Monday, April 4, 2011

Repent

Assalamualaikum.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
 
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

"And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede [it]" (Al-a'raf:34)

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.


"kalau mati terus takpa, dari merana seumur hidup"

Erk? More beats in my head! dengan rasa kepala yang macam tak cukup oksigen, itulah kata-kata seorang hamba Allah yang begitu menusuk dan jadi breakfast telingaku pagi tadi. Barangkali dia sedang mengenang nasib ataupun sekadar mengingati orang lain. Tu aku tak tahu sebab aku tak dengar butiran kata-kata yang seterusnya.

Tapi cara dia cakap, aku tak berapa nak setuju. Seakan-akan ayat "merana seumur hidup" menunjukkan tiada makna lagi hidup ini. Ok, ini sekadar pendapat dari seorang yang masih kurang ilmu ni. :).

Ajal maut pertemuan kan di tangan Allah. Bukan senang-senang nak meninggal melainkan memang seperti yang dikehendakiNya. Sudah cukup ke iman di dada sehingga senang-senang nak meninggalkan dunia ni? Atau sudah bersiap sedia menghadapi hari perhitungan? Allahuakbar...

Seseorang yang mengalami kesusahan, kemusnahan dan kecelakaan terutamanya yang telah menyebabkan tidak keupayaan fizikal seumur hidup tapi masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas lagi di muka bumi Allah ni untuk apa?? Bukankah ianya peluang kedua untuk kita lebih menghayati dan menyedari betapa besarnya kekuasaan Dia terhadap hambanya yang lemah ini seterusnya menyesali dengan apa yang telah dilakukan. Atau dengan erti kata lain TAUBAT dan menyesali dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.

hmm. Tidak dinafikanlah yang "merana seumur hidup" memang tidak diingini berlaku kepada sesiapa pun dalam muka bumi Allah ni. Contohnya bencana alam dan musibah lain juga yang telah memberi impak terhadap kehidupan seseorang itu. Bolehkah kita jangka perkara tersebut nak berlaku pada diri kita? Tidak bukan? Langsung tak tercapai akalmu. Semua kerja Dia dan pastinya mempunyai sebab musabab. Masalah besar sekarang ni kepada diri MANUSIA itu sendiri. SEDAR ke TAK SEDAR ini semua berlaku? hmm. ~emosi terlebih pulak :p

Hmm, ok lah. Diri ini tiba-tiba rasa tak layak nak komen lebih-lebih hal ni sebab masih lagi terkapai-kapai memahami. Ini juga kerana, banyak perkara yang telah dan sedang berlaku dalam hidupku banyak mengingatkanku tentang kehidupan selepas ini. Cukup mengingatkan aku betapa berkuasanya Allah dalam menentukan takdir setiap hambanya di muka bumi ni. Cukup mengingatkan betapa indahnya peluang yang diberi untuk bernafas saban hari. Cukup mengingatkan bahawa bukan mudah untuk mendapat peluang yang ke-2. Beringat sementara 'pintu' itu belum tertutup. SubhanaAllah.

I hope You will give me another chance to breathe on this earth to appreciate the beauty that You gave to me. InsyaAllah...amminn. ^__^

6 comments:

Pia said...

"Terpulang kepada setiap manusia mcamana diorang nak letak diri dia.Akak ni bersyukur sgt w/pun yatim piatu dr umur 7 thn,hidup penuh liku yg tak terucap..tp akak tak memilih untuk ke jln merana..tidak sesekali merintih kpd Allah kenapa lah diseksa dn diduga,tp akak telah memilih untuk meletakkan diri akak seperti hari ini,bahagia dgn cara sendiri...tidak sesekali merasa merana seumur hidup...tidak meminta mati,sebaliknya bersyukur terus hidup...sbb akak sgt percaya kpd hikmahNya.."

s a r said...

akak! ~dengan jeritan kecil :p

first of all, thanks for comment. Akak selalu bagi ayat2 touching kat saya ni. huu. thanks a lot kak.

Feel sorry dengan akak. Alhamdulillah bahagia dengan apa yang ada sekarang. Syukur Alhamdulillah.

Maybe saya tak rasa apa yang akak rasa. :') Feel sorry kak. Ujian yang lagi kecil Allah bagi ni pun dah rasa tak terdaya, apatah lagi di akhirat nanti. SubhanaAllah.

betul la tu kak. saya pun bersyukur dengan apa yang ada. cuma, maybe kadang2 rasa jugak tak kuat nak hadapi semua masalah yang ada. tapi bukan memilih untuk rasa merana, cukup bersyukur dengan apa yang Dia beri. sentiasa ingat yang Dia ada di sisi kita. Kita pun bukan tahu apa yang berlaku pada masa hadapan kan.

Saya pun percaya, apa yang berlaku ni semua ada hikmahnya. Cuma, as a muslims, kita kena kuat dan sabar untuk hadapi apa jua dugaan yang diberi. Takda yang buruk Dia kurniakan kepada hambaNya melainkan yang baik-baik belaka.

Thanks again akak kerana sudi baca.

Mutiara Bernilai said...

salam sar,,

hu,moga2 mulut dan diri ini sedar diri dan tak terbabas dlm menilai pengaturan Allah..

thanx dear,,

^__^

s a r said...

waalaikumussalam.

so sweet dear mutiara ~__~

InsyaAllah. Kalau kita sentiasa ingat mengingati, tiap kali kita mula tesasar, kita akan sentiasa ingat yang Allah tu Maha Adil pada hamba2Nya.

Fitrah manusia, memang asyik terlupa. :)

anyway, thanks for being one of my followers!

wee.. ^__^

Mutiara Bernilai said...

@ s a r

hukhuk..

boleh s a r tlg mutiara bila mutiara tersasar?

boleh x?

fiuu~

s a r said...

hehe

InsyaAllah...

sama-sama kita mengingat dear mutiara.

kadang2 diri ini pun hampir tersasar dijalannya muatiara :p

kamu pun boleh juga memgingatkan diri ini kan dear?

wee,..