Monday, May 30, 2011

Suci mereka

Assalamualaikum :)

(Afiq-dah sekolah, Nabil-3, Marsha-4, Bad-4.) ~main lumba basikal depan rumah aku ni tiap-tiap petang...

Afiq: Siapa sampai sana dulu dia menang. Satu dua tiga!!! ~pengadil :p

Marsha: Jangan bawak laju-laju!! ~sebab dia dah tercicir kat belakang sekali.

Nabil: cepat!! ~depan marsha.

Bad: Hahaha.. ~dia depan sekali.

Afiq: Cepat Bad!!! ~pengadil bias :p

Bad: Yeay!! Kita dah sampai dulu...

Marsha: Alaa..jangan kawan Bad sebab dia bawak laju-laju..~berhenti kayuh basikal purplenya.

Nabil: ~berhenti sama dengan basikal kuning.

Bad: Alaa...Kita mana ada bawak laju-laju..~dah berhenti kat garisan penamat, buat muka konon-konon menangis atas basikal merahnya.


Tak sampai lima minit...


Marsha: Bad, jom kita lumba basikal kat sana. Siapa sampai dulu dia menang. Jangan bawak laju-laju.

Bad: Jom..

Nabil: ~ikut tanpa banyak tanya.

Afiq: ~balik rumah sebab dia takda basikal. :p


Sebenar nak cerita pasal hubungan sesama manusia. Bagusnya kanak-kanak ini adalah bila mereka cepat melupakan persengketaan yang berlaku antara mereka. Gaduh besar macam mana pun, mereka sekejap je dah baik semula. Tak sampai satu hari dah kawan semula. Langsung tiada dendam antara mereka. Betapa sucinya hati mereka kan.

Persamaan antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah mempunyai akal yang dikurniakan Allah. Agak keterlaluan kalau nak dibandingkan dengan orang dewasa sebab lebih berakal dan boleh berfikir. Tapi dalam hal ni, kenapa tidak kita mengikut cara mereka yang lebih cepat melupakan persengketaan yang berlaku. Bukankah apabila kedua yang bersengketa itu memberi salam antara mereka dan menjawab salam itu maka keduanya mendapat pahala. Hmm..

Kalau bab persengketaan antara orang dewasa, tak sah kalau tidak membalas semula perbuatan orang tu kan. Hmm. Kadang-kadang hal sebesar semut pun boleh bermasam muka sampai berhari-hari. Malah ada pula sampai tak bertegur langsung. Kes adik-beradik bergaduh sampai nak putus saudara pun ada. Astaghfirullah...

Sabda Rasulullah: Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak bertegur sapa suadaranya lebih dari tiga hari. Berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ke tempat lain. Maka hendaklah antara mereka memberi salam. (Riwayat At-tarmidzi)

Nama pun manusia kan. Tak lari dari buat kesilapan. Macam kes ni, tiap persengketaan yang berlaku, pastinya menimbulkan kemarahan, kebencian, terkilan, kesedihan dalam hati. Tempoh tiga hari yang diberi adalah untuk memikirkan semula masalah yang dihadapi. Maka, oleh sebab itu kita wajar bertegur sapa semula. ~uhu sama je macam zaman aku dulu.. Persengketaan panjang menjurus kepada pemutusan silaturrahim antara manusia. Macam aku kata tadi, kita manusia tidak lari dari kesilapan. Tidak sempurna. Hati manusia berbeza-beza.n Apa yang dirasai tidak sama seperti yang orang lain rasa.

Mungkin tidak adil jika membandingkan dengan kanak-kanak. Tapi itulah hakikat sebenar yang berlaku.

Thursday, May 26, 2011

Jantung Hati

Assalamualaikum :)

ku pinjam kata-kata ini dari entry seorang sahabat untuk ingatan diri sendiri dan yang sudi membaca. :)

"Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditinggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya."

 (Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab kerohaniannya yang terkenal 'Madarij al-Salikin'. )

~SubhanaAllah. 

~Ya Allah, tabahilah hati hambaMu yang selalu lemah dan kian sakit dalam menghadapi ujian dan dugaanMu ya Allah... 

Wednesday, May 25, 2011

Lets renew it!

Assalamualaikum :)

Renew road tax kereta beratus ringgit boleh bayar. Takkan pula renew iman yang satu sen pun tak pernah nak kena bayar, itu pun tak boleh. Tak sampai satu minit pun boleh renew. ~ingatan untuk diri sendiri :p. Tak payah susah-susah nak keluar duit pun kan. Bunyi macam cliche topik ni sebab rasanya semua orang tau akan hal ni. ~aku je saja nak post benda ni sebab tak idea nak post apa :p. Tapi tak kisahlah, aku nak post jugak. Ingat waktu malaikat maut datang je ke baru nak mengucap. Ingat waktu orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam je ke yang kena sebut. ~ganas bebenor ayat aku ni. eheh. maaf.  Astaghfirullah.



Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Tapi itulah yang berlaku pun. Dalam seharian kita melakukan tugasan untuk memenuhi tuntutan hidup di muka bumi ini, sehingga kita tak perasan telah melakukan sekecil-kecil dosa dengan iman tak setinggi mana dalam hati sanubari tu. ~termasuklah yang menaip ni!. Dengan sebab itu kita digalakkan kerap a.k.a selalu memperbaharui iman dengan mengucap dua kalimah syahadah tiap waktu saat dan detik jarum jam itu berlalu. Rukun Islam yang paling utama.

Daripada Ibni Umar r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda : "Aku diperintahkan supaya memerangi manusia hingga mereka mengucap "لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ" Bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah , dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka apabila mereka berbuat demikian itu terpeliharalah mereka daripada aku : darah mereka dan harta benda mereka kecuali dengan hak islam dan hisab mereka atas Allah Taala." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)

Sekian terima kasih. Ingatan untuk diri yang sering terleka dan ilmu yang tak berapa nak ada ni. ~sedih tetiba. uhu.. Juga yang sudi jeling di sini. InsyaAllah :)

"satu jari tunjuk kepada orang lain, empat jari lagi tunjuk kepada diri sendiri" 
~pesan seorang kakak kepada diri ini. thanks kak :)

Monday, May 23, 2011

Anyone can speak, but?

Assalamualaikum :)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Do you order righteousness of the people and forget yourselves while you recite the Scripture? Then will you not reason? (al-Baqarah:44)
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

~hiasan semata :)

Orang kata macam ibu ketam mengajar anak-anaknya berjalan. ~betul ke ayat aku ni? maaf kalau salah :p. Ajar anak berjalan betul, tapi sendiri jalan tak betul. 

Perkara ni selalu terjadi tanpa kita sedar. Kita bercakap itu ini, kita berpesan itu ini, nasihat itu ini pada orang lain. Tapi, pasti ke kita buat semua yang kita cakap tu? Atau ianya sekadar omong kosong. Bukan nak tunding jari pada sesiapa. Siapa yang buat pastinya terasa kan. Ada sesetengah tu ikhlas menegur untuk ke arah kebaikan, ada tu pulak sengaja nak tunjuk pandai, nak tunjuk hebat. Astaghfirullah...~aku tak mahu jadi yang ni. astaghfirullah...

Semoga kita tidak tergolong dari orang-orang yang tidak berakal. InsyaAllah.   

~ingatan, peringatan, reminder, keikoku, gyeong-go, تحذير  , for myself!
masih memperbaiki, menampal, menambah, top up ruang-ruang yang terbiar kosong. Astaghfirullah...

Thursday, May 19, 2011

Mudahnya Istighfar

Assalamualaikum :)

Untuk melakukan yang tidak disukai Allah memang senangkan. Begitu jugalah Allah telah memudahkan jalan manusia untuk kembali bertaubat kepadanya. Susahnya adalah untuk menunaikan dan melaksanakannya. Allah memudahkan dan Islam tidak menyusahkan. Dengan beristighfar cara paling mudah untuk mencuci dosa.


Maksudnya:  
Aku minta ampun daripada Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah melainkanNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). 
(Muhammad:19) 

~ingatan tersangat untuk diri ini. astaghfirullah...kuatlah hati.. 

Tuesday, May 17, 2011

Setahun lagi

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah
Setahun lagi
Syukur ku pajanjatkan kepadaNya
Tiada lagi kata-kata yang mampu terucap
Hanya Engkau
Hanya keranaMu

Setahun lagi
KeranaMu jugalah aku mampu bernafas hari ini
Masih sentiasa berharap
Berpegang teguh kepadaMu
Tidak sesekali untuk berpaling
Belajar lagi mengenaliMu dengan lebih dekat

Setahun lagi
Kau beri peluang untukku
Bernafas demiMu
Berharap kepadaMu
Bergantung kepadaMu

Setahun lagi
Harapan saban hari menggunung tinggi
Tiap sekatan nafas ku pohon disenangi
Tiap kepayahan ku pohon dipermudah
Tiap ibadah, ku pohon diperkenan
Tiap kesusahan  ku pohon diperkenan
InsyaAllah

