Assalamualaikum. ~_~"
Apabila ke'sensitif'an deria bau terhadap aroma yang kurang menyenangkan.... MashaAllah... hilang nikmat Allah terhadap aroma yang sewajarnya mententeramkan deria sekaligus menenangkan jiwa.
Mungkin kepulan tidak sihat itu juga merupakan nikmat yang Allah bagi. Akan tetapi....sayang. Itu hanya nikmat yang akan dirasai oleh mereka-mereka yang cukup gemar akan aroma yang menyesakkan nafas selajur mendatangkan marabahaya kepada empunya diri tetapi juga pada yang tiada kena mengena dengannya. ~ohh... hentikanlah bang...aku bilang sama mak nanti!
Tahukah kamu wahai si penggemar... Nikmat yang Dia beri telah disalahguna. Bukan tak sengaja, tapi kamu memang sengaja. Berapa kali dipesan. Eloklah belanjaku makan dari kamu membakar wang. Telah kupesan, apakata kunyah sahaja. Barulah sekata setiap perasa. Mungkin rasa membazir dan kebakaran wang lebih tidak terasa. :P
Kepulan yang tidak menyenangkan hampir ke penghujung. Maka, jari turut sama ingin berhenti berdansa seketika kerana cuaca tak menentu disahut pula dengan amaran dentuman. Kepulan tidak sihatmu juga mengundang jemariku tidak selari dengan apa yang terlakar di kepala, bertelingkah pula dengan rasa di hati.
~bukan iklan cuaca rahmat Allah. Tapi, kenikmatan yang diberi adalah untuk mengingatkan Dia. Bukan pula menyalahguna nikmatNya. Sekian. :D
20 comments:
jauhkan lah diri darinya.bagi yang faham berusaha untuk menghindar dari orang lain.ingatkan dia,ingatlah orang yang tersayang.
itulah juga yang sering menjadi bebelan. :)
huhu..suami saya pun merokok jgk..tk larat nk cakap pe dah..doa je la..
sungguh tidak mahu mencari penyedut asap, nmpaknya, itulah yang bakal mendampingi...
Nikmat yang seketika kita fikir membebankan dan merosakkan badan menguji betapa hebat kuasaNYA, bukan sekadar bidang kuasaNYA menjurus kepada hanya menjadikan yang indah-indah belaka. Allah Maha Hebat.
#yana
ehee. sabar ajalah. :)
#cikguma
hee. kak, sama la saya pun. tak suka bau asap sakitkan hidung ni. hee. jodoh kita tak tahu kan kak. :)
#pencari Allah
Kebesaran Dia, siapa kita untuk nafikan. :)
harga rokok kalau rm100 sebatang, mungkin ramai yg akan berhenti.. (",)
ramai yg sangka rokok boleh beri ketenangan walhal ketenangan sebenar adalah dalam mengingati Allah swt.. (",)
"Dahlah isap rokok! Bagi penyakit dekat orang pulak tu!" Bisik Bibah dalam hati. Dengan dahi berkerut hingga keninggnya seakan bercantum. :P
#encik fuad
mungkin. sekarang ni setakat gambar agak ngeri tu (pada yang anti ni), memang tak bagi kesan pun. selamba je dorang ni.
ha'ah. tak perasan ke dorang ni eh. tension je merokok. makan asap. :D
#PENCHENTAqu
amboi bibah...
marah dalam hati nampak.
tu la kan bibah. nak buat apa lagi eh. nak cari penyakit nak berjemaah. sembahyang tak nak pulak berjemaah. :P
jauhi asap rokok yang membahayakan... kami generasi sehat (",)
sebenarnya perokok ni orng yg suka tarik perhatian n kurang kasih syg..so, kalausape2 ade family dia yg merokok,anda perlu bg lebih perhatian dan kasih syg kat dia
#encik Gen2Merah
hee. gudgudgud. alangkah baiknya jika semuanya macam encik. :)
terima kasih for dropping by. :)
#Encik Mujahid295
eh, baru pertama kali pula dengar konsep ni. erm, ya ke? macam terlebih kasih sayang je abang saya ni. nampaknya nak kena tambah lagilah ya. hmm. thanks for dropping by and your opinion. :)
ermmm.. anti perokok ya
ahah.. inshaAllah. itulah matlamatnya. :D
gee bukan anti perokok dan gee boleh terima kalau ade sesiapa merokok depan gee. tapi gee tersangat tidak gemar bau dia. busuk. terlalu busuk.
dan slalunya lepas je terbau asap tu, perut gee akan memulas dan tekak gee rasa mcm nak muntah. kepala pon jadi memusing. tak taw nape.
ayah gee faham, gee sensitif ngan bau asap ni, so selalunya kalau dia nak merokok, dia akan merokok jauh or at least kat kwsn luar rumah..
haha...
hee. nampak gayanya dekat tak suka jugak sebab tak tahan dengan bau asap tu kan. hee. saya pun. tak boleh nak bau asap tu. sebab rasa sempit aja nak bernafas.
macam mymum memang dah larang abang mrokok dalam rumah. tapi aritu hidung ni dah memang sensitif bau tu. kat luar rumah ke dalam ke, sama je. hee
:)
salam sar.sihat ke??lama xborak.hu2..betul,ak xsuke betul asap rokoktu..bakar duitje.betulx..hu2.
hmm..sekarang ni banyak pulak majlis kahwin..hu2..bila abang ko kahwin yer..-D..
ak xtahu nak tinggalkan mesej ktner..xde shoutboxker?hehe..ak sukelah ayah kotuh,maaf xsempat nak terjah semua blog,ak pon same..hehe
waalaikumussalam.
weh, sejak bila kaw dah takda telefon ni. ke kaw dah ilangkan no phone aku. ke.. kaw busy bebenor. aku ingat nak jmput kaw la beb. hee.
takpe beb. tak kisah pun. aku ni pun bukan semua blog sempat terjah. blog kaw pun.
Post a Comment