Renew road tax kereta beratus ringgit boleh bayar. Takkan pula renew iman yang satu sen pun tak pernah nak kena bayar, itu pun tak boleh. Tak sampai satu minit pun boleh renew. ~ingatan untuk diri sendiri :p. Tak payah susah-susah nak keluar duit pun kan. Bunyi macam cliche topik ni sebab rasanya semua orang tau akan hal ni. ~aku je saja nak post benda ni sebab tak idea nak post apa :p. Tapi tak kisahlah, aku nak post jugak. Ingat waktu malaikat maut datang je ke baru nak mengucap. Ingat waktu orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam je ke yang kena sebut. ~ganas bebenor ayat aku ni. eheh. maaf. Astaghfirullah.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Tapi itulah yang berlaku pun. Dalam seharian kita melakukan tugasan untuk memenuhi tuntutan hidup di muka bumi ini, sehingga kita tak perasan telah melakukan sekecil-kecil dosa dengan iman tak setinggi mana dalam hati sanubari tu. ~termasuklah yang menaip ni!. Dengan sebab itu kita digalakkan kerap a.k.a selalu memperbaharui iman dengan mengucap dua kalimah syahadah tiap waktu saat dan detik jarum jam itu berlalu. Rukun Islam yang paling utama.
Daripada Ibni Umar r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda : "Aku diperintahkan supaya memerangi manusia hingga mereka mengucap "لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ" Bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah , dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka apabila mereka berbuat demikian itu terpeliharalah mereka daripada aku : darah mereka dan harta benda mereka kecuali dengan hak islam dan hisab mereka atas Allah Taala." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)
Sekian terima kasih. Ingatan untuk diri yang sering terleka dan ilmu yang tak berapa nak ada ni. ~sedih tetiba. uhu.. Juga yang sudi jeling di sini. InsyaAllah :)
"satu jari tunjuk kepada orang lain, empat jari lagi tunjuk kepada diri sendiri"
~pesan seorang kakak kepada diri ini. thanks kak :)
2 comments:
Assalamualaikum cik sar :)
alhamdulillah
di hening pagi ni
rasa menusuk di hati
atas pengucapan syahadah
sweetnya Allah beri kita agama ini
dan baiknya Dia untuk beri kita merasai nikmat cinta ini :)
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
* rindu awak *
~ehehehehe :p
waalaikumussalam cek nob :)
alhamdulillah.
Dia memang sentiasa memberi kemudahan (Islam) kepada kita agar kita tenang menjalani apa jua dugaan dan ujian yang diberi. Sentiasa ingat asal usul kita, sentiasa ingat kita milik siapa. Sentiasa ingat kita tak kekal selamanya.
oh cek nob! ~malu saya. rindu kamu jugalah ^^,
Post a Comment