Monday, August 1, 2011

Pergi masih kembali

Assalamualaikum...

Hati tidak terkata rasa terharu bila keinginan untuk menjejakkan kaki ke situ terlaksana juga. Sayup rasa tika kaki melangkah ke rumah kedua kita nanti... Diiringi pula cahaya yang mula menyembunyikan diri. Disambut pula bayu yang menyapa lembut. Tenangnya hati sunyi sepi... Assalamualaikum Ya Ahlil diarr..

Kaki terus sahaja melangkah ke rumah yang ingin diziarahi. Lama benar rasanya tidak melihat pandangan tenang begitu. Labuh sahaja duduk di sisi rumah yang diziarahi, kanan ku toleh untuk melihat ruang yang dulunya kosong, sudah berpenghuni semuanya. Ada juga yang masih belum bertanda. Baru lagi...

Usai yassin dibaca, bangun dari dudukku ingin melangkah pergi meninggalkan. Kaki melangkah tetapi kepala ku masih menoleh ke belakang. Kata orang, sekali kita melangkah jangan toleh lagi ke belakang. Tapi aku tak boleh, aku nak jugak toleh. Akhirnya aku patah semula tapi ke rumah lain pula memandangkan aku mengingati seorang lagi insan yang dikasihi. Dalam mencari, singgah juga ke rumah2 yang dikenali. Al-Fatihah mampu ku tinggalkan.

Hmm, hampa tidak kujumpai apa yang dicari. Tapi, al-fatihah juga sempat ku titipkan buat penghuni yang ku cari tidak ku temui. Semoga diberkati, InshaAllah.

Kaki terus melangkah meninggalkan. Melepasi sahaja besi yang memagari kawasan perumahan kedua kita tu nanti, hati masih tenang seperti tadi. Tapi jauh di dalam, keresahan tetap menjentik. Aku teringat pula akan pangkat2 yang ada pada awalan nama ciptaan manusia. Datuk, Datin, Tan Sri, Haji, Hajah,... ke mana akhirnya...? hmm...

Aku pergi ke kawasan perumahan tu, tapi masih kembali. Tapi, bagaimana pula bila aku pergi lagi selepas ini tapi tidak lagi kembali. Allahuakbar... Jika aku pergi tapi belum sempat aku berbuat persiapan dan bekalan untuk menetap di situ buat selamanya,...SubhanaAllah. Astaghfirullahal'azim...


*kita sama di sisiNya. Dari mana kita datang, di situ juga kita kembali...*

15 comments:

Anonymous said...

Penulisan yg bgs nie... :D
semoga memberi peringatan kepada kita semua, hidup hanya sementara...

liyana said...

thanks akak..entry yg memberi kesan di hati..

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum sar,

Tinggi mana pun darjat kita ke tanah juga kita akhirnya. Perhitungan di mahsyar akan menjadi titik-tolak kemana akhirnya kita....

Selamat berpuasa sar...

ewanthology said...

selagi hidup, manusia itu akan terus dihujani peringatan... moga tidak mudah leka dan lupa.

s a r said...

*encek askura

inshaAllah, Alhamdulillah. terima kasih. semoga kita sentiasa beringat. InshaAllah.


*cek Liyana.

untuk ingatan diri akak sendiri liyana. tak tuju kat sapa2. hope kita sentiasa beringat liyana. inshaAllah.

s a r said...

*kakzakie

waalaikumussalam kak :)

yup kak. setuju. amalan kita kat dunia jadi bekalan nanti. takut sebenarnya kak. semoga diberi lagi kesempatan untuk cari bekalan untuk dibawa.

~terasa banyak masa yang terluang dah terbuang sia2 je. huu.

thanks kak. selamat berpuasa untuk akak dan family. :)

s a r said...

*encek delarocha

yup. inshaAllah. harus sentiasa beringat kita berpijak. InshaAllah. thanks encek. :)

nobody said...

sayu pulak rase :)

rase macam rumah kedua tu dah memanggil-manggil, tapi tak siap2 nak pi :(

astaghfirullah ...

kena selalu siap kan dear?

ntah esok, lusa kite menginap situ ...



p/s : dear, awak pi sorang je ke?

s a r said...

sentiasa menanti kunjungan kita dan pintu sentiasa terbuka untuk kita menetap di sana. cuma waktu dan ketikanya sahaja kita tak tahu kan. astaghfirullah...

yup. kita kena sentiasa bersedia. takut rasanya sebab rasa masih tak cukup apa yang ada ni, ~uhu.

maka dengan itu kita masih diberi peluang lagi untuk mencari kan. yang pastinya dalam usia muda ni. ~ala..rasa dah banyak bazir waktu dengan sia2 je sebelum ni, uhuu...

p/s- ketidakmampuan sendirian pergi kerana tidak mendapat keizinan dari my mom. maka, saya pergi dengan my cousin. :)

ghost said...

ko buat aku mencuit-cuit rasa ke atas sisi meja.

sesungguhnya rumah kedua itu nanti telah disediakan ruang untuk kita.sediakan lah defosit sebelum perjalanan lebih jauh.

s a r said...

~ahah. cuit-cuit rasa ke atas sisi meja? cuit sikit je kan. hee

yup. kena banyak2 sebab kita kekal kat sana. sekali dah pergi sana, tak boleh balik dah kan. nak buat pinjaman pun tak boleh kan. :D
thanks yep. :)

iyan shazlind said...

assalamualaikum sar,

terima kasih atas peringatan ini, berharap bila kita ke perumahan itu tanpa kembali, pergi kita dengan bawa bekal yang cukup..

s a r said...

waalaikumussalam iyan :)

sama2 kaseh. inshaAllah selagi diberi waktu, hope kita sentiasa beringat agar masa yang berlalu tak sia2 kan. :)
inshaAllah. thanks kamu :)

Anonymous said...

terima kasih sar, renungan yg cukup bermakna bwt gee.. :)

s a r said...

sama2 kaseh gee. inshaALlah. :)