Monday, August 15, 2011

Insuran mulut!

Assalamualaikum..
~sedikit luahan hati atas peringatan untuk diri sendiri apabila berkata-kata dengan orang. Bukan sesi nak mengumpat di bulan puasa ok! :D

Hmm,. pagi2 lagi dah ada orang jual insurans dengan aku. Setahu aku la kan, no phone baru aku, belum pernahlah ku jaja ke mana2. Tapi orang tahu jugak. Especially orang bank. ~aku belum pernah ada hutang dengan bank melainkan PTPTN. Hutang tu je yang aku tanggung sekarang ni. :D

Tapi ye la kan. Aku faham kerja2 orang insuran ni. Mestilah pandai bercakap, pandai bodek ye tak. Dah tentulah ayat manis cuba menggoda aku untuk membeli insurannya kan. Baru aja terang sikit pasal jumlah yang perlu dibayar per month. Aku akui, memang rendah jumlahnya dan mampu bayar. Tapi disebabkanlah keadaan aku yang tak stabil ni, maka aku perlulah mencari idea untuk menolaknya secara sopan.

MALANGNYA! Setelah ku tolak dengan sopan. Balasan kata-katanya tetiba mengguris sedikit perasaan ceria di pagi hari aku ni. Haish! Sabar ajalah... He said..

"Oh.. maknanya Cik S a r tak berminatlah kan. Senang ceritalah kan. Sekarang ni, ramai aja student2 yang kemalangan dan akan menyusahkan mak ayah sebab takda insuran. Kita tak tahu apa nak jadi pada masa akan datang kan. Okaylah kalau cik s a r tak berminat. Bye!" ~lebih kurang macam ni la. reverse psikologi la sangat! Gagal ok! Astaghfirullahal'azim...

Hello bro! Adoyai! Bahasa kaw 'indah' sangat buat halwa telinga aku pepagi ni. Paling tak berkenan aku bila dia seakan mendoakan pulak student2 ni accident. Tak beli insurans punya pasal, perlu ke nak cakap macam tu. Oh.. barangkali begitulah etika penjual insuran yang telah kecewa kerana orang tak beli insuran dia. Oh lupa juga. Mungkin dia dah siap2 menginsurankan mulut mereka menyebabkan mereka sesuka-suki hati bertutur sedemikian rupa. Whateverlah!

Allah tu Maha Mendengar ok! Dia yang menentukan qada' dan qadar manusia dan sekalian alam. Bukan ditangan penjual insurans nyawa atau sesiapa pun. Kalau seseorang tu accident ke, meninggal terus ke, cacat seumur hidup ke... Tetap ketentuan dia. Ok fine. Aku tau ianya penting. Tapi aku rasa tak perlulah seemosi begitu dalam berurusan dengan customer. Lagi2 di bulan puasa ni. Insuran mulut di dunia ni aja. Insuran mulut kaw dengan kerajaan langit nuun di sana, takda kelulusan yang disahkan ok! Harus diingat juga. Di sana nanti mulut tu jugaklah anggota pertama yang ditutup dan dihentikan khidmatnya atas pengadilan semua perbuatan kita.

~gambar hiasan semata :D
Maka, berhati-hatilah kita dalam berkata-kata. Again! Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui. Semoga kita diberkati. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. InsyaAllah. Sabar je laaa...  :)

14 comments:

nurul said...

salam.
sabarlah ye sar.aku pernah dengar orng promote insuran dulu.punye bersemangatlah,tanye macam2 macam berminat..tapi last2 aku tolak dulu,xde duit sangat..hu2..
ak rasa nak tnggu keja dulu kot baru amik insurans..dengan duit yang ada sekarang ni tkut xcukup pulak..-)

Norsha said...

setuju....nak jual insurans tak salah tapi kalau orang tak nak janganlah marah, kan ?

zue said...

masallah mmg x ada insuran mulut lah org mcm ni...pagi2 dah buat dosa kering.

opis kzue ada 1 org tu...perangainya pun sama..itu sbb klu waktu rehat elakkan duduk brlonggok..

fuad ansari said...

berdasarkan pengalaman sendiri...

kalau bab nak masuk insurans, bukan main senang dan manis kata2..

kalau bab nak claim, bukan main susah dan banyaknya alasan..

terkadang2 ada je syarat2 yg selama ni kita tak pernah tau yg menyebabkan akhirnya tak boleh claim pun.. huhu

ghost said...

haha..chillax!

itu kata-kata orang kecewa,gagal mempengaruhi cik sar tuh.

cik?apakah aku baru teringat yg kau seorang perempuan?

s a r said...

*cek nurul

waalaikumussalam cek nurul. sedanya nama cek nurul. :D

hee. ye la nurul. sebenarnya kan aku takda la kesah kan sangat. sebab bukan sekali la aku dengar orang jual insuran. tapi, belum pernah pulak dengar orang kecewa macam tu sebab tak beli insurans dia. rilax je sudaa patutnya. sama2 puasa kan.

disebabkan keadaan yang tak mengizinkanlah aku kena tolak. biar betul stabil baru pakai insurans. hm,.. memang salah dia la yang pegi pick no phone aku sapa suruh. ~ahah

s a r said...

*cek norsha

hee. betul2. tak perlu nak hangin satu badan seperti orang tidak berpuasa. uhuu.

*cek zue

erm, tu la dia kakzue. saya pun ada jugak member jual insurans. tapi beradab je kalau nak promote. takda pulak emo macam tu. sayang sebab dia bawak nama sebuah bank agak glemer dalam malaysia ni.hmm. sabar je la..

s a r said...

*encek fuad

sangat setuju!

memang selalunya macam tu. tapi bila bab2 nak tuntut segala, ada problem lain pulak. agaknya memang macam tu lumrah company insurans ye.

macam2 hal. janji lain, buat lain. hm..


*encek ghost writer :)

~uhuu. memang terlebih kecewa tu. lagi2 lepas cakap ayat yang sedikit kesewelan itu, terus letak phone. hihi.

~ahah. aku memang cik perempuan, encek ghost. :D

liyana said...

hmm..harus sedar Allah Maha Teliti terhadap apa yg kite kerjakan

Granny Hani said...

berkongsi pengalaman...pernah kena dan serik.

ewanthology said...

tensen kot, target sales tak tak achieve lagi untuk bulan ni, huhuhu

s a r said...

>*cek liyana

yup. betul tu. manusia ni je yang selalunya lupa semua tu. thanks liyana. :)


>cek hani.

ye la. sekarang ni bukan mudah2 je nak percaya.


>encek delarocha

ye la kot. pepagi dah emo. hihi

Anonymous said...

sabar je la sar...bkn bleh tutup mulut semua org... :D

s a r said...

yup. sabar je la pun boleh buat. dan kita takkan boleh tutup mulut orang encek askura. :)