Monday, May 16, 2011

Takda lagi dah

Assalamualaikum :(

Pagi Isnin
Orang sambut hari baru dengan senyuman
Dengan harapan yang baru azam yang baru
Tidak kurang juga yang bermuram durja
Masa berehat telah habis semalam

Tapi hari Isnin hari ni
Bukan permulaan yang baik bagiku
Kerinduan yang terpendam tiga hari lalu
Kerisauan menggunung tiga hari lalu
Kepenatan pencarian semalam
Kekecewaan semalam

Hari ini
Disambut pula dengan juraian air mata
Kekecewaan teramat
Kesedihan yang menyelubungi
Perkhabaran langsung tidak bermakna

Aku terima kena terima juga
Maha pencipta mengambilnya dari aku dan keluarga
Dari mana kita datang di situ juga kita kembali
Dia pergi takda ganti
Takkan ada lagi macam yang dia
Takda lagi
Takkan ada lagi

Mungkin ini hadiah paling tidak bermakna
Ulang tahun kelahiran bakal tiba
Aku rindu segalanya tentang dia
Apa lagi yang aku bolah lakukan
Meratap pun tiada guna

Pelukan terakhir
Kerinduan terlaksana
Pada dakapan jasad yang tidak bernyawa
Kaku tidak bergerak
Arghhh...

~yang melanggar, silalah beringat. kaw tak nampak ke Mell aku nak melintas! Sedih!!

18 comments:

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Sar,

Masya-Allah kakak ingatkan saudara-mara terdekat sar yg pergi menemui Ilahi.

Sabarlah sayang. Beli baru yg kecil dan jaga sebagai pengganti Mell... jangan biar dia merayau ke jalan raya.

s a r said...

waalaikumussalam kak.

akak, sorry. hee

hmm. sedih sangat. tak tahu nak cakap apa. my mum pun nangis. dah 2 hari cari, semalam pun cari gak kat tempat dia kene langgar. tapi tak jumpa. patah hati sangat kak.

thanks kak for comment kak.

~uhu..sadis!

Pia said...

"yang pergi,tetap pergi..tapi yang hidup kena teruskan hidup yg ntah bila kan berpenghujung,namun kena sentiasa diingat kita pun bakal mninggalkan dunia ini..~takziah atas kehilangan haiwan peliharaan kesayangan mu..akk pun pernah rasa tau,kucing akk kena gigit ular..huhu..sedih sgt.."

nobody said...

innalillahiwainnailaihirrajiun...

sabar ye sar
paham je perasaan awak
mesti sedih amat

saye pun yang baru balik bercuti
sampai2 jer terus jumpe kucing kesayangan
bagi makan + minum susu
lepas update blog siap main dgn diorang sampai pagi
rinduuu

salah satu dari kucing saye same dengan kucing awak(dalam gambar)

rase nak share ngan awak

sabar ye dear ...

s a r said...

KakPia>

aduh kak. gigit ular. ish. lagi kesian.

yela kak. kita yang hidup, kenelah teruskan hidup. Yang pergi tetap pergi. kita pun akan pergi tinggalkan dunia ni jugak.

thanks kak :)

s a r said...

nobody>

huu. thanks dear.

sedeh sangat. tak tahu nak cakap macam mana sebab manja sangat. huu.

yela. sabar ajala yang boleh buat.

thanks again dear :)

nurul said...

la..kucing hilng ke..siannye..sbr ye sar..

Mutiara Bernilai said...

salam s a r

moga ada peganti yg lebih baik.

tiada Allah ambil sesuatu melainkan Allah ingin menggantikan dgn yg lebih baik :)

s a r said...

dreamygirl>

huu.. hilang terus tak balik2 dah. huu :(

s a r said...

miss pearl>

waalaikumussalam.

terima kasih :)

insyaAllah. semua kerja Dia kan. :)

Ain said...

mell ke?
adus..kucing kesayanganmu itu..huuhu..
sgt tidak berhati2 org yg melanggarnya..
buat peringatan pada kucing2 sekalian..
berhati2 di jalan raya=)
banyakkan bersabar ya. tak sume benda yg kita sayang akan kekal..

s a r said...

haah beb. sadis gak la. mengalahkan apa je aku rasa bila bawak jasad dia nak tanam. sedih giler tak boleh tak handle semalam. aku rasa macam kat sana sini aku nampak mell.huu.

eheh. semangat betul pesanan kaw untuk kucing2 semalaysia eh weh. huu

tu la beb. sabar ajalah yang aku boleh buat. semua tak kekal dalam dunia ni kan :)

thanks beb. :)

ratukasih said...

keciannyer.... kucing tersebut... peneman di waktu duka n gembira..... sedihnyer......

s a r said...

~uhuhu..tahu takpe. sedih! sekarang dah takda. macam baru je aku peluk cium dia. uhuu.. :'(

ratukasih said...

sabo yer...........

s a r said...

:)
barang yang lepas usah dikenang. but still in memory. ~uhu..

Anonymous said...

beli kucing baru. saya pun dh byk kali tgk kucing sekejap ada, sekejap tak de...last2 dpt tahu dah mati.

s a r said...

:)

sekarang tak berapa nak ada mood nak jaga kucing dah sebab yang kesayangan telah diambil pergi. kucing lain yang ada tak seperti yang takda.

tapi dalam takda mood, teringat pesan nabi, malaikat akan mendoakan kita if kita memberi makan pada haiwan kan. :) thanks sebab sudi baca encek. :)