzakie said...

Kesian pulak kakak. Pada kakak kalau setakat mencari kerja yg bergaji RM 800-RM1000/- sekarang ni banyak (bukan kerja kerajaan). Setiap hari mesti ada syarikt yg memerlukan pekerja separa mahir. Kalau tidak bermula utk mencari kerja, pengalaman tak dapat ditimba. Ambil dulu kerja kerani/receptionist pun tak pe.

Selepas 2 tahun timba pengalaman pasti lebih mudah utk melompat mencari yg lebih baik. Insya-Allah.

s a r said...

hmm. batul la tu kak. sebab kalau memilih sangat pun tak boleh. lagi2 sekarang ni.

InsyaAllah.

thanks for comment kak. I appreciate it :)