Setahun lagi
Masih dengan harapan tinggi
Mohon dibukakan pintu rezeki
Mohon diperkenan doaku saban hari
Mohon dipermudah tiap langkah

Tiada lagi yang ku harap
Hanya itu yang menjadi kepentingan ku kini
Dengan semangat yang dititipkan ibu
Dengan kata perangsang tidak putus dari sahabat
Kata sinisan walau kelat ku telan
Menjentik semangat agar menjadi kuat
Menyuntik naik tahap kesabaran
InsyaAllah

Setahun lagi
Harapan, azam dan tekad yang baru
Terus menjadi pegangan
Biar langkah baru ku ini tidak pincang
Biar langkah baru ku ini tidak pesong
Biar langkah baru ku ini jadi titik permulaan
Sentiasa dalam redhaMu
InsyaAllah
SubhanaAllah

~by s a r

















~fikir jangan tak fikir sar. Yakin kau boleh buat! Macam tak biasa! InsyaAllah, kiranya itulah permulaan rezeki kaw, terima seadanya. Semoga diperkenankan. Semoga sinar menanti di hujung perjalananmu..InsyaAllah. Ganbatte!

Monday, May 16, 2011

Takda lagi dah

Assalamualaikum :(

Pagi Isnin
Orang sambut hari baru dengan senyuman
Dengan harapan yang baru azam yang baru
Tidak kurang juga yang bermuram durja
Masa berehat telah habis semalam

Tapi hari Isnin hari ni
Bukan permulaan yang baik bagiku
Kerinduan yang terpendam tiga hari lalu
Kerisauan menggunung tiga hari lalu
Kepenatan pencarian semalam
Kekecewaan semalam

Hari ini
Disambut pula dengan juraian air mata
Kekecewaan teramat
Kesedihan yang menyelubungi
Perkhabaran langsung tidak bermakna

Aku terima kena terima juga
Maha pencipta mengambilnya dari aku dan keluarga
Dari mana kita datang di situ juga kita kembali
Dia pergi takda ganti
Takkan ada lagi macam yang dia
Takda lagi
Takkan ada lagi

Mungkin ini hadiah paling tidak bermakna
Ulang tahun kelahiran bakal tiba
Aku rindu segalanya tentang dia
Apa lagi yang aku bolah lakukan
Meratap pun tiada guna

Pelukan terakhir
Kerinduan terlaksana
Pada dakapan jasad yang tidak bernyawa
Kaku tidak bergerak
Arghhh...

~yang melanggar, silalah beringat. kaw tak nampak ke Mell aku nak melintas! Sedih!!

Saturday, May 14, 2011

Kerana Doa

Assalamualaikum :)

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan



~ohh.. kenapakah comment2 ku di remove tanpa relaku sih! haish!

Monday, May 9, 2011

Jom makan!

Assalamualaikum :)

~selingan semata-mata. :) Teringat kakPia punya entry :p


Orang jawa panggil nasi ambeng. Kalau mulut yang konon anak jawa tapi tak jawa ni panggil nasi ambang :p. Okey, sebenarnya nak mengaku awal-awal sebab tak tahu sejarah asal usul nasi ni. Yang tau, asalnya memang dari masyarakat jawa. Tapi sekarang, kat mana-mana pun senang nak jumpa. Tak silap harga dalam rm4.50-rm5.00 macam tu. Kalau mula-mula dulu tahu namanya nasi ambang, bila pergi pasar orang yang jual tu tulis 'nasi ambeng', cepat betul diri ini tegur. "eh, orang tu salah eja ke?" ahah.. :p

Macam gambar kat atas ni, masa aku balik kampung kat Sg. Sireh last month time kenduri tahlil. Bertambah excitedlah balik kampung bila tau nak buat nasi ambang. eheh. Biasalah, tak pernah tengok the real nasi ambang time kenduri. Biasanya yang dah siap dibungkus je. Kalau tengok kat gambar ni, punya semangatlah nasi dengan ayam lagi. Uuu.. punya semangat nak makan. Biasanya nasi ambang ni untuk kenduri-kenduri baru dapat jumpa. Dalam satu dulang, macam-macam ada untuk lima orang punya makan. Tapi sebenarnya, lebih lima orang boleh makan sebab confirm tak habis.

Cara nak makan. Sudah tentulah tidak di atas meja. Meh bersila ramai-ramai kat bawah. Kalau dah nama kat kampung, semuanya pasti cara kampungkan. Ikut adab-adab makan yang betul. Tapi ada pula saudara mara yang kePEKANan sikit tu tanya, "macam mana nak makan ni?" eheh..

