Sunday, December 11, 2011

Daq Intan

Assalamualaikum :)

Lokasi : Di suatu hari, di majlis orang

Masa : 6.00 petang

Cuaca : Awan gelap menyelubungi, mendung, petir juga sudah menunjukkan diri, angin hampir kuat, sejukk...

Yang terlibat : Cik wiwi & Daq Intan yang berumur 2 tahun.


Cik wiwi: Nak ujan laa...

Daq Intan: Ujan? (mata membulat lantas mendongak langit...)

Cik wiwi: Ya Allah.. janganlah hujan...

Daq Intan: Ujan... (menarik hujung dagu Cik Wiwi dengan mata yang terkelip-kelip)

Cik wiwi: Ya Allah...

Daq Intan: Ya Allah. (dengan pelatnya sambil tadah tangan...)

Cik wiwi: Janganlah hujan...

Daq Intan: Anganlah ujan... Intan ni... Aminn...

Cik wiwi: Aminn... :)



Alhamdulillah. Langit gelap berarak pergi menjauhi kawasan. Alhamdulillah... Terang kembali langit... Alahamdulillah... sempat lagi tengok gerhana bulan... Alhamdulillah..

Allah Maha mendengar Maha menentukan. Maha berkuasa ke atas sekalian alam... Hanya kepada Dia kita memohon.

Senyuman tersungging di bibir Cik wiwi apabila melihat aksi membuang baju pengantin ke atas bumbung untuk mengelak hujan... :D

20 comments:

hansuke said...

mana la ko cilok gambar2 cun :P

ko ke kawin beb..ehe~

s a r said...

alangkah bagusnya kalau aku yang kahwin. ahah. :P

~gambar pinjam dengan mista Goo. :D

lama tak terlihat nama kaw ni. dah hilang ke'angin'an kaw tu ke? aku nak tagur kaw pun jadi pk berkali2 dah :)

hansuke said...

haha. aku dah keluar dari gua dah :P

sori banyak2 beb, bukan ko je kena, ada budak tu, menangis tak ingat, kesian dia. puas aku pujuk..hehhe~

ape cer masters ko beb, dah apply. dah settle?

ghost writer said...

aku sendiri tak faham kenapa ada orang perlukan bomoh hujan utk turunkan hujan.sedangkan kita boleh jer sendiri minta Tuhan turunkan hujan.

Mohamadazhan.com said...

Alhamduillah.subhanallah kuasa Allah menciptakan =)

s a r said...

#hansuke

apa2 je la weh.

salah aku gak kot kan. banyak sangat tanya. salah timing pulak pertanyaan aku tu kan.

#encik ghost

erm betul. siap nak guna bomoh tolak hujan pun ada gak.

#encik mohamadazhan

:) alhamdulillah.

fuad ansari said...

cik s.a.r kalau nak kawin nanti, biar pipi yg basah ye.. (basah air mata memohon rahmat dan bantuan Allah agar majlis berlangsung dengan lancar..) (",)

Ann Ishak said...

ada lagi ikutan petua tu ek...pernah saya tengok dolu2

s a r said...

#encik fuad.

hee. inshaAllah. akan diusahakan awal-awal. :)

#cik ann

erm, tu la tu. saya pun ingat dah takda dah..

Kakzakie said...

Dak Intan ibarat kain putih org tadah tangan berdoa dia pun ikut, so kalau tak dibuang adat baling baju pengantin tu Dak Intan pun akan ikut juga bila dia dewasa kelak....

Pia said...

"Assalamu'alaikum...panggil bomoh hujan..ahaks...akak dulu diorng boh buah kelapa dlm telaga....apa kaitan akak pun tak tau..."

RuMaH TuA said...

Yang membaca pun boleh senyum tersungging cik sar. (^-^)y

"Allah sebaik - baik pergantungan"

Yatie Awang said...

Allahhuakbar...kebesaran Allah...

c'axoera said...

selain dari buang baju atas bumbung, ada gak yang gantung cili kering kat tiang kemah kenduri...petua org tua2 lah kann


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/cabang-yang-tak-mungkin-tersimpul.html

s a r said...

#kakzakie

yela kakzakie. saya ingat makin moden makin takda. rupanya ada lagi yang mcm tu.

#kakpia

waalaikumussalam.
lamanya tak nampak akak :)
busy di cuti sekolah ye kak. :D
kelapa dalam telaga? eheh. kali pertama dengar ni kak. hee

s a r said...

#rumah tua.

hee. tersungging jugak? :D
hanya padaNya kita memohon :)

#yatie awang

:) Dia Maha menentukan.


#c'axoera

cili kering kat tiang khemah? ehehe. 1st time dengar camtu. huu.
macam2 betul kan.. :)

Pencari ALLAH said...

Penerimaan yang baik terhadap hujan memberi seribu keberkatan tanpa kita ketahui.

s a r said...

betul. hujan tu pun kan adalah rahmat. beribu rahmat tuhan kepada penerimanya. :)

Pencari ALLAH said...

lagi-lagi titisan hujan menitis ke atas kepala memberi keberkatan atas penghapusan dosa. Itu lebih baik. Mungkin.

s a r said...

inshaAllah. rahsia Dia kan. :)