Ehem..ehem... label jom kahwin juga menjadi pilihan lagi sebelum ke label baru "rumah bertangga". :D
Sebenarnya hal ni dah banyak kali sebut pun. Iaitu tentang persiapan, penyediaan dan perbelanjaan majlis kahwin2. Teringat sorang sahabat kata: "kalau ada duit, apa ada hal kalau keluar banyak pun..." Hal bazir membazir dah tolak tepi dah.
Diakui. Ada je di antara kita yang berkemampuan dan tidak kisah pun sanggup berhabis untuk sehari punya majlis. Almaklumlah, sekali seumur hidup katanya. Tu tak kisahlah tu, sebab tu bagi mereka yang berlebihan duit.
Ni kes yang duit tak berapa nak ado, tapi nak buat majlis gila dasat! Kekadang, bukan keluarga si pengantin pun yang beriya-iya untuk buat majlis besar, sebab sedar akan kemampuan. Tetapi, orang lain yang datang dan melihat persiapan itu memberi komen2 yang 'terlebih membina' kepada di keluarga pengantin. Wah! mengalahkan Deco bersama Eric dah... Katanya, "tak standard la kalau buat majlis kecik2 je. Malu kat orang yang datang kalau tengok biasa2 aja. Tak malu ke?" Komen sana, komen sini. Sana tak betul. Sini tak cantik. Atas tak sesuai, bawah buruk. Mak oi ~ boleh muntah biru kalau dengar tuh.. :P
~hiasan semata :D |
Ish...ish...ish... dah nama pun mulut orang kan... apa nak buat... tu belum lagi dengan pandangan sinikal yang paling mahal tu. Ish..ish...ish... Astaghfirullahala'zim... Kesian...naik juling mata tu dah...
Cuba bayangkanlah... Kalau yang tak berapa nak ado tu, bergaya sakan sampai buat pinjaman sana sini semata-mata takut malu orang pandang kekurangan yang ada. Dah kenalah tu pepatah; BIAR PAPA ASAL BERGAYA.
Tapi, itulah pun yang jadi sekarang ni. Nak bergaya sakan punya pasal, hutang keliling pinggang. Jangan tanya kenapa kalau ada pasangan yang kahwin, sampai anak 3 belum habis bayar loan. ~kes utang ptptn tu lain cerita la... :D.
Bak kata pepatah my lil'bro: BIAR HANDPHONE MURAH, KREDIT BANYAK. BUKAN HANDPHONE MAHAL, KREDIT TAK PERNAH NAK ADA. hehe.