Sunday, April 24, 2011

Kesempurnaan milikNya

Assalamualaikum :)

Si R:

Si hensome/cantik, wife cantik/husband hensome, kerja terbaik..,kaya raya, rezeki melimpah-ruah, suka buat kebajikan, tidak menunjuk-nunjuk, keluarga bahagia, mempunyai pengetahuan agama TETAPI meninggalkan suruhanNya.

Si A:

Si hensome/cantik, wife/husband biasa-biasa aja, anak-anak comel sangat, kaya raya, murah rezeki, suka buat kebajikan, menunaikan ibadat TETAPI suka menunjuk-nunjuk, riak, takbur dan seagkatan dengannya.

Si T:

Si kurang hensome/cantik, husband/wife cantik/hensome gila, harta biasa-biasa aja, ilmu pun biasa-biasa je, melakukan segala suruhanNya, TETAPI tidak dikurniakan cahayamata.

Si P:
Si hensome/cantik, husband/wife hensome/cantik, salah seorang ilmu tak berapa nak tinggi, bersederhana dalam segala segi, melakukan suruhanNya, TETAPI sentiasa berbalah

Si G:

Si sesedap mata memandang, husband/wife sesedap mata memandang, kuat beragama, ilmu sama tara, keseimbangan dalam segala hal TETAPI anak-anak buat hal.

Si U:

Si sesedap mata memandang, husband/wife sesedap mata mata memandang, kerja biasa-biasa, ilmu biasa-biasa, tahu hal agama TETAPI buat-buat tak tahu, perasan bagus, macam dia tahu semua.


~okey. mungkin agak keterlaluan contoh di atas. Tapi hanya sekadar contoh :) Tu dari segi fizikal kejadian dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hambaNya. Contoh lain dan paling sangat suka pada zaman sekarang dan dulu kala pun bab 
C I N T A sempurna. Dah macam tajuk lagu Yuna dah ni :p


"CINTA umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah? Tepuk dada, tanya iman. Tentulah pemberi hadiah. Malangnya, apa yang berlaku kini lebih daripada itu. Seolah-olah cinta itu segala-galanya. Padahal dalam realitinya, cinta sebegitu selalunya sirna setelah diuji di alam rumahtangga. Sementara belum dapat, dipuji dan dipuja. Tetapi setelah dapat, segala kemanisannya hilang." 
(Pahrol.mj, 2006)


~nampak macam takda kene mengena pulak kan? huu.. Hmm.. cuba kaitkan pula dengan ayat ni...


"CINTA kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada harta, harta akan musnah, cinta kepada manusia, mereka akan mati. Tetapi CINTA KEPADA ALLAH ianya KEKAL SELAMANYA." 
(Imam Al-ghazali)

Hmm..Hanya Dia yang Sempurna. Tu sebenarnya yang disampaikan. Paling kecewa hati ini rasakan apabila orang tak sedar akan benda ni. Apa yang dia tahu, semua nak perfect. Mana nak dapat yang perfect? Ada ke? Tipulah kalau kata diri sendiri tak nak yang sempurna. Tapi tak salah untuk jadi yang lebih sempurna walaupun kita tak akan capai kesempurnaan itu. Apa nak buat jika mahukan yang sempurna? BELAJAR MENERIMA. Bila dah belajar menerima, then dapat diterima seadanya, secara tak langsung ianya sempurna di mata kita. InsyaAllah. :)

SubhanaAllah..~sadis pulak tiba-tiba ni. huu

4 comments:

Piasara said...

"betul tu,sebenarnya tiada siapa antara kita yg sempurna....Allah dah aturkan jodoh utk kita,maka terimalah dgn syukur dan seadanya.....Akak slps 16 thn kawin dan dikurniakan 5 ank ni..
alhamdulillah dh dpt menerima ketentuan ini..mmg nk sempurna jer,tp mana mungkin..ini adalah dunia..dan kita adalah manusia."

s a r said...

akak :)

hmm.betul tu kak. manusia je kadang2 tak tau nak bersyukur apa yang Allah dah bagi. persepsi manusia yang menganggap, 'cantik itu sempurna' pun satu hal jugak.

Alhamdulillah. saya rasa macam meriah je hidup akak kan. hehe. macam2 cerita, macam ragam. hehe

thanks for comment akak :)

Anonymous said...

bsyukurlah atas apa jua kurniaanNYA

s a r said...

ia. itulah yang sewajarnya.

thanks for comment :)