Tuesday, August 2, 2011

Macam bagus!

Assalamualaikum.

*peringatan! = ketiadaan ketujuan kepada sesiapaan. :)

Sempena bulan ramdhan ni, yang mungkin juga RAMADHAN YANG TERAKHIR bagi aku, just want to share about the simple topic. Because of what? Aku tak cukup bagus.

Meh nak kasi contoh. Contoh Sahaja! Contohnya aku berkata macam2 kat dalam blog aku ni. Lepas tu kan, orang puji macam-macam. Automatik dalam hati aku boleh ada rasa begitu yakin dan bersemangat untuk meneruskan penulisan dan menambah enrty2 seterusnya. Akan TETAPI, perasaan yang dimiliki itu lama-lama boleh menjadikan aku semakin rasa MACAM BAGUS walaupun entry yang dipublishkan memberi manfaat kepada pembaca. JATUH HUKUM- TAK IKHLAS dah kat sini. Astaghfirullahal'azim...

Main point di sini, JANGANLAH KITA PERASAN BAGUS! Sebab, kita harus ingat dan berkesedaran yang tinggi. Kerana apa yang kita tulis dan perkatakan bukan semua orang LIKE. Dan kita sendiri tak akan tahu sama ada orang tu suka atau tidak apa yang kita buat. MELAINKAN, ada yang berani SOUND DIRECT kat kita. Itu pun mesti ada yang cepat melatah. Tak boleh nak terima teguran orang lain. Kalau elok, apa salahnya kalau kita dengar and follow kan. :)

Kita kena faham, dan wajib terima yang MANUSIA ni PELBAGAI. HATI LAIN-LAIN, KUBUR LAIN-LAIN. (~ahah, ni bahasa orang senget akal apabila ditegur. ~uhuu...) Ada sesetengah tu memang ikhlas dalam memuji. Dan ada tu pula memuji yang mungkin ada atas sebab lain. ~ok! kat sini, (JANGANLAH KITA BERPERASANGKA BURUK PADA ORANG LAIN ok! :D)

SESUNGGUHNYA ALLAH tidak suka orang berPERASAaN BAGUS. Sebab, ni dah dekat sepupu sepapat BANGGA RIAK TAKBUR dsb. Aku sebenarnya sangat takut akan PERASAAN yang MENYERAMKAN ni. Sebab, boleh buat kita LUPA DIRI, LUPA DI MANA KITA BERDIRI. astaghfirullahal'azim...

~admit! you not good s a r!

Maka, cukup sudah bebelan PERASAAN TAK BAGUS untuk malam ni. :)

Selamat meneruskan ibadah puasa. May Allah bless us always... InshaAllah.

22 comments:

hansuke said...

aku dah agak dah ko online, kat YM ko takda, maka ko invi..haha~

napa macam tajuk post baru aku je? hehe~ (ok, dah pasam..:P), kebetulan je kan sar? :)

ghost said...

yang terindah dalam hidup kita lahir dari perasaan kita sendiri.dari situ kita sedar bahwa kita tidak sepatutnya terlebih memperindahkan perasaan kita melebihi dari hak tuhan.

Anonymous said...

salam.

takutnya dengan perasan bagus ni T_T tapi semuanya back to our niat, kan?
insyaAllah, moga Allah menjauhkan kita drpd sifat ini :)

happy ramadhan!

:D

s a r said...

*encek hansuke

~ahah. hipotesis kaw dah salah encek. memang tak on9 for whatsar. tapi memang selalu inv apa.. :P

banyak sangat kebetulan dalam dunia ni kan. maka tiada yang mustahil jugakkan. :)

p/s- PASAM? bahasa apakah ini. :P

s a r said...

*encek ghost writer

yup betul tu encek. indahnya perasaan dan terlalu taksub dengannya yang buatkan kita makin lupa pada segalanya terutamanya Dia. thanks yep. :)

s a r said...

*cek lyana.

salam. thanks for dropping by dear. :D

yup. betul. semuanya back to our NIAT and our HEART. Sesungguhnya DIA maha Mengetahui kan?

