Monday, May 30, 2011

Suci mereka

Assalamualaikum :)

(Afiq-dah sekolah, Nabil-3, Marsha-4, Bad-4.) ~main lumba basikal depan rumah aku ni tiap-tiap petang...

Afiq: Siapa sampai sana dulu dia menang. Satu dua tiga!!! ~pengadil :p

Marsha: Jangan bawak laju-laju!! ~sebab dia dah tercicir kat belakang sekali.

Nabil: cepat!! ~depan marsha.

Bad: Hahaha.. ~dia depan sekali.

Afiq: Cepat Bad!!! ~pengadil bias :p

Bad: Yeay!! Kita dah sampai dulu...

Marsha: Alaa..jangan kawan Bad sebab dia bawak laju-laju..~berhenti kayuh basikal purplenya.

Nabil: ~berhenti sama dengan basikal kuning.

Bad: Alaa...Kita mana ada bawak laju-laju..~dah berhenti kat garisan penamat, buat muka konon-konon menangis atas basikal merahnya.


Tak sampai lima minit...


Marsha: Bad, jom kita lumba basikal kat sana. Siapa sampai dulu dia menang. Jangan bawak laju-laju.

Bad: Jom..

Nabil: ~ikut tanpa banyak tanya.

Afiq: ~balik rumah sebab dia takda basikal. :p


Sebenar nak cerita pasal hubungan sesama manusia. Bagusnya kanak-kanak ini adalah bila mereka cepat melupakan persengketaan yang berlaku antara mereka. Gaduh besar macam mana pun, mereka sekejap je dah baik semula. Tak sampai satu hari dah kawan semula. Langsung tiada dendam antara mereka. Betapa sucinya hati mereka kan.

Persamaan antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah mempunyai akal yang dikurniakan Allah. Agak keterlaluan kalau nak dibandingkan dengan orang dewasa sebab lebih berakal dan boleh berfikir. Tapi dalam hal ni, kenapa tidak kita mengikut cara mereka yang lebih cepat melupakan persengketaan yang berlaku. Bukankah apabila kedua yang bersengketa itu memberi salam antara mereka dan menjawab salam itu maka keduanya mendapat pahala. Hmm..

Kalau bab persengketaan antara orang dewasa, tak sah kalau tidak membalas semula perbuatan orang tu kan. Hmm. Kadang-kadang hal sebesar semut pun boleh bermasam muka sampai berhari-hari. Malah ada pula sampai tak bertegur langsung. Kes adik-beradik bergaduh sampai nak putus saudara pun ada. Astaghfirullah...

Sabda Rasulullah: Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak bertegur sapa suadaranya lebih dari tiga hari. Berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ke tempat lain. Maka hendaklah antara mereka memberi salam. (Riwayat At-tarmidzi)

Nama pun manusia kan. Tak lari dari buat kesilapan. Macam kes ni, tiap persengketaan yang berlaku, pastinya menimbulkan kemarahan, kebencian, terkilan, kesedihan dalam hati. Tempoh tiga hari yang diberi adalah untuk memikirkan semula masalah yang dihadapi. Maka, oleh sebab itu kita wajar bertegur sapa semula. ~uhu sama je macam zaman aku dulu.. Persengketaan panjang menjurus kepada pemutusan silaturrahim antara manusia. Macam aku kata tadi, kita manusia tidak lari dari kesilapan. Tidak sempurna. Hati manusia berbeza-beza.n Apa yang dirasai tidak sama seperti yang orang lain rasa.

Mungkin tidak adil jika membandingkan dengan kanak-kanak. Tapi itulah hakikat sebenar yang berlaku.

11 comments:

Kakzakie said...

Assalamualaikum sar,

Pendik akal itulah anak-anak, bila marah cepat redanya. Panjang akal itulah org dewasa tapi bila marah panjang jadinya. Syaitan bertepuk tanda kejayaan menghasut kita.... Bersama kita renung sifat yg perlu kita jauhi.

s a r said...

waalaikumussalam kak :)

:)
sedap ayat akak.

ye la kak. anak2 kecil, belum cukup akalnya, tapi yang dewasa ni pulak dah berakal, tp kadang2 terlebih berfikir pula.

syaitan paling suka la orang yang terlebih fikir ni sampai bolak-balik hati kita. astaghfirullah...

thanks for comment kak :)

nobody said...

Assalamualaikum dear :)

nape ye orang dewasa kalau salah faham lame ?

padahal banyak yang boleh diterang,dibincang baik2 secara matang dan dewasakan?

kalau mungkin pun buat salah, pasti ada penjelasan dan ruang untuk di maafkan kan?

~eheheh :p

muga semuanya baik2 je :)

dreamygirl said...

-)

s a r said...

waalaikumussalam dear cek nob :)

itulah deproblemo nye cek nob. kalau nak ikutkan boleh je berfikir secara dewasa. tapi mereka pilih jalan mudah untuk lebih memikirkan emosi masing2 je.

sudah pasti. ruang dan peluang sentiasa ada. cuma, kita ni kadang2 buat2 tak nampak ruang itu.

insyaAllah. :)

s a r said...

cek dreamygirl

amboi. panjangnya comment. :p

thanks sudi datang sini. :)

Piasara said...

"assalamu'alaikum..sori dah lama akk tak jenguk sini..hehhee..sibuk macam2..biasalah sar,budak2 kalau bergaduh cepat baiknya sbb tak simpan dihati..org dewasa kalau silap sikit pun nk ambil hati,merajuk..ego pulak masing2 kemain lagi..tu yg tk bertegur sampai berthn..."

s a r said...

waalaikumussalam kak :)

it's ok kak. saya faham. maklumlah time2 cuti sekolah ni. sana sini orang kahwin. eheh

tu la dia kak. tapi bila fikir balik. siapa yang sepatutnya berperangai macam orang dewasa dan siapa pula yang sewajarnya berperangai macam budak2.

tak bertegur macam sampai bertahun, memang ada pun kak. bukan tu je, yang sampai putus adik-beradik pun ada kak. astaghfirullah..

thanks kak, sebab sempat jugak datang sini. saya di sini ternanti-nanti pulak post akak. ~eheh

Mohd Yusuf said...

Kalau mcm tu, kita yang dah tua; cepat lupakan persengketaan. Biar generasi akan datang buat entri pasal orang tua dgn budak2 sama saje...hahaha
nice entri...

liyana said...

hmm..nice..
perbndgn yg sng difahami..
btul2..kalau kanak2 bergduh kjap jer sengketa tu..
kalau ewasa mgkin bermasam muka..
ur entry make me berfikir sejenak

s a r said...

encek mohd yusuf>

eheh. sewajarnya begitulah. tapi apakan daya. yang dewasa ni kan lebih suka gaduh panjang2. eheh

cek liyana>

hehe. thanks.
tu la kan. kita dewasa ni mungkin terlebih fikir, tu yang kadang2 benda2 macam tu tak nampak. lebih ikut emosi pun ye jugak. :)