Monday, January 9, 2012

Macam mana rasa...

Assalamualaikum :')

...bila kita tahu ada orang benci kita?

...bila kita tahu orang yang benci kita?

...bila orang yang benci kita tahu yang kita dah tahu dia benci kita? ~dia buat tak tahu mungkin...


~grrrr.... tak sangka ada juga yang tak suka. Almaklumlah... Kita bukannya dapat puaskan semua hati orang yang sememangnya tak pernah puas...

Orang kata, yang dekat ni selalu dibenci macam sebusuk bau bunga tahi ayam, yang jauh tu pula yang disayang macam secantik dan sewangi roses (walaupun aku lagi suka bau kemboja). Tapi, sebenarnya yang dekat, yang dibenci itulah sebenarnya lebih bermakna daripada yang disayang dan diharapkan. Akhirnya, yang busuk itu jugalah... sebab yang si wangi tak tahan lama.

Maka pada si penerima keadaan... apa nak buat????


~sabar ajalah.... Dia lebih suka orang bersabar. Bak kata Laksamana Sunan, adalah lebih baik kejahatan itu dibalas dengan kebaikan dan kebencian itu dibalas dengan kasih sayang. :)

Kepada yang membenci... Semoga diperlembut hati, dibukakan pintu hati,... kata orang, jangan benci2 selalu sebab lelama boleh tersayang pulak... Bila dah sayang... siapa pulak susah... hati jugak... :D

14 comments:

L said...

sygilah seseorang itu sekdarny kerna mungkin suatu hr kita kan mmbnci dia, dan bencilah sekadarnya, mungkin suatu hari kit akan menyanyagi dia..=0

Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

ainnoraini said...

Betul tu...benci tu kadang- kadang boleh bertukar jadi sayang...

Tak payah la benci- membenci ni..itu semua bukan baik untuk kitakan... Buat bertambah musuh jer....kalau buat baik semua org akan sayang...

s a r said...

#encik L

erm betul tu. Allah akan terbalikkan je perasaan tu kan. :)


#cik ainnoraini

ha'ah kan kak. dah la duduk kat sini tak lama. lagi nak tambah musuh. esok2 kat assembly jumpa jgak. huu.

fuad ansari said...

jangan zahirkan kebencian kita.. cuba bersangka baik.. mana tau satu hari nanti tiba2 kita jadi kasih kat dia.. (",)

delarocha said...

susah nk buat semua org suka kt kita

s a r said...

#encik fuad

erm, itu yang terbaik sebenarnya. tidak prasangka.

~ish ish.. cik wiwi, apa nak jadi ni. ish ish.. ~_~"


#delarocha.

haah. makanya kita jgn pula membenci orang lain kan.. :)

Cik Gee said...

iye benar.. bencilah sekadarnya takut nanti jatuh sayang pulak. kasih juga sekadarnya takut nanti kecewa pulak.. heeee//

nurul said...

Salam sar.Aku rasa orang yang paling mudah dibenci ialah orang yang paling dekat..Sebab emotional attachment sangat kuat..hehe..Kita mudah membenci tanpa sebab..dan membenci pada benda yang tak sepatutnya.Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga,sebab kesalahan sadikit,hapus kebaikan semua..Semakin besar/dewasa kita,semakin jelas beza antara suka dengan tak suka,like and don't like,hate and love..Semakin jelas dengan erti benci,semakin mudah membenci..Kenapalah sukarnya nak buang rasa benci xsepatutnya dalam hatiye..Benci umpama racun dalam diri,hanya boleh diubati dengan sayang(love).Dan benci ni umpama pohon berduri dalam hati..rasa mencucuk2 je bila perasaan bencitu datang,sakitkan..sakit hati..
Makin dibiarkan,makin tumbuh,menular,lama2 terluka sendiri..Disebabkan dari satu kebencian yang sedikit,kita sendiri menderita.Benci yang akhirnya memakan diri."Hate will eat you up inside".I hate to be hated but more importantly,I hate to hate people ..Buanglah rasa benci dalam diri ni..argghh..ape aku dah mengarutni.Lepas tension pulak kat blog sar..hehe.....rindu kat sar kot.ahaks..-DDD

s a r said...

miss gee

hee. betul. terlebih sayang pun jangan, terlebih benci pun jangan. :)

s a r said...

#nurul

beb, are u ok? sesi luah perasaan ni haa. kes lama ke apa beb? tak settle lagi ye? :)

apa kaw cakap semua dah betul sangat dah tu beb. molek sangat dah tu. aku suka;

"i hate to be hated and i hate to hate people"

problemnya takkan settle bila pengaplikasian nya kita tak lakukan. tu yang jadi macam tu. try harder beb. inshaAllah.

p/s- apa yang kaw cakap tu, aku baru perasan. kita memang mudah membenci orang yang selalu dekat dgn kita tanpa sebab. bak kata orang, kalau nak jadi pasal memang sekejap je la.

thanks for comment beb. really appreciate it! :)

nurul said...

Aku dah quite fine.And of course much better and tougher.hu2..Tapi biaselah,kadang2 emotion ni kan xtetap.Naik turun..Aku oklah,jgn risau..Aku kat mane2 blogke,site ke memang komen camnipon,panjang2,dan bukanlah 'emosi'yangtu,tapi feelingla..hehe..Disebabkan ak ni kan overly sensitive and feelingful person,so when in the mood,aku tulispun full of emotionla..Ni banyak curik quote jugakni.heheh..-D

s a r said...

ahaha. tu la tu. pelik pulak aku rase tetiba ada sesi meluah perasaan kat sini. tapi takpa. aku ok je beb. boleh je nak layan segala emosi yang kaw rasa nak kongsi. :)

kaw pun kan boleh je mesej aku. cuma yang peliknya kaw selalu ilang bila mesej dgn aku.

share la if ada apa2 lagi quote yang best2 beb. aku pun dah tgh emo turun naik ni. entah apa2 entah. uhu

Pok Amai-Amai said...

Membenci itu sesuatu perkara yg dibenci!

Semoga kita semua dilindungi Allah!

Pencari ALLAH said...

Terlalu mengikut hati.