InshaAllah. Semoga penyakit hati ini tidak mudah menghinggapi dan mengusik hati kita. InshaAllah.

salam ramadhan kembali cek lyana. :)

fuad ansari said...

selalu ingatkan diri sendiri..

tidak mati dek kejian..
tidak hidup dek pujian..
hiduplah pada jalan Tuhan..
yang mengetahui hati2 setiap insan..
niatmu, perbetulkan.. (",)

Diana @ BKKC said...

salam kenal..salam ramadhan...PERASAAN MACAM BAGUS boleh merosakkan dan memberi kebaikan..

So, jadikan perasaan kita NEUTRAL..walaupun respon yang kita terima kadangkala positif dan negatif..

s a r said...

*encek fuad.

iya. niat kena sentiasa betul. inshaAllah. peringatan untuk diri sendiri.inshaAllah. InshaAllah. InshaAllah. Astaghfirullahal'azim.

thanks a lot encek fuad. :)

s a r said...

*cek diana :)

salam kenal salam ramadhan kembali. terima kasih sudi ke mari and to be one of my followers :)

yup. cuma biasanya PERASAAN MACAM BAGUS ni lelama boleh bawak penyakit hati yang agak kronik. InshaAlla if kita sentiasa beringat, kita tak dapat penyakit ni kan.

kebaikan. ambik sahaja yang boleh membawa kebaikan. tapi selagi boleh elakkanlah PERASAAN MACAM BAGUS sebab sememangnya iya TAK BAGUS ni kan. :)

thanks again :)

Anonymous said...

sy ada terbaca, kita tak boleh puji org depan2 sbb nanti bila org tu riak, kita jgk akan dpt dosa... :D

slmt berpuasa...

Wan said...

Salam cik sar :)

kadang2 kn perasaan 'macam bagus' ni baik untuk diri kita..untuk meningkatkan keyakinan diri..cuma jgn terlalu melayan perasaaan tu sampai lupa diri..

semuanya kembali kpd niat kita..dan niat tidak menghalalkan cara.. :)

smoga Allah menjauhkan kita semua dari perasaan takbur dan bongkak :)

s a r said...

*encek askura

yup. betul tu encek. puji pujian pun ada etikanya. bukan suka hati nak puji kan. hanya demi kebaikan digalakkan la. jika tak, lupakan saja. :)

selamat berpuasa juga.

p/s- encek, saya rasa gambar kamu kiut. ~ahah

s a r said...

*encek wan

waalaikumussalam encek wan :)

yup. betul. bab meningkatkan keyakinan diri memang setuju. dalam meningkatkan diri tu diiringi dengan niat kita kan. dengan niat tu, Allah lebih maha mengetahui kan. :)

yela, niat bukan menghalalkan semuanya.

thanks encek wan! :D

Pia said...

"assalam sar..sori lah akk kdg2 jer singgah sbb sibuk mengejar masa....biasalah sar,kalau kita tulis elok2 baik2 cam dlm entri kamu ni mesti lah semua org puji2..nak perasan bagus ke tidak tu..siapa yg tau hanya kamu dan dia jer ...apapun niat tu kena betul kan..Nawaitu...
agak2 nak terperasan bagus tu...slow sikit muhasabah diri dan beristighfar...ok..."

Anonymous said...

betul2, pujian utk memantapkan penulisan. tapi jgn memuji kerna ade udang di sebalik batu. biar mengkritik yg pedas kalau betul ade yg tak kena, andai itu dpt membaiki kesilapan... kan? hehe!

s a r said...

*kak pia

waalaikumussalam kak. :)

~eheh, it's ok kak. tak kesah. faham tugas2 harian akak. :)

macam saya eh kak? ~ahah, insyaAllah. saya tak saya tulis tak cukup lagi bagus macam blogger lain. insyaAllah kak. :) thanks kak. n thanks juga sudi ke mari. :)

August 4, 2011 6:09 AM

s a r said...

*cik gee :)

betul tu cek gee. itu lebih baik. dan yang tak baiknya jangan pula ditegur, hangin satu badan plak kan. :)

thanks cik gee :)

arepchepha said...

well said... Menulislah kerana Allah

s a r said...

itu yang terbaik. insyaAllah. :)

thanks for dropping by and comments. :)

Kakzakie Purvit said...

Walau lupa itu lumrah sebagai manusia biasa tapi kenalah kita sentiasa berusaha utk tidak jadi lupa...

s a r said...

maaf kakzakie. lambat replay.

betul tu kak. sentiasa berusaha untuk cepat lupa. terutamanya yang melibatkan lupa diri ni. thanks akak :)