Sunday, January 22, 2012

Jadi Tentera Dajjal??

Assalamualaikum sahabat.

~entry kali ini ku inginkan pendapat kalian yang amatlah ku hargai selalu. :D

Satu statement yang aku keluarkan di satu LAMAN SOSIAL yang baru diaktifkan berbunyi begini :

"WANITA TAK WAJIB PAKAI TUDUNG. YANG WAJIB, MENUTUP SELURUH AURATNYA" ~Uai

Makanya, adalah seorang hamba Allah yang tak ku sangka akan memberi komen sedemikian rupa. Sentap jantung aku sekejap. Statement yang aku buat itu bukanlah dari aku sendiri. Sebaliknya kepunyaan Ustaz Azhar Idrus ketika malam tahun baru di UIA bersama-sama dengan ZIZAN apabila ditanyakan tentang pemakaian tudung wanita dalam sebuah ceramahnya. Itu pun aku jumpa dalam satu blog ni. 


Mungkinlah aku jahil dalam bab-bab agama ni kan. Cuma ini pada pendapat aku. Ayat tu takda sikit pun cacat celanya. Bila fikir balik, memang islam takda pun gariskan yang WANITA WAJIB PAKAI TUDUNG. Yang ada di sebut adalah tentang PENJAGAAN AURAT tak kira lelaki ke perempuan. Ada garis panduan yang DIA dah tetapkan. Macam surah An-Nur: 31;

....dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala; dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka melainkan kepada....

Apa yang aku faham dari terjemahan ayat tu, potongan ayat sebelum 'tudung kepala' itu dah menyatakan 'JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA'. Kemudian baru disusuli HENDAKLAH MEREKA MENUTUP BELAHAN LEHER BAJUNYA DENGAN TUDUNG KEPALA.'

Macam syarat2 kita bersolat. Dia tak kata pun wajib pakai telekung bila bersolat. Sebaliknya pakaian yang menutup aurat dan bersih dari segala najis. 

Tapi yela kan. Pendapat masing-masing kan. Terjemahan masing-masing. Apa ada hal. Apa yang penting niat kita dalam menyatakan sesuatu. Back ti our heart. Dia Maha Mengetahui. :)

11 comments:

fuad ansari said...

sy mahu terima dengan hati terbuka dengan anggapan, tak semua orang punya fahaman agama yang baik.. (",)

s a r said...

erm.. betul. lain2 hati kan. bukan sume org boleh dengar apa yang kita kata :)

ghost said...

aku nak tulis benda macam nih pun aku rasa sama jer kot.bukan aku nak jadi pak turut yang asyik nak iakan kata-kata orang,tapi dari dulu lagi isu tudung nih tak pernah selesai atau punya kesimpulan yang tepat.di pihak begini mengatakan begini,di pihak yg satu lagi mengatakan begitu.dan benda2 macam nih nak kata baik dalam persoalan islam tak juga,sebab ia makin menambahkan persoalan.

Cikgu Ma said...

salah tafsir, salah la fahamannya..tak tahu nak cakap camna..

s a r said...

#encik ghost

statement dibuat pun bukan diminta sokongan. yela kan.sekarang ni masing2 boleh je bersuara. dan masing2 pun ada je pendapt masing2 kan. bak kata encik fuad, terbuka terima apa jua tanggapan dan persepsi orang. thanks encik ghost.

#cikgu ma

thanks cikgu ma :)
hati berbeza antaranya kan. :)

Anonymous said...

isu yang xpernah habis.

sama2 ajalah kita beringat.

bukan semua orang boleh terima apa yang kita kata.

masing2 ada pendirian.

kita kata A, mungkin dia kata B.

tapi dalam hal ni, wajib tetap wajib dan wajib selamanya.

Islam tak menghalalkan cara.

s a r said...

back to our heart kan :)

RHI said...

akak pun tak berani nak ulas lebih takut juga salah faham

Mindaberbisa said...

Dikira menutup aurat selagi si pemandang memandang tanpa rasa ghairah.

EmpayarUtama said...

Pernah tegur isu hukum-hakam tudung; last-last aku kena buat satu entri mintak maap... Kengkadang tu sesuatu yang kabur/samar-samar kita sebagai insan biasa (bukan pakar hukum) cuba elak dari jatuhkan hukum apatah lagi mengajak yang lain (pun bukan pakar hukum) berdiskusi. Silap salah dari aku yea :)

s a r said...

Empayar utama>

heheh. biasala tu. bukan semua orang suka and setuju dengan apa yang kita tulis, apa pendapat kita. masing2 ada pendapat dan pendirian sendiri. maka, kita yang mengeluarkan kata dan pendapat, perlu sentiasa terbuka je ler terima pendapat dan teguran orang. tak kiralah baik ke tak.

aku pun. tak pandai bab2 hukum ni. diri ni pun bukan pakar hukum. sekadar belajar dari kesilapan lalu dan masih lagi belajar memperbetul diri agar imej yang dibawa dan apa jua yang terkeluar dari mulut aku, aku sendiri kena laksanakan dulu barulah boleh dengan yakin mengeluarkan sebarang kata :)

thanks yep empayar :)