Wednesday, December 7, 2011

Lelaki beridah

Assalamualaikum :D

"s a r, akak ni risau tau s a r nak terima dia. Akak ni dah la pegang status J, tak boleh salah sikit. Mudah saja orang mengata. Sebelum akak nak terima dia, akak nak kena tahu juga kenapa sejarah hidup dia. Kenapa dia pegang status D. Tambah pulak dengan mulut manis dia. Aku tak berapa nak berani s a r. Banyak kes sekarang yang tangan suami naik ke muka semuanya yang superb dalam susun ayat. Mana ada perempuan yang tak suka dengar ayat2 manis. Melainkan dia ada problem identity atau emosi je. Hmm... macam mana ni s a r..."


"Saya ada dengar macam tu jugak kak. Dulu lecturer law ada pesan kat kita orang. Hati2 dengan lelaki2 yang sentiasa bermulut manis ni. Dia kata banyak kes yang dia handle sume yang libatkan wife kene pukul berkali2, buat tuntutan cerai, lepas tu tak jadi cerai. Lepas tu dia buat balik... hmmm... seriau..."


Lagi satu s a r. Pasal poligami. Kalau suami kita nak kahwin lain, elok kita bagi aja s a r. Bukan apa, dari dia buat hal kat belakang kita, buat benda2 yang tak elok belakang kita, ada baiknya kita bagi aja. Sebab akak rasa sama aja kalau dia kahwin senyap2, kita tak tahu. Tak payah nak kecoh lebih-lebih. Tapi make sure la kita dapatkan hak yang sebenarnya. Dari dia buat benda yang bukan2, kita pun sama dapat dosa. Akak ada terbaca yang seorang isteri boleh berdosa kalau menghalang suami kahwin lain. Lagi2 kalau suami tu mampu.


"?????? err... ye la kot kak.. :D"






******

Mari ke topik sebenar. :)

Sebut pasal idah, of course terus terjun ke kancah penceraian. (amboi s a r, macam dah takda topik lain. Cerai juga jadi pilihan. :P). Biasa di dalam agama kita hanya mendengar idah bagi wanita. Tapi sebenarnya kaum suami juga mempunyai tempoh idah yang harus dijalani sama seperti wanita iaitu berdasarkan 3 keadaan;

1.   Lelaki yang mempunyai isteri empat dan ingin mengahwini wanita lain. Dia menceraikan salah seorang daripadanya. Sebelum mengahwini wanita lain, dia haruslah menunggu sehingga isteri yang diceraikan itu habis idah.


2.   Lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan talak 3 dan kemudian ingin menikahi semula adalah selepas isterinya itu berkahwin dengan lelaki dan bersetubuh dengannya. 


3.   Lelaki yang ingin mengahwini wanita yang mempunyai pertalian dengan isterinya (adik, kakak, ibu saudara dsb.)

Tempoh idah ini perlu kerana memberi ruang kepada diri masing2 terutamanya isteri kerana ianya melibatkan soal emosi dan seterusnya dalam perhubungan kekeluargaan (keadaan 3). Ini juga kerana pelbagai konflik boleh timbul dan memungkinkan pasangan untuk rujuk kembali (kecuali keadaan 2).


*kredit to; majalah al-islam oleh peg. penyelidik syariah (IKIM) :)

13 comments:

CikGu Ma said...

akk berstatus S...hehehe

L said...

info yang bagus utk L.. hehee

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

c'axoera said...

thanks for sharing :)

http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html

fuad ansari said...

fuuuuhhhh, lega... mujur Ramli tak kena jalani tempoh edah.. (",)

Pencari ALLAH said...

Halangan melakukan perkara yang baik membawa kepada penutupan 1 pintu keimanan.

ghost writer said...

aku lelaki single.belum berkahwin dan belum pernah jadi duda.

senang citer:jadilah lelaki yang setia. :)

s a r said...

#cikgu ma.

sat lagi dah tak S la tu kak. eheh

#encik fuad

ahah. jangan berani cuba2 untuk lalui tempoh idah ni encik ramli. ;D

#pencari Allah.

alhamdulillah. Islam memudahkan kan. :)

#encik ghost

ahah. jangan cuba2 la tukar status jadi D tu encik. melainkan hanya Dia yang memutuskan agar kamu berstatus D.

gudgudgud! itu yang terbaik. alhamdulillah. :)

RuMaH TuA said...

Saya punya sahabat yang luarannya sangat2 lembut. Segala2nya lembut. Rupanya tersimpan hati yang keras. Teringat salah satu dari kata-katanya sewaktu perbincangan tentang hidup bermadu. Ringkas & padat jawapannya.

Dia :- Saya lebih rela menjanda daripada hidup bermadu.


(^-^)y Fuh!!

"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya"

Ann Ishak said...

bagus info ni, thanks for sharing

Asakura said...

hati-hatilah dgn lelaki yg mulut manis...nak selamat, pilihlah laki pendiam....(promote diri plak)....hahhaha gurau saja....

s a r said...

#rumah tua

alamak! kata2 dia.. takut..
bukan semua boleh hidup bermadu. macam2 hal masa depan kita tahu kan.

orang yang lembut, dan tak banyak hal ni la yang biasa luar jangkaan kan.

buaya pun bukan sebarang buaya dah.. uhu

s a r said...

#ann ishak
#c'axoera
#L

thanks sebab sudi ke mari dan baca :)

#encik askura

wahai encik askura.
lelaki yang pendiam ni la ibarat air yang tenang takda buaya tu tau. silap2 buaya tembaga lagi. ahah.

delarocha said...

tq for sharing