Dimulakan dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ , dengan tangan kanan seperti yang disunatkan mengikut sunnah Rasulullah saw. Rasulullah saw pernah bersabda:

"Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."

Macam aku dah cakap tadi, makan nasi ni untuk makan 5 orang atau lebih. Kira boleh kata makan berjemaah. Lebih keberkatan dan dapat eratkan silaturrahim sesama manusia. Ini mungkin salah satu sebab juga wujudnya nasi ambang ni. Macam satu hadis ni. Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, dari bapanya dan datuknya berkata:

"Sesungguhnya para sahabat nabi saw bertanya, "wahai Rasulullah saw, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah berasa kenyang", berkata Nabi saw, "mungkin kamu makan bersendirian?" Jawab sahabat, "benar". Rasulullah saw bersabda, "berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut."

Ada baiknya jugakkan. Macam kita sembahyang berjemaah. Pahalanya 7x lebih banyak berbanding sembahyang bersendirian. Okey, contoh lain, time puasa ~ni kes duduk kampus dulu :p. Nafsu membuak-buak untuk membeli juadah berbuka puasa. Bila waktu berbuka, takdanya semua yang dibeli tu habis dimakan. Apa lagi, berkongsi-kongsilah dengan sahabat dan jiran bilik sebilik. Dapat pahala, dimurahkan lagi rezeki, dapat elak jadi sahabat syaitan kerana membazir. Selamat!

~ok, the end..~

Pengantin vs Tetamu

Assalamualaikum :)

~sana sini orang sibuk cerita pasal hari ibu. Tak payah tunggu hari ibu. Hari-hari pun boleh hari ibu :). Tapi aku je yang sibuk nak share pasal walimatul urus. Al-maklumlah musim-musim orang mendirikan masjid dalam bulan 5 ni, terus-menerus sehinggalah cuti sekolah nanti. Uish!

Aku dan sahabat lain meraikan majlis perkahwinan seorang rakan sekolah dulu. Disebabkan rakan berkahwin juga dengan rakan, maka majlis utama satu ajalah, tiada dua. Bagus! Kurang bajet, kurang tenaga, tak buang masa. hehe. I like their wedding. Because of what?.. no protocol! ahaha.. senang! Tiada umpat keji di belakang tabir apabila tetamu tidak dapat berjumpa dengan pengantin. Astaghfirullah.. Terutamanya bagi rakan-rakan dan kaum kerabat yang jauh serta jarang berjumpa. Ish..ish.. Tapi paling aku sukalah kalau majlis yang ada kes sanding-sanding tu, buat sebelum zohor! cayaalah,..kawan-kawan! :)

Bukan nak salahkan pengantin, tidak sama sekali. Ada sesetengah majlis tu, sibuk sangat dengan protokol. Bersanding, berinai, dan seangkatan dengannya. Uih.. lama kot. Bagi aku yang memang jenis nak kena jumpa pengantin ni, ~untuk yang sahabat je la. memang menguji kesabaranlah kalau dapat pengantin yang nak kena tunggu deme siap semuanya. Kalau tak jumpa pulak nanti, tak pasal-pasal dapat tuduhan 'tak ingat' kawan. Haish! maka, kuturutkan juga dengan seikhlas hati.

Bukan cerita bab kawan je, tetamu lain pun. Kalau dah namanya tetamu, si tuan rumah yang menjemput sudah tentulah kena layan tetamu kan. Nabi sendiri yang mengunjurkan kepada kita agar memuliakan tetamu yang hadir. Hmm..memanglah ada ahli keluarga lain yang layan tetamu, tapi pastinya yang membawa watak utama lebih penting bukan?

Akhir kata, janganlah nak saja-saja buat majlis yang watak utamanya susah untuk melayan tetamu yang hadir sebab terikat dengan protokol. Kecik hati kot..tetamu yang datang untuk berjumpa pengantin, tapi akhirnya membuat lambaian dari jauh sahaja sebab pengantin dikerumuni dengan cameraman2 berbayar dan tidak berbayar. ~tu pun kalau nampaklah. huu.

~maybe juga ada yang tak sempat nak layan tetamu sebab takut baju pengantin kotor kalau cecah tanah. tempah mahal-mahal kot.. :p

semoga bahagia hingga akhir hayat teman! insyaAllah :)

~untuk ingatan terbaik untuk diri ini kelak. bagi layanan terbaik kepada tetamu s a r! jangan nak menyorok :p

Thursday, May 5, 2011

Musibah hapus dosa

Assalamualaikum :)

Rasulullah bersabda:


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


لِّكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (al-hadid:23) 

Monday, May 2, 2011

Hanya kerana..

