Wednesday, December 28, 2011

Dekat Rapat Satu

Assalamualaikum :)



"Yang jauh kita dekatkan... yang dekat kita rapatkan... yang rapat kita satukan..."

satukan???

~_~"

263076_211531968881996_145433352158525_545106_4292060_n_large
~oh.. mungkin takda kene mengena :P








~jom ke teater 6D. wee... 
lagi best mungkin.. 

Thursday, December 22, 2011

Islam

Assalamualaikum :')



Seorang hamba Allah bermurah hati berkata-kata, bercerita itu ini tentang dunia dan segalanya...tiba-tiba...

s a r, solat sunat subuh buat time bila?

aku jawab...

lepas azan subuhlah, sebelum kita buat solat subuh... ~confident :D

dia pun menyambung...

s a r, apa fadhilat solat sunat subuh tu?

aku tetiba tak terjawab... garu kepala sekejap walaupun takda kutu. :P
akhirnya keluar, pahala..

dia tanya balik..

pahala apa?

lagi sekali tak terjawab... malu sudaa... ~boleh tampar muka berkali-kali ni nak ilang kebas. grr.. sumpah aku blurr...
err.. pahala apa? ~aku tanya dia balik dah macam budak baru belajar.. :P

zat seluruh isi alam s a r. Besar tu... mana nak cari tu.. susah nak dapat... 

aku senyum...~ walaupun dia tak nampak. :) alhamdulillah... ilmu free dapat. Tahu solat tapi tak tahu pun fadhilatnya. ish ish ish...

s a r... dia seru lagi nama aku...

Ermm... aku jawab. ~dalam kepala dah standby dah kalau dia nak tanya apa-apa lagi. Teringat pulak macam kena jawab soalan kuiz dalam kelas. :D

s a r, apa maksud ISLAM? ... soalan mudah je dia tanya.

ISLAM? ~aku tanya dia balik sebab aku tak expect dia tanya soalan tu. ~padahal dalam kepala dok recall balik ayat yang sesuai nak susun untuk kasi kat dia... 

Ha'ah...maksud ISLAM..

Errm... ISLAM tu... aku dah gagap dah. ~malu lagi. Adehhh... apa ni s a r oi... Aku dengar dia tergelak bila aku nak start explain.

s a r, s a r... kenapalah susah sangat explain. ISLAM tu SELAMAT. Merangkumi semua sekali. Kan senang... Betul ke tak? ~dia nak test lagi iq aku yang tak berapa nak ada ni. Ish!

betul! ~confident je aku jawab.

Apa yang betul? ~ dia memang suka argue.

ISLAM tu memudahkan dan tak menyusahkan....
~dengan over confidentnya aku jawab dan dia gelak lagi.
adehh.. nampak sangat tak berapa nak ado ilmu kaw ni s a r...
~_~"

dan seterusnya sesi ilmu agama dia kongsikan dan sempat menitipkan soalan lain.

cari ayat dalam al-quran yang menyebut tentang memutuskan ikatan silaturrahim...

err.. ok! ~aku cari. 
yang aku ingat, dalam ayat Al-baqarah :7

sesiapa yang memungkiri janji Allah swt dan yang memutuskan ikatan silaturrahim adalah mereka yang merugikan...
~ada lain lagi rasanya yang disebut dalam al-quran yang aku sendiri tak habis cari gali.



~habis dah sesi uji tanya oleh hamba Allah tu dan telah pun bersambung ke topik yang lebih dasyat dan aku memang fail bab tu dan sempat kena marah... :D




Saturday, December 17, 2011

Kasih sayang & Kasihan

Assalamualaikum. :)

~ini mungkin sedikit sambungan daripada topik curang yang bangga.

Seperti yang didakwa bahawa dalam hubungan rumahtangga ada dua perkara iaitu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Rasululllah saw kita mengikut baik dua perkara tersebut dalam rumahtangganya. Tapi hari ini, ada pula dah salah guna dua perkara tersebut. Maka, terseliuh lah sikit cara dorang mengaplikasikan dua perkara tersebut sehingga timbulnya segala ketidakpuashatian. Terutamanya pada yang teraniaya.

Jeling punya jeling, terjumpa ayat yang menyebut dua perkataan tersebut. Bukan hadis nabi but, hadis Allah yang tercatat dalam Al-quran. Surah al-rum ayat 21 bermaksud;


Dan di antara tanda2 yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri2 dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang2 yang berfikir.

~awas! kasih sayang ini memudaratkan kesihatan! :D
Berdasarkan kisah yang telah ku bawakan lalu, sah pihak terbabit salahguna apa yang telah dijanjikan Allah. Dia kurnia kita akal untuk berfikir sebaiknya. Bukan terlebih fikir sehingga kita dah pusing belit putar alam kan fakta yang sedia ada.

Berkasih-kasih pada yang kasih dan wajib pula dikasihankan... Sekian. :)

Thursday, December 15, 2011

Amboi mulut kaw dik!

Assalamualaikum...

PERHATIAN : Realiti hari ni yang harus ditelan dan dicerna oleh ibubapa dan bakal ibubapa dala mendidik anak-anak.

