Tuesday, June 25, 2013

whyy???

Assalamualaikum.

Ann> Kak sar, kita rasa tahun depan, kita nak pakai tudung biasa ajelah. Berubah dari tudung labuh ke tudung biasa-biasa aje. Rimas dah pakai tudung besar. Tapi kita still nak pakai stokin macam biasa.

a k u > Kenapa Ann nak tukar? ~ dengan perasaan bercampur baur plus terkejut dan agak pelik.

Ann > Ala kak.. Saya rimas dah dengar orang mengata orang2 yang pakai tudung besar ni. Perangai dah sama aje dengan orang yang tak pakai tudung. Saya malu la..

a k u > Kenapa nak malu? Sekarang ni akak tak faham kenapa Ann nak berubah sebab orang lain yang buat hal.

Ann > Entahlah kak. Saya macam.. mm...

a k u > Ann tahu tak. Akak yang biasa2 ni lagi teringin nak berubah jadi yang lebih baik, pakai tudung labuh2 macam Ann. Tapi kenapa Ann nak berubah pulak? Kan dah elok yang macam sekarang. Tak payahlah dengar orang cakap. Takkanlah sebab dorang yang buat hal, Ann nak berubah pulak. Tak payah berubah sebab orang lain. Kalau Ann berubah sebab orang lain..

Ann > tahu.. Kalau nak ikut semua duniawi, memang habislah saham akhirat kita...

a k u > Tahu pun.. habis tu, kenapa nak berubah. Elok2 dah tu kan..

Ann > mmmm... 

a k u > dah la Ann.. pergilah masuk kelas. cikgu dah tunggu tu..


***

********
Moralnya...

Tak payahlah dengar cakap orang lain. Pandangan manusia, tak sama dengan pandangan Dia. Dan sememangnya pandangan DIA lebih bermakna dari pandangan manusia.
Kenapa mesti berubah ke arah yang kurang baik setelah anda berada dalam keadaan sedia baik? 
Sayangnya...
Tolonglah... 
Ingatlah..
Kita berubah dari yang kurang baik ke baik..
Bukan berubah dari baik jadi kurang baik.. 
Something wrong dah tu..

*Ann, akak tahu Ann kuat. Ann kena kuatkan hati. Please lupakan dan buang tanggapan buruk orang lain pada mereka yang bertudung labuh. Akak hormat kepada mereka yang bertudung lebih labuh dari akak. Engkau tetapkanlah hati hamba istimewaMu itu tuhan..

14 comments:

Pencari Allah said...

hmmm....saya pernah jadi macam itu. hanya yang berada di tempat itu sahaja yang faham. Apabila berada di kelompok masyarakat yang jahil. begitulah jadinya.

s a r said...

iya ke?

hm.. sya bangga dapat (diberi peluang) berada dalam kelompok tu. dan pernah juga berada dalam kelompok yang lagi satu. Dan saya faham macam mana rasanya.

Cik Gee said...

kalau kita cari redha manusia memang takkan dapatlah.

redha Allah lebih utama.

bila ingat hal ni, terus hati jd kuat. **

Kakzakie said...

Alangkah ruginya bila duduk di tempat yg cerah tetiba mahu duduk di tempat yg berjerebu. Muhasabah diri utk terus istiqamah.. Syaitan bertepuk tangan kalau ikut kata dia. Kuatkan hati..

s a r said...

miss gee>

yup. betul tu. mugkin sebab kita tak nampak redha Allah. sbb tu kadang2 manusia lebih memilih dptkan redha manusia..

Kakzakie>

betul tu kak.

~alahamdulillah. jerebu pun dah kurang :)

Pencari Allah said...

Jujur saya katakan, ia bukan mudah cik sar. :)

the malay male said...

aurat..kena jaga.

diri sendiri yang jaga. bukan orang lain. so jgn hiraukan sangat kata2 org lain tu.

s a r said...

yup. betul la tu. begitulah sewajarnya :)

Kirito Asuna said...

salam ramadhan...hehe

Kalau iman kata betul, pedulikan org nk kata apa... Kalau iman kata salah, berhenti drpd dpt dosa... :)

nurul said...

Salam sar. Rindu kat Sar ni. selamat berpuasa..hehe..nak kad raya tak..ahah

hansuke said...

Salam, wei ko jd Cikgu ke skg? Ckp kt Ann, abg2 cm hansuke sgt suka wanita bertudung labuh, tutup elok, jaga maruah diri n beriman kepada Allah. Nnti bila dh jd ibu, nk didik anak2 plak jd solehah :) redha Allah kena cari, walaupun susah dengan keadaan tp itu nikmat ujian, betapa gembiranya jika dapat lalui dengan jaya. Sesungguhnya Allah akan hanya menguji tahap kebolehan hati seseorang kerana Dia tahu org itu mampu menghadapinya.

Ps: kpd kak sar what, selamat berpuasa sahabat :)

s a r said...

nurul>

waalaikumussalam. hantar je la kalau nak hantar. ahaha :P


hansuke>

waalaikumussalam.
takde la jd cikgu sangat. rse cm nak stop dah. eheh :P
aku ada ckp gak la cmtu kat dia.. sian gak la kat dia sebab dia duduk rumah anak yatim. ayah dah takda, mak takda kat sini. hm.. hope dia kuat je la.

p/s: selamat berpuasa juga :)

nurul said...

Salam sar. Mana menyepi ni..he2..Sori tak sempat nak hantar kad raya..tapi nak ucap Selamat Hari Raya ni..Maaf lahir dan batin. Andai ada kesempatan, suatu hari nanti nak kirim orangnya terus ke rumah..eceh..wahaha..-D

s a r said...

waalaikumussalam.

haha. selamat hari raya kembali beb. meh ler datang meh.. hee..