Friday, April 6, 2012

Kenapa perlu?

Assalamualaikum :D ~entry carik pasal :P


Masing-masing mesti dah tahu jawapan kenapa perlu kahwin.

persoalannya,











Kenapa perlu kawin waktu belajar?
~wah! tiru topik malam tadi pulak eheh :P

erm, banyak yang tak perasan sebenarnya banyak kebaikan kahwin waktu belajar. ~eh, aku je yang terlepas. :P ~jodoh tak sampai ok!. Bukan kerana dikatakan gatal mahupun miang tak sabar nak kawin. Tapi tu lagi baik dari kita sibuk pergi dating dekat library sambil tenung menenung dengan buku atas meja terbukak mengalahkan study bagai nak rak. Tapi sebenarnya satu page itulah dari pukul 8pg sampai 12 tgh. ~wah! aku mengata hari2 jumaat ni. eheh.

Erm... lagi satu, sekarang "PENYAKIT HATI" bukan main banyak lagi menular kan. Tinggi ilmu agama pun dillihat ada terjebak dalam kes2 masalah hati. Bak kata seorang ustaz, makin tinggil ilmu agam (iman di hati), makin hebatlah pangkat En. Syai yang datang menggoda. Lemahnya iman seseorang itu apabila mata tidak henti melihat perkara2 yang tidak2. Malah makin galak melihat.

Maka aku agak kagumlah jugak pada mereka yang gagah berkahwin time belajar. Ada aja seorang sahabat aku macam tu. Alhamdulillah. Dikurnia baby yang comel2 lagi. Katanya;
"nak buat apa pun takda rasa bersalah sebab dah halal.. pahala free2 dapat... jangan jealous!"
~huh! sempat lagi kaw!

Betul apa kan. Tu belum sentuh bab belanja2 nak buat majlis apa-apa kan. Jimat jimat jimat..berkat berkat berkat. InshaAllah.

Maka, marilah kita... ~pada yang tengah couple and belajar. :)

~alolololo :D


Teringat ada seorang sahabat kata:

Pada mereka yang takut berasa kesusahan kerana berkahwin waktu belajar, TAKUT SUSAH sebab takda pendapatan tetap, rumah sendiri, kereta sendiri, manage time, dengan erti kata lain, semua berkaitan dengan DUIT. 

Sahabatku kata:

Rasa risau dan ketakutan tu tak ke mana... Sampai bila kita nak senang selalu? Memang hidup ni penuh dengan ujian. Tu semua memang ujian hidup. Kita memang takkan lari dari ujian Dia. Pada yang kahwin lepas belajar pun takkan lari dari masalah yang sama. Kalau tak lalui hari ni, kita akan lalui juga masa akan datang. Sekaya mana punlah hamba Allah tu, dia tetap akan punya masalah tersendiri. Kan Dia sentiasa ada, bantuan Dia sentiasa dekat dengan kita.

Maka, muhasabahlah kita. Jangan takut hari ni pada benda yang tak pasti berlaku lagi. Ujian memang sentiasa menunggu kita walaupun tengah nyenyak tidur pun. 
Kembalilah kita pada Surah Al-Baqarah ayat 286 :) 





16 comments:

Kakzakie Purvit said...

Masalahnya sekarang dik yg dah tahu tak bertemu jodohnya lagi tapi yg dan ada partner tak tahu lagi akan kebaikannya...

So... apa lagi doa-doa-doa usha-usaha-usaha... moga dicepatkan dapat jodoh...

s a r said...

macam yang akak cakaplah. doa2 usaha2 kan. itulah gunanya doakan. cuma kene betul ajalah caranya kan :)

kalau pasal yang tak temu jodoh tu, memang tak boleh tolonglah. tu pasal saya pun tak nampak lagi. ahaha :)

ghost said...

ini lah masanya yang sesuai utk kau praktis, Sar. haha!

Cikgu Ma said...

mcm nak kawen jerr nih =)

s a r said...

encik ghost>

ahaha. nak praktis apa nya. waktu belajar habis dah. tapi tak tau la akan datang. ahah

cikguma>

dok aihh..
saja carik pasal. :D

Mindaberbisa said...