"weh, cuba tengok perempuan tu. rasa macam nak bawak masuk dalam bilik!"

"hoi! mulut kaw!" ~tegur kawan yang lain

~ceritalah pasal haiwan ke tumbuhan ke... :D

APAKAH????

Rasa 'terharu' sungguh Cik wiwi dengar! Umur 10 TAHUN kot cakap benda tak tercapai dek akal nih! Macam mana tu? Nak salahkan siapa ni budak sekecik tu dah pandai nak sebut benda2 yang bukan untuk umur dorang. Kalau negara luar tu maybe dorang dah biasa agaknya. Ni negara kita. Melayu pulak tu. Islam lagi... Astaghfirullahala'azim.

Mungkin cik wiwi yang salah tafsir atau juga mereka ini memang maksudkannya pun aku kurang pasti. Tapi rasanya, dari segi ayat penyata yang keluar, amatlah dapat dicerna oleh orang dewasa sedewasa cik wiwi untuk mentafsirnya. Astaghfirullahal'azim...

Rasa ngeri je dengar perkara2 yang tak sepatutnya keluar dari mulut budak sekecik tu. Macam dah takda benda lain nak cerita. Tu belum lagi masuk bab2 mengeluarkan perkataan2 yang 'terlebih' senonoh di pendengaran. Astaghfirullahal'azim...

Yang bertambah problem pulak, girl2 sekarang ni agak sama mengerikan. Boleh terkeluarlah biji mata bila ada yang pakai seperti pakaian mandi ketika di tempat awam. Tanpa rasa bersalahnya berpakaian begitu. Allahuakbar! Speechless terus cik wiwi tengok. Mata2 si kacak pula bukan main seronok. Tak cukup sekali, berkali2 pula tolehnya. Astaghfirullahal'azim. Jauhi.. jauhi.. jauhi..penyakit akhlak begitu.

"wanita hari ini lebih banyak bertelanjang walaupun mereka berpakaian." ~ni one of the tanda2 kiamat yang telah pun dan sedang galak berlaku di dunia kita ni.

MashaAllah... jauhi jauhi jauhi.. lindungilah kami ya Allah...

Sunday, December 11, 2011

Daq Intan

Assalamualaikum :)

Lokasi : Di suatu hari, di majlis orang

Masa : 6.00 petang

Cuaca : Awan gelap menyelubungi, mendung, petir juga sudah menunjukkan diri, angin hampir kuat, sejukk...

Yang terlibat : Cik wiwi & Daq Intan yang berumur 2 tahun.


Cik wiwi: Nak ujan laa...

Daq Intan: Ujan? (mata membulat lantas mendongak langit...)

Cik wiwi: Ya Allah.. janganlah hujan...

Daq Intan: Ujan... (menarik hujung dagu Cik Wiwi dengan mata yang terkelip-kelip)

Cik wiwi: Ya Allah...

Daq Intan: Ya Allah. (dengan pelatnya sambil tadah tangan...)

Cik wiwi: Janganlah hujan...

Daq Intan: Anganlah ujan... Intan ni... Aminn...

Cik wiwi: Aminn... :)



Alhamdulillah. Langit gelap berarak pergi menjauhi kawasan. Alhamdulillah... Terang kembali langit... Alahamdulillah... sempat lagi tengok gerhana bulan... Alhamdulillah..

Allah Maha mendengar Maha menentukan. Maha berkuasa ke atas sekalian alam... Hanya kepada Dia kita memohon.

Senyuman tersungging di bibir Cik wiwi apabila melihat aksi membuang baju pengantin ke atas bumbung untuk mengelak hujan... :D

Wednesday, December 7, 2011

Lelaki beridah

Assalamualaikum :D

"s a r, akak ni risau tau s a r nak terima dia. Akak ni dah la pegang status J, tak boleh salah sikit. Mudah saja orang mengata. Sebelum akak nak terima dia, akak nak kena tahu juga kenapa sejarah hidup dia. Kenapa dia pegang status D. Tambah pulak dengan mulut manis dia. Aku tak berapa nak berani s a r. Banyak kes sekarang yang tangan suami naik ke muka semuanya yang superb dalam susun ayat. Mana ada perempuan yang tak suka dengar ayat2 manis. Melainkan dia ada problem identity atau emosi je. Hmm... macam mana ni s a r..."


"Saya ada dengar macam tu jugak kak. Dulu lecturer law ada pesan kat kita orang. Hati2 dengan lelaki2 yang sentiasa bermulut manis ni. Dia kata banyak kes yang dia handle sume yang libatkan wife kene pukul berkali2, buat tuntutan cerai, lepas tu tak jadi cerai. Lepas tu dia buat balik... hmmm... seriau..."


Lagi satu s a r. Pasal poligami. Kalau suami kita nak kahwin lain, elok kita bagi aja s a r. Bukan apa, dari dia buat hal kat belakang kita, buat benda2 yang tak elok belakang kita, ada baiknya kita bagi aja. Sebab akak rasa sama aja kalau dia kahwin senyap2, kita tak tahu. