Thursday, April 7, 2011

Eh terlupa laa...

Assalamualaikum

Terima kasih kepada seorang hamba Allah yang mengingatkan agar sentiasa beringat dan saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan mencetuskan semula semangat untuk menaip sekaligus mengupdate blog ini. ~thanks dear! biasalah kalau dah meningkat umur ni..:p. Jika sebelum ini puas fikir akan perkara apa yang harus diisi dalam ruangan post, sehingga menyebabkan mood untuk menaip turut hilang dibaham setiap saat yang berlalu. Apatah lagi mengenang apa yang sedang berlaku. Astaghfirullah... ~apalah yang kau nak jadi ni sar :p

Ok. Topik ringkas je. Terlupa, pelupa, buat-buat lupa. Samalah dengan slogan tika dulu seorang hamba Allah sebut "melayu mudah lupa!". ~actually, tak ingat pun sapa sebut :p. Erk! Melayu je ke yang lupa? Hish! Perkataan MANUSIA sebenarnya yang lebih sesuai kot. Fitrah manusia memang mudah terlupa atau dengan erti kata lainnya nobodys perfect! Allah tak jadikan manusia itu maksum melainkan Rasulullah saw. Sebaik-baik manusia yang amat dikasihi Allah. Sehinggakan ketika kewafatannya sendiri, malaikat Jibrail tidak sanggup melihat. Allahuakbar... Cuba bayangkan kalau semua mengikut sifat-sifat yang ada pada Rasulullah? SubhanaAllah Alhamdulillah... :)

Tetapi, kita hanyalah manusia biasa masih ada cacat cela, dan kita diajarkan untuk menjadi yang lebih baik dengan meninggalkan segala sifat mazmumah bukan? Supaya hidup kita sentiasa di berkati Allah. Disebabkan sifat terlupa yang sentiasa ada dalam diri manusia yang kadang-kadang menyebabkan apabila tersasar, lupa nak toleh ke belakang dan tiada pula yang mengingatkannya, tu yang terus hanyut dibawa arus seperti sampan yang hilang kemudinya. Makin deras arus, makin jauh hanyutlah sampan tu. Kalau nasib baik, tersangkut di mana-mana. Kalau nasib makin tak baik, terus karam di dasar tak timbul-timbul. Astaghfirullah.. ~apakah yang dibebelkan ni. Hish! ingatan lebih pada diri yang selalu lupa ni :p


Aku pernah dengar orang bertanya soalan berikut, dan biasanya terzahir di mulut-mulut orang yang menghadapi suatu kematian orang tersayang.

"Kenapa orang baik-baik cepat Allah ambil (1) dan kenapa yang kurang baik dibiarkan panjang umur (2)?"

Sebenarnya aku sendiri takda jawapan yang spesifik untuk jawab soalan tu. Tapi jawapan yang pernah aku dengar:

(1) "Allah lebih sayang yang baik itu sebab Dia taknak bagi seksa yang berat pada mereka tu"
     "Dia taknak yang baik-baik tu buat yang tidak baik"
     "Dah tiba masanya. Memang sampai situ saja umur yang Allah beri"

(2) "Sebab Allah nak diorang ni buat lagi dosa banyak-banyak"
     "Allah nak bagi peluang bagi mereka ni bertaubat"
     "Mereka ni akan mendapat pembalasan yang lebih banyak dari Allah"

Erk?. Ok, aku akui, memang aku tak tahu kesahihan jawapan berikut sebab satu saja yang aku tahu, itu semua kerja Dia dan memang telah ditakdirkanNya nasib seseorang manusia itu sedemikian rupa. Cuma bagaimana dan bila kita tak tahu. Dia yang paling berkuasa di alam fana' ini. :) Untuk kaitkan dengan topik ni, kita ambil soalan no 2, "orang kurang baik panjang umur" dan jawapan yang aku rasakan paling sesuai "Allah nak bagi peluang bagi mereka bertaubat". ~just my opinion ok! :)

Yang tersasar ini pastinya dah terlupa menyebabkan dia dengan suka-suki, riang-riang, gelak ketawa ~yang ni, syaitanlah yang paling suka tengok sebab anak cucu Adam terus sesat, terus berada di landasan yang salah. Tapi Allah tu Maha Besar Maha Adil. Pintu taubat sentiasa dibuka dengan luas kepada hambaNya yang sentiasa terlupa agar kembali sujud kepadaNya. Kepada yang beringat tu, apalah salahnya menabur bakti kepada yang terlupa walaupun senipis syiling 50sen.~tebal sikit, jangan kedekut sangat! :p.

Ingat mengingati antara kita. Bukan untuk kebaikan diri sendiri tetapi kebaikan bersama. Bak kata cek lyana, "we are in the same examination hall." ~oh cek lyana, saya pinjam tajuk entry kamu yang cute tu :). Ingat mengingatilah sesama sendiri walaupun orang yang diingati tidak mahu mendengar atau sengaja memekakkan telinga. Biarlah sampai dia boleh hafal apa yang diingatkan kepadanya.

Ok, bercakap memang senangkan? Cuba buat tengok. Termasuklah aku yang ilmu tak seberapa ni. Setakat cakap, semua orang boleh bersuara. Jangan tanya kenapa ada yang give up memberi ingatan kepada yang dah tersasar dijalanan. Lepas tu, mesti keluar dialog popular ni;

"alaah.. lantak kau lah. aku ingatkan je. nak ikut tak nak ikut terpulang. kubur masing-masing!" ~erk? @_@ 

Terutamanya bagi mereka yang memang dah taknak tukar jalan dan Allah pun memang tak mengizinkannya pulang ke jalan asal. Allah tidak sekejam itu membiarkan hambaNya tersasarkan? Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. InsyaAllah Dia memang sentiasa akan membukakan pintu hati untuk kembali kepadaNya.

Oh. Terlebih membebel pula macam diri tu bagus. Astaghfirullah... Hambamu ini masih belajar...

"We are on the same way, same track, same beliefs, the same guidance. Together we remember each other!" ~including myself :)




pesanan khas :p - 
jangan makan semut. nanti cepat lupa. kata mak saya. :p

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tidak akan ada perkataan lupa kalau manusia tidak punya sifat ini. Lumrah manusia yg hidup mesti ada sifat ini.

Moga kita tidak lupa pada Allah - pencipta sekelian alam.

p/s: bukan saja mak sar yg kata tapi telah menjadi nas ahli sufi agar kita menjauhi makanan/minuman yg telah bersemut.

s a r said...

assalamuakaikum kak :)

oh, memang betul kak. manusia, tak sempurna. sebab terlupa tu la ada yg jadi macam kat entry kommensen.

p/s- hehe. memang pun kak. enzim yg ada pada semut tu. :)

thanks for comment kak! :)