Tuesday, May 17, 2011

Setahun lagi

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah
Setahun lagi
Syukur ku pajanjatkan kepadaNya
Tiada lagi kata-kata yang mampu terucap
Hanya Engkau
Hanya keranaMu

Setahun lagi
KeranaMu jugalah aku mampu bernafas hari ini
Masih sentiasa berharap
Berpegang teguh kepadaMu
Tidak sesekali untuk berpaling
Belajar lagi mengenaliMu dengan lebih dekat

Setahun lagi
Kau beri peluang untukku
Bernafas demiMu
Berharap kepadaMu
Bergantung kepadaMu

Setahun lagi
Harapan saban hari menggunung tinggi
Tiap sekatan nafas ku pohon disenangi
Tiap kepayahan ku pohon dipermudah
Tiap ibadah, ku pohon diperkenan
Tiap kesusahan  ku pohon diperkenan
InsyaAllah

Setahun lagi
Masih dengan harapan tinggi
Mohon dibukakan pintu rezeki
Mohon diperkenan doaku saban hari
Mohon dipermudah tiap langkah

Tiada lagi yang ku harap
Hanya itu yang menjadi kepentingan ku kini
Dengan semangat yang dititipkan ibu
Dengan kata perangsang tidak putus dari sahabat
Kata sinisan walau kelat ku telan
Menjentik semangat agar menjadi kuat
Menyuntik naik tahap kesabaran
InsyaAllah

Setahun lagi
Harapan, azam dan tekad yang baru
Terus menjadi pegangan
Biar langkah baru ku ini tidak pincang
Biar langkah baru ku ini tidak pesong
Biar langkah baru ku ini jadi titik permulaan
Sentiasa dalam redhaMu
InsyaAllah
SubhanaAllah

~by s a r

















~fikir jangan tak fikir sar. Yakin kau boleh buat! Macam tak biasa! InsyaAllah, kiranya itulah permulaan rezeki kaw, terima seadanya. Semoga diperkenankan. Semoga sinar menanti di hujung perjalananmu..InsyaAllah. Ganbatte!

12 comments:

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum sar,

Anjakan setahun bersilih-ganti
mendatang tanpa diundang mahupun dinanti
ketabahan diri
kekuatan iman
panjatan doa
moga beroleh segalanya
selamat ulangtahun kelahiran
dari kakak.....

s a r said...

waalaikumussalam kakzakie :)

thanks akak :)
InsyaAllah. semoga diperkenankanNya :)

Ain said...

Selamat ulang tahun kelahiran beb..ehhehe..
akhirnya dapat gak aku publish coment aku..huhuhu
aku doakan semoga ko dimurahkan rezeki dah kehidupnmu diberkati olehNYA

s a r said...

oh beb! :) sayang kaw lebih la. eheh..

thanks a lot beb. InsyaAllah. ku doakan kebahagiaan kita bersama. InsyaAllah :)

nobody said...

Salam sar,

wah wah wah...
ingat pe die setahun lagi tu

hehe :)
rupenye birthday ye
selamat ulang tahun dear ^^
muga kita same2 lebih mensyukuri nikmat sebuah kehidupan

>'_'< mmuuaahhh

s a r said...

waalaikumussalam :)

hikhik. kelakar la kamu ni nobody.
thanks dear :)

InsyaAllah sentiasa mensyukuri nikmatNya selagi kita bernafas di buminya ini :)

muahh jugaklah :p

islam mumtaz said...

setahun lagi ada apa ya? jadi penasaran

s a r said...

meningkatnya setahun lagi ulang tahun kelahiran saya. :)

ratukasih said...

salam....

tabahkan ati wahai sahabatku......

s a r said...

waalaikumussalam cek.

usaha tangga kejayaan ni beb. ~uhu..
thanks beb :) luv u very hard! :p

ratukasih said...

:-) sama2... aku nk mintak tlg... ko doakan aku berjaya interbiu minggu depan erk.......

s a r said...

insyaAllah beb. doakan kejayaan kita bersama.
kau pun beb, doakan hopefully aku dapat apa yang aku dah usahakan :)
insyaAllah.

semoga diperkenankan.

kaw gud luck beb! buat yang terbaik :)