Thursday, December 22, 2011

Islam

Assalamualaikum :')



Seorang hamba Allah bermurah hati berkata-kata, bercerita itu ini tentang dunia dan segalanya...tiba-tiba...

s a r, solat sunat subuh buat time bila?

aku jawab...

lepas azan subuhlah, sebelum kita buat solat subuh... ~confident :D

dia pun menyambung...

s a r, apa fadhilat solat sunat subuh tu?

aku tetiba tak terjawab... garu kepala sekejap walaupun takda kutu. :P
akhirnya keluar, pahala..

dia tanya balik..

pahala apa?

lagi sekali tak terjawab... malu sudaa... ~boleh tampar muka berkali-kali ni nak ilang kebas. grr.. sumpah aku blurr...
err.. pahala apa? ~aku tanya dia balik dah macam budak baru belajar.. :P

zat seluruh isi alam s a r. Besar tu... mana nak cari tu.. susah nak dapat... 

aku senyum...~ walaupun dia tak nampak. :) alhamdulillah... ilmu free dapat. Tahu solat tapi tak tahu pun fadhilatnya. ish ish ish...

s a r... dia seru lagi nama aku...

Ermm... aku jawab. ~dalam kepala dah standby dah kalau dia nak tanya apa-apa lagi. Teringat pulak macam kena jawab soalan kuiz dalam kelas. :D

s a r, apa maksud ISLAM? ... soalan mudah je dia tanya.

ISLAM? ~aku tanya dia balik sebab aku tak expect dia tanya soalan tu. ~padahal dalam kepala dok recall balik ayat yang sesuai nak susun untuk kasi kat dia... 

Ha'ah...maksud ISLAM..

Errm... ISLAM tu... aku dah gagap dah. ~malu lagi. Adehhh... apa ni s a r oi... Aku dengar dia tergelak bila aku nak start explain.

s a r, s a r... kenapalah susah sangat explain. ISLAM tu SELAMAT. Merangkumi semua sekali. Kan senang... Betul ke tak? ~dia nak test lagi iq aku yang tak berapa nak ada ni. Ish!

betul! ~confident je aku jawab.

Apa yang betul? ~ dia memang suka argue.

ISLAM tu memudahkan dan tak menyusahkan....
~dengan over confidentnya aku jawab dan dia gelak lagi.
adehh.. nampak sangat tak berapa nak ado ilmu kaw ni s a r...
~_~"

dan seterusnya sesi ilmu agama dia kongsikan dan sempat menitipkan soalan lain.

cari ayat dalam al-quran yang menyebut tentang memutuskan ikatan silaturrahim...

err.. ok! ~aku cari. 
yang aku ingat, dalam ayat Al-baqarah :7

sesiapa yang memungkiri janji Allah swt dan yang memutuskan ikatan silaturrahim adalah mereka yang merugikan...
~ada lain lagi rasanya yang disebut dalam al-quran yang aku sendiri tak habis cari gali.



~habis dah sesi uji tanya oleh hamba Allah tu dan telah pun bersambung ke topik yang lebih dasyat dan aku memang fail bab tu dan sempat kena marah... :D




11 comments:

Cikgu Ma said...

tanya kepada diri sendiri...sengaja menyusahkan diri...allah atur dan cun...

budak dulu vs sekarang

Asakura said...

tak dinafikan, saya pun solat tapi tak tahu fadhilat solat...kalau saya yang ditanya, jawapan lebih kurang sar je...hahhaha

s a r said...

#cikgu ma

erm, betul. sendiri cari penyakit.


#encik askura

hee. kebanyakan kita begitulah. tak lari dari ni semua. lepas ni sama2 lah kita ingat. hee

Pia said...

"assalamu'alaikum sar...eh,terasa lak bc entri kamu ni..nasib baik anak2 akak tak tanya soklan cepumas mcm ni.....kdg2 tu kita tau tp tak tau lak camana nak explain...."

Pencari ALLAH said...

MasyaALLAH, banyak ilmu kena dipelajari lagi. Tuhan, tolong permudahkan.

delarocha said...

berpegang la pada Islam, maka kita akan selamat

fuad ansari said...

fadhilat solat subuh??
tak payah fadhilat.. dah mmg tugas hamba, kena taat perintah Allah.. tak taat, neraka jawabnya.. (",)

Yatie Awang said...

memang tak dinafikan ramai yg tak tahu fadhilatnya...kerana itu kita selalu disuruh belajar dan bertanya pada mereka yang lebih arif...ilmu itu harus dibelajar sehingga nyawa dibadan

Tiga hari dalam hidup

s a r said...

#kakpia

waalaikumussalam. hee. yg ditanya ni lagi terasa. sebab benda tu memang dah kwajipan. cuma, kadang2 tujuannya kita kena tahu jugak kan. ;)

#pencari Allah

:)
samalah kita. inshaAllah. peluang sentiasa ada kan. :)

#encik fuad

hee. itulah sebenarnya. tapi, sesekali ditanya soalan macam ni, agak menggagau jugak nak jawab, huu

#yatie awang

betul. proses pembelajaran sepanjang hidup. :)

s a r said...

#delarocha

inshaAllah. itu yang terbaik. :)

Pencari ALLAH said...

Peluang tu ada. Malu rasanya bila soalan semudah ni sukar nak jawab. MasyaALLAH. kerdilnya rasa.