Thursday, January 26, 2012

Capai Standard

Assalamualaikum :D

Ehem..ehem... label jom kahwin juga menjadi pilihan lagi sebelum ke label baru "rumah bertangga". :D

Sebenarnya hal ni dah banyak kali sebut pun. Iaitu tentang persiapan, penyediaan dan perbelanjaan majlis kahwin2. Teringat sorang sahabat kata: "kalau ada duit, apa ada hal kalau keluar banyak pun..." Hal bazir membazir dah tolak tepi dah.

Diakui. Ada je di antara kita yang berkemampuan dan tidak kisah pun sanggup berhabis untuk sehari punya majlis. Almaklumlah, sekali seumur hidup katanya. Tu tak kisahlah tu, sebab tu bagi mereka yang berlebihan duit.

Ni kes yang duit tak berapa nak ado, tapi nak buat majlis gila dasat! Kekadang, bukan keluarga si pengantin pun yang beriya-iya untuk buat majlis besar, sebab sedar akan kemampuan. Tetapi, orang lain yang datang dan melihat persiapan itu memberi komen2 yang 'terlebih membina' kepada di keluarga pengantin. Wah! mengalahkan Deco bersama Eric dah... Katanya, "tak standard la kalau buat majlis kecik2 je. Malu kat orang yang datang kalau tengok biasa2 aja. Tak malu ke?"  Komen sana, komen sini. Sana tak betul. Sini tak cantik. Atas tak sesuai, bawah buruk. Mak oi ~ boleh muntah biru kalau dengar tuh.. :P

~hiasan semata :D


Ish...ish...ish... dah nama pun mulut orang kan... apa nak buat... tu belum lagi dengan pandangan sinikal yang paling mahal tu. Ish..ish...ish... Astaghfirullahala'zim... Kesian...naik juling mata tu dah...

Cuba bayangkanlah... Kalau yang tak berapa nak ado tu, bergaya sakan sampai buat pinjaman sana sini semata-mata takut malu orang pandang kekurangan yang ada. Dah kenalah tu pepatah; BIAR PAPA ASAL BERGAYA. 

Tapi, itulah pun yang jadi sekarang ni. Nak bergaya sakan punya pasal, hutang keliling pinggang. Jangan tanya kenapa kalau ada pasangan yang kahwin, sampai anak 3 belum habis bayar loan. ~kes utang ptptn tu lain cerita la... :D. 

Bak kata pepatah my lil'bro: BIAR HANDPHONE MURAH, KREDIT BANYAK. BUKAN HANDPHONE MAHAL, KREDIT TAK PERNAH NAK ADA. hehe.

14 comments:

Kakzakie said...

Buat sesuatu kena ukur baju di badan sendiri barulah kelihatan cantik. Kalau badan comel lote nak pakai jubah yg besar geloboh walau berlabuci manik bagai pasti kerkelup jadinya...

fuad ansari said...

kesian kan kat orang islam.. dek kerana budaya dan adat, pernikahan sudah menjadi perkara yg sukar untuk dilakukan..

budaya dan adat ini juga akhirnya yg menyebabkan byk masalah sosial yg berlaku ketika ini..

pengajarannya, hidup berlandaskan agama.. dalam agama itu sendiri sebenarnya sudah ada adat dan budaya yg baik.. peliknya, kita pulak yg mahu menambah-nambah..

orang yg datang kenduri tu, setakat nak mengomen, takdo makno eh do.. kok taknak nolong, baik sonyap.. (",)

Cikgu Ma said...

abah ada cakp kat adik2.."hangpa nanti kenduri buat qulhu(tahlil) dan doa selamat dah la..pastu buh kat fb habaq kat kawan2 kata dah menikah...sempoi...hahaha

spontan K

Pencari ALLAH said...

ALLAH suka orang yang tidak melampaui batas :)

EmpayarUtama said...

Hehe sedara mara ramai kalau tak jemput nanti jadi jemput-jemput tapi belanjanya semput :)

ghost writer said...

aku kalau boleh nak buat yang seringkasnya dan sangat cool bajet.haha.faham jer lar,duit bukan nak ado pun..

Cik Gee said...

kdg2 susah gak kalau tak dengar cakap org, biasalah hidup bermasyarakat. tapi bak kata ct nurhaliza, ade perkara yg dicakapkan oleh org lain kita patut 'let it go, let it go.. ' hehe.

terutamanya bila melibatkan hal bajet membajet ni.

btw, sangat setuju ngan statement ur bro tu.. :)

delarocha said...

ikut kemampuan

admin said...

Salam sar, saya Asakura Nak Publish Jugak. Ini blog baru saya...:D

terbaik kata-kata dari abang awak tu... :D

s a r said...

kak zakie>

kerkelup apa tu kak? tak pernah dengar pulak. huu~

encik fuad>

nak cakap pasal adat, memang tak habis. macam2 halnya sampaikan kekadang menyusahkan diri sendiri. undang2 makan diri sendiri dah namanya, hee...

memang la pun sepatutnya macam tu ye dak... tau cakap je, buatnya tak. hee.

s a r said...

cikguma>

sungguh maju la abah cikguma. sempoi gila.. saya sangatlah suka.. penatlah buat majlis2 besar2 ni. sebab last2 nanti, diri sendiri yang bagai tak mau kemas sume benda. huu

s a r said...

pencari Allah>

betul!

empayar utama>

ahah. memang semput pun kalau dah melampau sangat.

encik ghost>

ahaha. buat mana yang wajib suda.. camtu jugakla aku. selagi boleh nak je buat majlis seringkas mungkin. :D

s a r said...

cik gee>

memang pun. kekadang kata2 orang ni sebenarnya lebih banyak menyukarkan dari yang menyenangkan.

encik delarocha>

itu yang sebaiknya :)

Anak Pendang Sekeluarga said...

bagus la mcm tu...adat dan adab satu perkara yg berbeza...

sunnah lawannya bidaah...