Wednesday, January 11, 2012

Harta Karun ke Qarun?


Assalamualaikum :D

~1997

Aku selalu menjointkan diri dalam aktiviti mencari harta karun yang tak berapa nak karun. Dari satu klu ke satu klu dan akhirnya terjumpalah harta karun tu yang berupa raket tenis or kayu besbol or paling tidak pun tutup pen kilometriko. Almaklumlah... time tu apa tau. Janji suka je nak menjointkan diri. Bajet pihak penganjur pula terhad. Hadiah pula biasanya berupa keropok tam tam. (kakak sepupu = sponser & penganjur) ~sumpah nak gelak bila teringat balik :P

~ok habis. :D

*****

~2012

Sebenarnya aku tertengok Adik & Alquran. Then ustaz tu ceritalah pasal zakat dan dia bagi contoh tentang kisah Qarun. Ringkasnya; ~ sebenarnya aku tertarik dengan kisah Harta Qarun nya. :D

Kisahnya tentang Qarun kaum kepada Nabi Musa iaitu Bani Israel. Qarun dikurnia Allah harta kekayaan yang tersangaaattt banyak dan disimpan di suatu tempat. Qarun telah menyalahgunakan segala hartanya dengan erti kata lain telah melakukan kemusnahan di dunia. Sombong sangat dengan harta yang dia ada sehingga zakat pun tidak dikeluarkan. Akhirnya Allah tenggelamkan segala hartanya. Hinggalah kini menjadi Tasik Qarun di Mesir.

(Al-qashash: 76-81)


Moralnya...

Allah nak beri senang, nak tarik pun senang... subhanaAllah.

~habis ~  maaf, bab sejarah tak berapa nak pandai cerita. Betulkan jika salah... :)

*Rasanya... Inilah munculnya perkataan HARTA KARUN yang biasa orang sebut. Tapi sebenarnya HARTA QARUN yang dah tenggelam tu. :)

10 comments:

Mohamadazhan.com said...

para sahabat takut diuji dgn kekayaan...

fuad ansari said...

yup, rasanya itulah asal usul perkataan harta karun..

ramai orang suka carik harta karun, sebab nak cepat kaya..

dengar cerita, qarun asalnya sgt miskin.. sehingga diberi kelebihan, sentuhan tangannya boleh menjadikan sesuatu benda kepada emas.. then, jadi lupa diri..

nampak kan, tak semua orang miskin mampu menghadapi ujian kekayaan..

Cikgu Ma said...

aaa...nak tiru ayat incik fuad..hehe...setakat yang akak tau, mcm tu la asal nama harta karun

Pia said...

"salam sar..sori lama tk mai sini sibuk jer alasannya..hehhe...betullah tu...Allah murka kpd Qarun lalu menenggelamkn harta2 dia...so,harta2 yg tenggelam dlm laut tu kita sebut harta karun...eh,bestkn kalau terjumpa harta karun...heee...tamak tak baik...sepatutnya bersyukurlh dgn apa yg ada kan..."

Mindaberbisa said...

Jika tasik Qarun adalah harta Qarun. Kuasa ALLAH.

RHI said...

akak rasa pun macam tu, tapi rasanyanyalah kut hahaha..
suka kan aktiviti mencari harta ni...alih2 harta kemana letih je yang dapat hahhaa

Anonymous said...

a'ah.. penah dengar citer ni dulu mase skolah..harta karun tu dikata ustazah asalnya harta Qarun. sampai pekerja dye pon tak larat nak memikul kunci harta dia sebab berat sangat. punyalah kaya. tapi sayang, lupa nikmat pulak..

s a r said...

#kak pia

waalaikumussalam kak. takpe kak. saya tau akak busy dengan anak2 kecil. meriah tuu.. hee

semua orang dah kaya, nak lagi kaya kak smpai lupa sume benda. siapa tak nak kaya kan.

s a r said...

#encik fuad

haah. bila Allah dah bagi kesenangan, dia lupa segalanya.

betul. dan tak semua orang kaya mampu melalui ujian kemiskinan kan. :)

#cikgu ma

ambpi akak ni. siap nak tiru. apa tak copy paste je. eheh

s a r said...

#yatie awang.

hee. just for fun okla kan.. :)

#miss gee

haah. semua kunci2 harta dia terlalu banyak.