Thursday, January 17, 2013

Jangan kau bimbang sayang..

Assalamualaikum :D

Tiga hari sebelum..

Okey je. Dok huha huha lagi..

Dua hari sebelum..

Ehem ehem.. hidup mula rasa tak tenteram.. Mula terbayang yang bukan-bukan. Mula fikir yang susah-susah aje. Mula susah hati nak adaptasi dengan suasana yang baru.. Rutin yang baru.. 

Sehari sebelum...

Rasa macam nak 'give up' walaupun sebenarnya belum pun mula/cuba lagi.. Mood jadi sangatlah tak bagus.. Mula rasa menyesal.. Pada tikar sejadah pun kepala 'sewel' entah ke mana.. Ish ish ish.. Astaghfirullahhalaazim..

Hari yang dinanti...

Okey je. Cool je. Semua dalam keadaan baik JAUH BERBEZA dengan apa yang sibuk dibayang-bayangkan. Ish ish ish., Prasangka sangat! Kan Dia dah tunjuk. Ambik kau sebijik!


Dah terang lagi mau pakai spotlight. Jangan dibimbangkan akan perkara-perkara pada masa hadapan yang belum tentu lagi kita capainya. Risau itu tak berapa bagus, Prasangka tu tak baik. Akhirnya DIA juga yang ada. Kan DIA ada. DIA juga yang maha mengetahui segala-galanya. :)


7 comments:

hansuke said...

salam.

ko dah start kije? alhamdulillah, selamat bekerja sahabat :)

hansuke said...

salam.

dah kije ke? tahniah :)

s a r said...

waalaikumussalam.

agak2? hee

bak kata siapa eh..

"Allah takkan bagi apa yang kita nak bukan?"

Makanya aku reda apa yang ditentukan untuk permulaan hidup 2013. :)

p/s- kaw tido dekat ofis ke oi. sibuk bebenor. :P

iyan shazlind said...

assalamualaikum..lama x melawat sini :)...hati ni memang sering berprasangka..macam2 kita pikir kan..

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...apa khabar cik adik santek ni? lamanya menyepi ^_^

KY said...

masa depan yg tak mungkin kita ketahui, cukuplah jalani hari2 dengan sempurna...

s a r said...

iyan>

waalaikumussalam :)

hee, saye pun dah lama tak menjengah blog awak. huu

manusia kan.. susah kalau tak berprasangka pada yang tiada.

terima kasih sebab sudi ke mari :)


cikguma>

waalaikumussalam. eheh. apabila masa sentiasa rasa tak cukup, segalanya rasa tak sempat. :P

KY>
seharusnya begitulah.
serah semuanya pada Dia. kan kan :)