Tuesday, April 17, 2012

Tetamu terlebih adab!

Assalamualaikum :D ~entry sengaja.

Biasanya tuan rumah wajib menghormati tetamu kan.. begitulah juga tetamu yang datang tu kenalah hormat tuan rumah. Takdanya nak pakai redah aja rumah orang kan.

Makanya, wahai si tetamu tahukah anda merupakan pembawa rahmat kepada si tuan rumah. Selama mana tetamu itu berada di rumah itu, selama itu jugalah rahmat itu tetap ada di rumah itu hinggalah si tetamu pulang.

Kenapa tidak kita mengambil hati si tuan rumah barang setitik air pun... susah ke?

Meh ler aku kongsi cerita aku bertandang di sebuah rumah yang agak serba kekurangan. Tapi, layanan si tuan rumah amatlah mentouchingkan. Susah payahlah buat air dan hidangan seadanya.

Contoh:

If dihidangkan air bujang sekalipun, rasanya kenapa tidak kita minum mahupun setitik. Macam kes aku tu, si tuan rumah menyediakan air kosong bersama nasi dan masakan2 yang tidak pernah aku makan sebelum ni. Air kosong bukan macam air kosong yang guna filter canggih manggih tu. Ini pure air dari dalam tanah ok! Macam2 rasa bila sampai dalam tekak. Tapi aku telan ajalah.

Kesian dengar bila si tuan rumah mengadu pasal tetamu2nya yang pernah bertandang sebelum ni. Katanya, tidak pernah mahu menjamah mahupun setitik air. Dia kata mungkin sebab geli, tak bersih dan sebagainya.

Cuba bayangkan kalau anda tuan rumah dan bila si tetamu yang datang itu tidak sudi pun menjamah apa yang dihidangkan. Macam2 andaian yang datang bukan? Aku akui akulah antara tuan rumah yang agak sewel bila tetamu datang rumah.

Masa aku datang rumah serba kekurangan tu, ada tetamu lain yang datang, and kita boleh tengok kot spesis2 tetamu yang memang 'macam bagus' ni. Minum tak nak, masuk tak nak, apa tak nak. Pandangan sinis mata dorang ni, tu yang aku rasa macam nak cungkil aja mata dorang keluar tuh.

Ada tu pulak, nak masuk rumah pun sampai tak lalu sebab dirasakan kotor atau rumah buruk sangat. Ish ish ish.. Kecikkkk....hati tuan rumah. Hmm..Jijik la sangat! Geli la sangat! Esok-esok mati pun, bukan ada permaidani 5 6 inchi tunggu dalam tanah kan....haish! sabar ajalah...

Maka, kawan2 dan sahabat. Tak rugi pun kita ambik hati tuan rumah, senangkan hati tuan rumah.. dapat pahala apa... senang2 aja dapat kan..

~aduhai! ni sebab rumah kucing tu tak sediakan kerusi ok! :D


p/s- Rasanya orang yang rumah serba kekurangan inilah yang lebih bermurah hati untuk menjamu tetamu yang datang walaupun barang makanan tidak semewah mana, dari mereka2 yang lebih bernasib baik sanggup tutup pintu rumah. haish!

9 comments:

BTS said...

kena lah amik hati tuan rumah spt tuan rumah amik hati tetamu

Anonymous said...

bersyukur la dgn rezeki yg ALLAH bagi......

s a r said...

blogtilldrop>

tak rugi pun kan..


anon>

itu sebaiknya.

fuad ansari said...

kadang2 kita perlu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan tuan rumah yang kita ziarah..

kot nya rumah tuan rumah tu kecik, kita sembang pasal rumah besar2 atau projek juta2, tak kena gaya jugak kan...

(",)

Mindaberbisa said...

Rugi tak rebut pahala banyak-banyak kat dunia :)

nurul said...

salam.betul sar,terima kasih utuk peringatan ni..-)

nurul said...

aku teringinla nak jumpa sarni..hehe (xberkaitan??-p)

s a r said...

encik fuad>

hehe. melampau sangat tu encik fuad. sentap hati orang tu nanti. huu


pencari Allah>

kan.. free2 je pun takmo.


dreamygirl>

most welcome beb.
sebenarnya untuk ingatan aku jgak beb. aku dulu masa zaman jahiliyah, gitu ar beb. tak baik aku kan. tapi bila pernah tengok sendiri, rasa macam..ya Allah..berdosa gila rasanya. huu

mu esok2 ada rezeki datang ruma aku, aku nak kaw buat2 bahagia tau. sebab aku tak nak sentap sampai kau dah tak sudi lagi datang untuk kali kedua next time. ~time aku kawin ke kan., ahaha.~ berangan :P

nurul said...

kenapa nak buat2 bahagia?ak xpaham..sentap amendenye??-)InsyaAllah time ko kahwin..-D