~sana sini orang sibuk cerita pasal hari ibu. Tak payah tunggu hari ibu. Hari-hari pun boleh hari ibu :). Tapi aku je yang sibuk nak share pasal walimatul urus. Al-maklumlah musim-musim orang mendirikan masjid dalam bulan 5 ni, terus-menerus sehinggalah cuti sekolah nanti. Uish!
Aku dan sahabat lain meraikan majlis perkahwinan seorang rakan sekolah dulu. Disebabkan rakan berkahwin juga dengan rakan, maka majlis utama satu ajalah, tiada dua. Bagus! Kurang bajet, kurang tenaga, tak buang masa. hehe. I like their wedding. Because of what?.. no protocol! ahaha.. senang! Tiada umpat keji di belakang tabir apabila tetamu tidak dapat berjumpa dengan pengantin. Astaghfirullah.. Terutamanya bagi rakan-rakan dan kaum kerabat yang jauh serta jarang berjumpa. Ish..ish.. Tapi paling aku sukalah kalau majlis yang ada kes sanding-sanding tu, buat sebelum zohor! cayaalah,..kawan-kawan! :)
Bukan nak salahkan pengantin, tidak sama sekali. Ada sesetengah majlis tu, sibuk sangat dengan protokol. Bersanding, berinai, dan seangkatan dengannya. Uih.. lama kot. Bagi aku yang memang jenis nak kena jumpa pengantin ni, ~untuk yang sahabat je la. memang menguji kesabaranlah kalau dapat pengantin yang nak kena tunggu deme siap semuanya. Kalau tak jumpa pulak nanti, tak pasal-pasal dapat tuduhan 'tak ingat' kawan. Haish! maka, kuturutkan juga dengan seikhlas hati.
Bukan cerita bab kawan je, tetamu lain pun. Kalau dah namanya tetamu, si tuan rumah yang menjemput sudah tentulah kena layan tetamu kan. Nabi sendiri yang mengunjurkan kepada kita agar memuliakan tetamu yang hadir. Hmm..memanglah ada ahli keluarga lain yang layan tetamu, tapi pastinya yang membawa watak utama lebih penting bukan?
Akhir kata, janganlah nak saja-saja buat majlis yang watak utamanya susah untuk melayan tetamu yang hadir sebab terikat dengan protokol. Kecik hati kot..tetamu yang datang untuk berjumpa pengantin, tapi akhirnya membuat lambaian dari jauh sahaja sebab pengantin dikerumuni dengan cameraman2 berbayar dan tidak berbayar. ~tu pun kalau nampaklah. huu.
~maybe juga ada yang tak sempat nak layan tetamu sebab takut baju pengantin kotor kalau cecah tanah. tempah mahal-mahal kot.. :p
semoga bahagia hingga akhir hayat teman! insyaAllah :) |
~untuk ingatan terbaik untuk diri ini kelak. bagi layanan terbaik kepada tetamu s a r! jangan nak menyorok :p
13 comments:
Assalamu'alaikum sar,
Ha.... sar bila tu? Dah ada banyak pedoman esok kalau majlis mana tahu kakak dtg kena layan kakak betul-betul tau. Heeee.....
waalaikumussalam kakzakie :)
hehe. insyaAllah..tapi tak tahu la bila. tengah jeling2 calon la ni. ahah..
insyaAllah kak ada rezeki jemputan khas untuk akak hehe.
Salam sar,
betul tu. saye setuju. kadang tu kite datang dari jauh, tapi kene tunggu lame... sedih isk isk...
pernah sekali tu, hampir tak sempat jumpe pengantin. in rushing nak kejar lagi 1 majlis. jumpe tengah jalan time diorang nak berarak tu je. lepas tu terus blah. hik hik. sabo je lah :P
nanti dah majlis, jemputlah eh
walau kenal kat sini jer, tapi suke bace penulisan awak ^^
k, take care
waalaikumussalam nobody :)
thanks sebab sudi baca and become my follower :)
penulisan kamu juga bagus. lagi2 part ayat bunga2. hehe
tu la tu. pernah jugak macam tu. sedih! sabar je la. tak boleh nak buat apa.
hehe. insyaAllah. ada rezeki, adalah jemputan :D
take care kamu juga :)
wah walimatul urusy yak..... gak ngundang tmn blogger kah???
assalamualaikum islam mumtaz :)
giliran saya belum tiba. ini majlis teman saya. InsyaAllah, akan ada undangan untuk teman blogger :)
but, i dont know when,., :) insyaAllah, dengan izinNya.
aku ingat ko yang kawin sar..haha~
hah..jgn lupa undang aku sekali!!!he3 -)
encek hansuke >
kemain gelak lagi kaw eh. cess.
malangnya bukan aku la pulak kan :p
cek dreamygirl>
uih. InsyaAllah. vip list. gege :p
hik3..
sangat best bila kawan kita kahwen dgn kwan kita sendiri..allalalaa..
adakah aku atau dia akan mengalaminya..
ops!heheeh
cess.. tu sapa tu weh. ohoho
best memang la best. senang pada yang nak datanglah. ehehe..
kwen2.... he he he......
mana gmbo g??? he he he...
~ehehe.
bila nak kawen ni? ~ahaha soalan terdesak :p
uih, tak boleh letak gambar banyak-banyak. satu suda. kalau nak nanti aku email kat kaw ok! :)
Post a Comment