Saturday, December 17, 2011

Kasih sayang & Kasihan

Assalamualaikum. :)

~ini mungkin sedikit sambungan daripada topik curang yang bangga.

Seperti yang didakwa bahawa dalam hubungan rumahtangga ada dua perkara iaitu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Rasululllah saw kita mengikut baik dua perkara tersebut dalam rumahtangganya. Tapi hari ini, ada pula dah salah guna dua perkara tersebut. Maka, terseliuh lah sikit cara dorang mengaplikasikan dua perkara tersebut sehingga timbulnya segala ketidakpuashatian. Terutamanya pada yang teraniaya.

Jeling punya jeling, terjumpa ayat yang menyebut dua perkataan tersebut. Bukan hadis nabi but, hadis Allah yang tercatat dalam Al-quran. Surah al-rum ayat 21 bermaksud;


Dan di antara tanda2 yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri2 dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang2 yang berfikir.

~awas! kasih sayang ini memudaratkan kesihatan! :D
Berdasarkan kisah yang telah ku bawakan lalu, sah pihak terbabit salahguna apa yang telah dijanjikan Allah. Dia kurnia kita akal untuk berfikir sebaiknya. Bukan terlebih fikir sehingga kita dah pusing belit putar alam kan fakta yang sedia ada.

Berkasih-kasih pada yang kasih dan wajib pula dikasihankan... Sekian. :)

13 comments:

fuad ansari said...

Baca tu Ramli, baca.. Entri ni sesuai untuk bacaan kamu.. (",)

Mindaberbisa said...

Pengkajian ilmu secara kurang menyeluruh terjadi ilmu disalah guna :)

Cikgu Ma said...

ramli?? masih berkeliaran di mana2..heheh


p/s: tak salah memberi kasih sayang bermula dengan kasihan kan... (",)

***s a r ---> penchenta kucing yea...=)

s a r said...

#encik fuad

hee. alhamdulillah sekiranya ia sangat membantu encik ramli dalam melayari ranjau hidup berpasangan. :)

#pencari Allah

erm, yela kan. kekadang tu, ada yang terus ambik bulat2. tak pk panjang, lepas tu terus hujah.

#cikguma

tak salah. kadang2 dengan cara tu kita sedar siapa yang kita sayang dan siapa yang sayang kita sebenarnya. :)

p/s- hee. obses la juga. :D

Anonymous said...

juga salah menggunakannya dlm soal berkasihan antara remaja bukan mahram kan? or i'm wrong?

ups, saya juga terasa membaca entri ini.. perlu muhasabah diri lagi..

hehe. <3

s a r said...

miss gee

hee. terpulang kepada yang menerima kenyataan itu. jika sudah sememangnya dah Dia gariskan dalam sempadan berkasihan terutamanya yang bukan mahram, kenapa tidak kita just follow kan. Islam tu kan SELAMAT. :)

hee. sama2 kita beringat miss gee. inshaAllah. tiada penyesalan di akhir nanti dan tiada pula kesilapan dalam memilih. :)

thanks miss gee :D

Kakzakie Purvit said...

Ilam punya garis panduan yg amat jelas... tak perlu dipertikai lagi. Indah kalau terus mengikutinya...

Mindaberbisa said...

Belajar harus pada yang pakar supaya tidak terus tersesat. Tiada egois dalam berilmu :))

s a r said...

#kak zakie

betul! cuma kekadang kita ni perasan bagus. ada pula yang merasakan garis panduan yang telah disediakan amat menyusahkan.

#pencari Allah.

:)
yup.
itulah sewajarnya :)

nobody said...

-miss u-

s a r said...

miss u too.

p/s- alololo.. ke mana kamu pegi sih? orang tu sangat busy eh.. :) kamu take care eh..

Ann Ishak said...

mungkin ada yang tak gentar lagi dengan setiap bala bencana yang menimpa...Ya Allah lindungilah kami yang lemah ini

s a r said...

inshaAllah.
kita selalu terleka kan :)