Saturday, January 14, 2012

Pencetus kePUTUSan

Assalamualaikum :)

Ehem.. dengan tidak berapa sukanya untuk membebel di bawah label jom kahwin buat kali ini apabila ia melibatkan kePUTUSan hubungan yang tidak kesampaian. Sangat kesian bila ianya melibatkan orang sekeliling yang disayangi.

Ayat mengayat mungkin permainan dalam mendapatkan sesuatu ye tak. Terutamanya ingin dapatkan seperti yang dihajati. Kadang2 salesgirl pun boleh cair kalau dok yang membeli tu bukan main kacak bak aaron aziz mintak tawar nak beli jam titus. :P. Dalam hal pasang memasang ni pun rasanya begitu jugak. Ye tak kaum lelaki? Lagi kuat perempuan tu tak layan, makin kuat pulak ilmu mengayat yang keluar. Melainkan yang cepat give up. Dia buat derk je pada girl tu. Macam pangkat syaitan nak goda pak Imam. Makin tinggi kekuatan agama seseorang, makin tinggi pangkatlah jugak syaitan yang menggoda. :D

~macam-macam boleh jadi
Kata orang tempoh pertunangan merupakan tempoh paling banyak dugaan? Darah tengah manis. Betul ke? ~tang mana yang manis tu :P. Yelah agaknya kan. Kata orang juga tempoh tu lah iman masing2 nak kena kuat tepis apa jua ujian dan dugaan. Bukan tu je, nafsu sendiri kekadang yang paling kuat menggoda dari hal lain. (tapi bila Allah kata dah takda jodoh, memang takdalah jugak kan...).

Banyak benda yang mencetus kePUTUSan sebuah hubungan. One of the problem is, HILANG PERCAYA, TERLALU SYAK WASANGKA. Aku rasa setakat ni tu lah yang paling penting dalam hubungan. InshaAllah Allah pun akan restu dan lindung suatu hubungan tu even datang ribut taufan sekalipun.

Bayangkan bila suatu majlis yang telah ditetapkan tarikh dan segala kelengkapannya. Tetiba terkandas di tengah jalan. Tak ke haru semua family. Kata orang, yang dah kahwin pun boleh bercerai berai, inikan pula yang baru bertunang. Tu belum lagi yang sibuk2 couple mengaple. ~amboi! teruk benar bahasa aku nih! :P 

Entry kali ni bukan untuk memihak kepada sesiapa. Tapi secara umumnya, benda tulah yang aku rasa paling penting. ~amboi s a r! pandainya kaw bercakap :P. Tak kiralah pihak lelaki ke perempuan. Bila keduanya ada rasa dua benda tu, apa pun akan sentiasa di bawah lindungan Dia. Tak perlulah nak rasa ragu2 lagi. Boleh teruskan aja langkah yang seterusnya. Sekian.

*my bro said di suatu malam tika dia ingin tido memandangkan tarikh nikahnya lagi seminggu je.
"s a r, kenapa aku rasa seram sejuk je dah ni... lain macam rasanya bila makin dekat tarikh ni!"

~ahah. Maaf bang. Aku tak boleh nak jawab soalan kaw. Kau yang kena ijab dan qabul. Banyak2lah buat solat hajat mintak tenang hati. One shot bro! takmo ulang banyak2 kali. hee. 

12 comments:

Cikgu Ma said...

ala, abang dah nak kawen,...x sempat jd kakak ipar..haha...gurau jerr...

s a r said...

ahaha, cikgu, kalau dia solo lagi pun saya tak nak kenalkan dengan cikgu. sebab saya rasa cikgu boleh dapat yang lebih baik lagi. hee

Anonymous said...

pengalaman bertunang tak de lagi, jadi, tak tahu nak komen apa..hahh tapi yang penting dalam perhubungan adalah saling mempercayai dan jangan berprasangka buruk...nak berprasangka buruk, kena ada hujah dan bukti yang kukuh...hahahaha

Yusuf said...

Blog "nakpublishjugak" sudah didelete oleh pakcik google... tak tahu sebab apa...nie hanya untuk sekadar pemberitahuan je...hhehehe

s a r said...

eh, kenapa pulak pakcik tu nak delete?? ish! haah la. tdi sya baru komen kat situ. boleh je. ni tetiba pakcik delete kenapa pulak. haish! pakcik ni jgn nak buat aksi2 terlarang pulak. haish!

s a r said...

#encik askura

erm betul la tu. yg berkata-kata ni pun xde pglman. hee. just dr mmber yg sntiasa berkongsi pglaman. :D

ghost said...

ada satu hal lagi,masalah bosan pun jadi penyebab kepada terputusnya hubungan.penyebab bosan lak dipengaruhi oleh berapa faktor yang terjadi selepas hubungan semakin jauh ke hadapan.

tapi rasanya Sar dah semakin melepasi peringkat pertama.lepas nih kena standby utk handle peringkat seterusnya.eh!tahniah!

s a r said...

erm, mungkin juga. hubungan yg terlalu lama menyumbang begitu.

eh, belum lepas apa2 peringkat lagi ni. masih tercari2 pringkat ni. uhu

fuad ansari said...

dulu, tok kadi tanya ramli masa nak akad nikah, dah berapa lama tunang.. ramli jawab, baru 10minit.. tak sempat darah ramli nak bertukar jadi manis.. (",)

seminggu sebelum nikah, ramli rileks je.. tapi malam sebelum nikah, dalam kepenatan pun tetap tak boleh nak tido.. (",)

s a r said...

eheh. ramli memang sangat cool la. hee.

ewanthology said...

yg penting saling mempercayai

Mindaberbisa said...

Manis iman, manis hubungan. InsyaALLAH.