Saturday, April 9, 2011

Janji berjanji

Assalamualaikum

Masa kecik ~

"Mak, esok besar kita janji nak jadi anak yang baik, kerja elok-elok, jaga mak, bagi mak duit banyak-banyak."

Dah besar ~ ala-ala lupa...

"Mak kita sibuklah. Nanti kita baliklah. Nanti kita balik, kita belikanlah mak ubat. Mak ada duit lagi kan." 

******************

Pinjam Dialog drama Durjana :)

"Pakcik, saya dah mungkir janji dengan ayah saya. Saya janji nak jaga dia bila dah berjaya nanti. Tapi saya lupa tu semua bila dah berjaya macam ni. Saya dan janji nak balas balik apa yang dia dah bagi kat saya"

"Naak, takda mak ayah yang pernah mengharapkan balasan daripada seorang anak daripada apa yang dia lakukan mahupun kekayaan anak tersebut. Cukuplah dengan kasih sayang seorang anak kepada mak ayah dan sedikit perkongsian atas kejayaannya"

******************

"Allah berikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhlukNya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga terselindung disebaliknya. Apatah lagi jika antara dua sahabat. Hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anak tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu." 
(hasrizal,2008)

******************

...Yang memelukku
Menjagaku
Memberiku kasih dan sayang
Mencintaiku
Merawatku tanpa lelah
Setulus jiwamu...

******************


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا


"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-'Isra'-17:24)

~gambar hiasan :)



~terlebih ingatan kepada diri sendiri :)

4 comments:

Mutiara Bernilai said...

*menangis*

moga sy dan kita semua akan menjadi anak2 yg menyejukkan hati kedua ibu bapa.. menjadi anak yg xmudah lupa janji..

semoga Allah redho.

s a r said...

assalamualaikum mutiara :)

selagi kita ingat jasa mereka, insyaAllah kita tak lupa. InsyaAllah Dia akan lebih berkati hidup kita.

thanks for comment mutiara :)

May Allah bless us always. InsyaAllah.

Anonymous said...

jasa ibu tetap dikenang......kasih ibu sukar dicari ganti...kasih anak kpd ibu terbalaskah????

s a r said...

cek anonymous..

huu.. tak terbalas.

sadis pulak tiba2 nih! huu

anyway, thanks for comment!