Untuk mengelakkan penzinaan, wajib nikah.

hansuke said...

yeay! sar nak kawin time amik masters nanti. jgn lupa jumput aku sar :D

hm..sama cam kes aku post ni, cuma aku dan pasangan tak takut untuk rempuh kesusahan pon cuma parents si pompuan takut dia takleh nak study nanti bila dah nikah. rehda mak ayah sama ngn redha Allah, walaupon pedih, terpaksa jua kami tempuhi, cewah, ayat tak mau kalah gitu :D tapi takpa, dugaan kesabaran buat aku dan dia. inshallah.

sekarang untuk sabar menanti selama bertahun2, sampai dia habis belajar, tak boleh la kami berjumpe tanpa adanya muhrim bersama, tu pon kalu dia balik malaysia la..ehe~

tapi aku pulak, kalu ada rezeki belajar jauh, sama-sama la kami tak jumpe, alhamdulillah, Allah itu maha mengetahui, biar lah jauh asalkan dekat dihati..sampai di hari yang dinanti2, tak sabar aku nak pegang tangan dia..ehe~ perghh...ayat poyos lagi :P

tapi ada bagus la kalu jauh sebab hati dan iman pon terjaga, takdala selalu nak jumpe, terbayang2, bagaikan orang gila :D

ok enough poyoness,

take care sar :)

s a r said...

ahaha. golak-golak den baca komen kaw ni. :P

oit! mana ada aku mention aku nak kawen dalam entry aku ni. repek rapu je kaw an., tapi takpa. doa2kanlah ye. ~wah! berjangkitan kePOYOan kaw. :P

bab jauh tu memanglah bagus. memang terjaga iman. hati kaw cmne? kegagahan ke kalau dah kawen. ahaha ~gelak jahat.

thanks beb. kaw pun take care kembali. :D

p/s- sabarlah hati. :P

zoora qushairi said...

wahhh wani...best jgk kan kawen masa study...hihi.

cousin aku ada sorang kawen masa study :). Mmg kagum la tgk dia..skrg dh selamat jd doctor kt hosp.selayang..anak masuk dua dah..

wani cepat sambung masterrrrr...pastu...?? ekekekeee ...

hansuke said...

oit sar, guna word "kegagahan" plak dah. ini word orang kawin ni..heheh~

kegagahan menanti tu inshallah la sar, kegagahan lepas kawin tu, wallahua'lam, tak pernah lagi merasa :P

dah takda jalan dah sar, kena tunggu jugak, aku ok je, kalu dia jodoh aku, buat masa sekarang aku sanggup tunggu, tapi masa akan datang kita tak tahu. kalu jodoh panjang, tak kemana, orang tua2 kata.

tapi lepas je solat, aku berdoa je, kalu ada jodoh, kekalkan la kami dalam tidak berdosa dan tanamkanlah sabar dalam hati kami untuk tunggu saat nya sah menjadi suami isteri. itu je. kira "gagah" la tu aku rasa, ko nak "gagah" macam mane lagi cik sar oi!! :P

wei..masters ape cer?

s a r said...

hansuke>

wahai encik hansuke. kaw ni jauh benor fikir sampai 'kegagahan' alam kahwin pulak. ~gila kentang betul bersemangat nak kawin kaw ni. ahah. sabar sabar. :P

word "kegagahan" aku tu tadi untuk kegagahan hati je. tak kata pun kegagahan lain. ~ahahaha. excited benor kaw ni la.:P

dah betul la yang kaw kata tu. kira memang gagah la tu. GAGAH HATI OK! aku tak sebut pun gagah lain :P

master? tggu jadi penunggu la aku sekarang ni. heee..

s a r said...

mama arissa>

lama sangat dah tak jumpa kamu ni. sampai dah nak masuk 2nd baby dah kaw sekarang kan zura. aduh! rindu bangat sih dengan kamu. kaw tak call aku, aku lagi la tak call kaw.. huu.. kawan kaw ni dah memencilkan diri walaupun sebenarnya dia tak kecik. ahah.

kawin masa study?

erm, aku tak pernah rasa la pulak. setakat dengar dari mulut yang ada pnglaman je. eheh.

master? ggrr... gamaknya aku dah buang masa telampau la banyak kan. jadi apa2 ntah sekarang. sikit lagi dekat S E W E L. hohoho.. kawen pun tak tau la bila kan. ahah. calon takde meh.. hee. takpun tunggula kaw berlima kan., barulah memeriahkan majlis aku kan. ahah :P

zoora qushairi said...

hekhekk...wani...rindu kau jugakkkk....lama x calling calling +_+.

apa wani?? ko nk tunggu aku ber-5 br nk kawen?? skrg aku nak ber-4 dah..thn depan boleh je aku ber-5..hahahaa mengarut dah ni ;p. takpe wani...sume org dh ditetapkan jodoh nye kan....tunggu jer ..insyaallahhhh *lagu maher zain*:D

s a r said...

ahahaha,,

zura, janganlah berlima tahun depan. dua tiga tahun lagi la. kalau tahun dah belima tak sempat aku nak cari la.. ahahaaha ~CARI... DUIT. :P

inshaAllah beb. :D
rindu kamu so strong. :')

ain said...

Perkahwinan...
Saling lengkap melengkapi...

s a r said...

itu yang sebaiknya kan. :)