Monday, May 9, 2011

Jom makan!

Assalamualaikum :)

~selingan semata-mata. :) Teringat kakPia punya entry :p


Orang jawa panggil nasi ambeng. Kalau mulut yang konon anak jawa tapi tak jawa ni panggil nasi ambang :p. Okey, sebenarnya nak mengaku awal-awal sebab tak tahu sejarah asal usul nasi ni. Yang tau, asalnya memang dari masyarakat jawa. Tapi sekarang, kat mana-mana pun senang nak jumpa. Tak silap harga dalam rm4.50-rm5.00 macam tu. Kalau mula-mula dulu tahu namanya nasi ambang, bila pergi pasar orang yang jual tu tulis 'nasi ambeng', cepat betul diri ini tegur. "eh, orang tu salah eja ke?" ahah.. :p

Macam gambar kat atas ni, masa aku balik kampung kat Sg. Sireh last month time kenduri tahlil. Bertambah excitedlah balik kampung bila tau nak buat nasi ambang. eheh. Biasalah, tak pernah tengok the real nasi ambang time kenduri. Biasanya yang dah siap dibungkus je. Kalau tengok kat gambar ni, punya semangatlah nasi dengan ayam lagi. Uuu.. punya semangat nak makan. Biasanya nasi ambang ni untuk kenduri-kenduri baru dapat jumpa. Dalam satu dulang, macam-macam ada untuk lima orang punya makan. Tapi sebenarnya, lebih lima orang boleh makan sebab confirm tak habis.

Cara nak makan. Sudah tentulah tidak di atas meja. Meh bersila ramai-ramai kat bawah. Kalau dah nama kat kampung, semuanya pasti cara kampungkan. Ikut adab-adab makan yang betul. Tapi ada pula saudara mara yang kePEKANan sikit tu tanya, "macam mana nak makan ni?" eheh..

Dimulakan dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ , dengan tangan kanan seperti yang disunatkan mengikut sunnah Rasulullah saw. Rasulullah saw pernah bersabda:

"Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."

Macam aku dah cakap tadi, makan nasi ni untuk makan 5 orang atau lebih. Kira boleh kata makan berjemaah. Lebih keberkatan dan dapat eratkan silaturrahim sesama manusia. Ini mungkin salah satu sebab juga wujudnya nasi ambang ni. Macam satu hadis ni. Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, dari bapanya dan datuknya berkata:

"Sesungguhnya para sahabat nabi saw bertanya, "wahai Rasulullah saw, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah berasa kenyang", berkata Nabi saw, "mungkin kamu makan bersendirian?" Jawab sahabat, "benar". Rasulullah saw bersabda, "berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut."

Ada baiknya jugakkan. Macam kita sembahyang berjemaah. Pahalanya 7x lebih banyak berbanding sembahyang bersendirian. Okey, contoh lain, time puasa ~ni kes duduk kampus dulu :p. Nafsu membuak-buak untuk membeli juadah berbuka puasa. Bila waktu berbuka, takdanya semua yang dibeli tu habis dimakan. Apa lagi, berkongsi-kongsilah dengan sahabat dan jiran bilik sebilik. Dapat pahala, dimurahkan lagi rezeki, dapat elak jadi sahabat syaitan kerana membazir. Selamat!

~ok, the end..~

6 comments:

dreamygirl said...

salam.waa...ak xpernah pon buat post pasal makanan..xminatkot..tapi kalo aku buat,aku akan komen betapa sedapnya makanan tu macam pengomen dalam iron chef..ha3..-p

s a r said...

waalaikumussalam.

ada hati nak nak jadi tukang komen. tukang masak ok lagi la kot. :p

Kakzakie said...

Assalamualaikum sar,

Ahaha.... nak cakap pasal nasi ambeng kena tanya kakak.Hehehe... Kakak masak tak expert tapi makan no 1. Di kg kakak nasi ambeng dah jadi satu kemestian bila ada kenduri tahlil.

Sekarang dah kian berkurangan. Makin malas kot. Biasanya nasi ambeng mesti ada nasi putih dlm dulang besar. Atas nasi bubuh daun pisang besar. Dia atas daun pisang ini akan diletak segala lauk pauk. Ada serunding, ikan masin goreng, ayam/daging masak kicap/kari, terung masak kicap/kari, sambal goreng (tauhu/tempe/udang/kacang panjang/carrot dll). Cara makan macam sar jelaskan itu.

Bestkan.... tapi soryy lah terpanjang explanation...

s a r said...

waalaikumussalam kak :)

ehehe. takpe kak, tak kisah pun nak buat karangan 360 patah perkataan. dialu-alukan. :)

ahaha. akak confirm la jawa erk. hee. tu la kak. area rumah saya ni pun kalau ada, beli dah siap bungkus. tak pernah lagi buat yang dalam dulang tu. melainkan balik kg belah mak je yang buat macam tu.

seronokla dapat makan ramai2. dalam masyarakat melayu, jarang tu semua kan. kelompok jawa pun sekarang dah makin kurang buat macam tu.

saya paling suka ar sambal goreng. sedap. makan je tau, nak buat tak pandai. ehehe.

duduk ramai-ramai, makan sama-sama. best je. dari takde selera, terus ada selera makan. hehe.

kak. thanks for comment. :)

ratukasih said...

nyum2... lapo nyer....

s a r said...

~ehe.. mu masak laksa aritu tak hantar rumah aku pun.. oho..