melayu-biar papa asal bergaya
melayu-islam separuh masak
Sambil tersenyum tenang aku mendengar ayat-ayat di atas dihujahkan dan sesekali menyampuk dengan membalas hujahnya dengan ayat-ayat yang bersifat natural untuk mengelakkan hujah tersebut menjadi terlalu berasid. ~dalam hati sebenarnya dah terasa sangat dah...but still cool.. open minded ok! Belajar terima pendapat orang lain :). Kita bercerita dalam ruang lingkup melayu-islam sahaja dengan tidak melibat kaum lain. Sensitiviti perlu dijaga. Takut pula aku disalah ertikan sebagai pencetus perbalahan antara kaum pulak. Hish! takmo takmo.
Tidak aku nafikan segala hujah-hujahnya kerana ianya disokong kuat dengan kebenaran yang berlaku di hadapan mata kita sekarang ni. Betul ke tak? Betul kan.. Yang paling menarik ayat melayu=islam separuh masak. Bukan nak tunding jari dekat sesiapa sebab diri ini pun bukan yang terbaik, ada lagi cacat celanya. Kebenaran di depan mata, takkan kita nak nafikan. Terima dengan hati yang terbuka andai kita terima kritikan tersebut.
~gambar hiasan semata :) |
Macam mana nak jadi melayu-islam masak sepenuhnya? Macam mana nak elak statement kat atas tu terkena lagi kat kita? Tu belum masuk kes dengki mendengki, santau menyantau sesama melayu dan pastinya Islam. Belum ditambah pulak dengan kes orang melayu=islam minta tukar agama, tu dah lain kes pulak. Astaghfirullah...
Statement biar papa asal bergaya. Tersenyum aku lagi sebab memang fiil orang melayu banyaknya macam tu. Tak percaya? cuba toleh di sekeliling anda. Benda ni boleh kait dengan rasa riak, ujub, takbur di hati. Ish ish. Tak tahulah nak cakap macam mana. Dengan erti kata lain, hipokritlah. Astaghfirullah...
Terima hakikat dan berpijaklah di bumi yang nyata. Entah mana silapnya yang boleh menyebabkan statement tersebut keluar. Janganlah nak tunding jari kat orang lain mana puncanya. Berbalik kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya iman. Allah kurniakan akal untuk berfikir.
Okey, tak boleh nak bebel terlebih sebab diri ini memang bukan yang dilahirkan terbaik but masih mencuba untuk jadi yang terbaik serta tidak mahu terlibat dalam MELAYU- ISLAM SEPARUH MASAK!
~InsyaAllah. i'll try my best! :)
2 comments:
Kelalaian Melayu mengundang persepsi negatif mcm tu...Pangai melayu gak la yg buatkan ramai org kafir x terbuka hati masuk Islam..
hmm. betul.kesedaran dalam diri sendiri yang penting. tu yang kadang2 kita dengar orang bukan melayu mempersoal 'kenapa' melayu tak jadi melayu..kenapa melayu tak ikut cara melayu.
anyway.thanks for comment :)
Post a Comment