Monday, May 20, 2013

Kebahagiaan milik dia.. InshaAllah.

Assalamualaikum..

Touching tak habis bila aku teringat kisah lalu..
Dan semalam.. Touching tu bertambah-tambah apabila melihat anak kecil yang dulunya kurang bernasib baik.. Kini.. Allah maha Besar..

Sejak bayi...

Dia dilahirkan bukan kehendak mak ayah dia..
Disembunyikan dari pengetahuan umum sewaktu nyawanya baru ditiupkan..
Allah maha besar.. Kemuculannya mengejutkan semua orang..
Comel, cantik, cukup sifat... 
Semua inginkannya..
Namun, ayahnya entah di mana..
Statusnya... Hanya Allah sahaja yang tahu..
Bukan kehendaknya dia jadi macam tu..
Selepas seminggu dilahirkan, ayahnya muncul untuk memikul tanggungjawab itu.
Selesai segala urusan, dia dibawa oleh  mak ayahnya berpindah ke tempat baru..
Malang tidak berbau bukan..
Seminggu kedua-dua ibu bapanya bekerja di satu tempat baru, di suatu hari, mereka terlibat dalam kemalangan. 
Ayahnya tidak menanggung sebarang kecederaan..
Sebaliknya, ibunya pula kritikal.
1 per 4 Tempurung kepala terpaksa dibuang, kaki dan tangannya lumpuh. Fikirannya tidak lagi normal..
Lebih seminggu tidak sedarkan diri, ayahnya pula terus pergi meninggalkan mereka tanpa sebarang pesan..
Kejamnya.. Dia yang masih tak tahu apa-apa..
Pulang ke kampung, segala tanggungjawab dipikul oleh si ibu tua.
Dia membesar dalam kesusahan, kesulitan, cemuhan.. hanya kerana kesalahan ibunya dahulu..
Kesian..
Di saat ibu saudara dan nenda tersayang pergi meninggalkannya, sekali lagi hidupnya berubah di kala umur hampir 10 tahun.. Masih terlalu muda dan mentah untuk mengerti semuanya..
Ibu saudara angkat menggalas tanggungjawab membesarkannya. Ibunya yang hilang upaya dibawa sama..

Dan semalam.. Dalam majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga terdekat, secara tidak sengaja dia menyapa..

Allahuakbar Allahuakbar... Sentap hati saat mata bertemu..


Sungguh... Jauh tersasar apa yang pernah dibayangkan.. Allahuakbar!

Semoga jadi anak yang solehah.. Namamu Hidayah, semoga hidayahNya sentiasa kekal milikmu.. Aminn.. InshaAllah..

7 comments:

kak na said...

kisah benar kah ini?
sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI
siapa pun dia semoga Allah melindunginya

s a r said...

benar.. sebenarnya sya dah pernah tulis kisah family dia ni kat sini. jap2 saya cari balik. kisah penuh dia..

s a r said...

ni kak.

http://sarwhat.blogspot.com/2010/12/home-sweet-home.html

Pencari Allah said...

nak tahu kisah seterusnyaaa...

s a r said...

pencari Allah>

kisahnya memang belum habis. cuma sekarang yang saya boleh cerita, dia masih sekolah. mak dia dah boleh berjalan, atas usaha mak saudara angkatnya. pergi terapi semua, buat kaki palsu dan sebagainya. Alhamdulillah semuanya diuruskan dgn baik.

Pencari Allah said...

syukur alhamdulillah...masalah beransur pulih dengan masa.

~PENCHENTA~ said...

Tacingg..

MasyaAllah. Berapa usia dia sekarang?