Assalamualaikum :)
Mata
Dikurnia Allah kepada makhlukNya
Menghayati keindahan ciptaanNya
Mengagumi kebesaranNya
Mensyukuri nikmat kurniaanNya

Kata orang, dari mata turun ke hati
Indah ciptaan, ligat mata meneliti
Sekali pandang, katanya rezeki
Semakin dipandang, terpaku terhenti
Puji syukur nikmat yang diberi
Keindahan dikurnia amat bererti

Kerana mata turun ke hati
Apa dilihat menipu diri
Mula berbisik terdetik di hati
Hasutan durjana cepat menghampiri
Merosak jiwa perosak hati
Sedikit alpa hanyutlah diri

Dari mata resap ke hati
Berdosa di mata berjangkit ke hati
Bukan zina mata, tidak pula zina hati
Namun mata adalah kuncinya hati
Tiap bisikan cepat ditolak cepat dihindari
Percayai diri tanam iman di hati
~s a r

~disebabkan sudah lama tidak melibatkan diri dalam keadaan hamba-hambaNya yang sibuk berkejaran ke sana ke mari menghayati harta duniawi, sibuk mengurus tuntutan duniawi. Tetapi hari ini, keputusanku hanya sekadar menghantar my lil'bro pulang ke asramanya,sepanjang perjalanan, mataku juga sibuk melaksanakan agenda yang tersendiri kerana sudah lama juga tidak menghayati keindahan ciptaanNya.

Ligat ke sana ke mari mataku melihat. Sesekali pandangan mataku TERsinggah lama pada keindahan ciptaan Allah. Tiap kali itu juga, pantas aja detik hati melarang keras perbuatan TER itu. Astaghfirullah.. Berhenti di kawasan yang dipenuhi hambaNya yang sibuk membelanjakan harta dunia, mataku ku juga ligat memerhati sana sini mencari apa yang ingin dicari. Saat itu juga TER juga yang berlaku. Mungkin itu akibatnya kalau mata sudah lama tidak menghayati keindahan ciptaan Allah. Semua nak TER.. Astaghfirullah.. Alhamdulillah..TER itu bukanlah sehingga ZINAnya MATA. Hati ini yang menolak sendiri.

Perjalanan pulang, tanam di hati untuk mengawal sedikit pandangan mata. Alhamdulillah. Mataku ligat pula melihat langit Allah yang mendung dan cahaya jingga makin menghilang. Sesekali mataku melihat kiri kanan jalan yang dipenuhi sesakkan kereta. Tidak kurang juga yang bermotorsikal. Mataku sedikit TERnakal apabila melihat aksi muda mudi remaja. Timbul pula detik di hati."Dik, baju kaw jarang. Boyfriend kaw tak tegur ke?". Hmm. aku geleng kepala.

Sampai di satu persimpangan jalan. Jam dashboard 6.45pm. Kiriku rumah Allah tersergam indah lengang dari kunjungan. Kananku keindahan kurniaan Allah ciptaan manusia. Anak muda belia masih ligat gelak bergembira. Tapi perjalananku adalah jalan terus ke hadapan memandangkan sudah hampir ke destinasi. Tidak ke kiri mahupun ke kanan. Abahku bersuara "makin maghrib makin ramai." tuju abahku ke sebelah kanan. Jawabku selamba "nak tengok sunset." sebab terlihatkan mereka berpasang-pasangan.Tidak kurang juga bersama keluarga tercinta.


Serius! waktu tu aku sendiri tergoda tengok langit dan cahaya jingga yang semakin menghilang. SubhanaAllah. Cantik sangat! Tapi memang bukan rezekiku untuk menghayati keindahan itu. But.. i still can smile because i was not involved in that situation. Alhamdulillah... :)

Dikatakan zina mata itu adalah dengan pandangan sehingga menaikkan syahwat. Seperti di dalam surah An-nur 30-31....hendaklah mereka (lelaki/perempuan) menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya dan jangan menampakkan perhiasannya...

Zina mata ini bukan sahaja akan merosak kemurnian hati malah menjadikan ketidakstabilan untuk berfikir.
Seorang penyair berkata:

"Apabila engkau melepaskan pandanganmu untuk mencari kepuasan hati. Pada satu saat pandangan-pandangan itu akan menyusahkanmu jua. Engkau tidak mampu melihat semua yang kau lihat. Tetapi untuk sebagainya maka engkau tidak bisa tahan."

Reminder to myself! :)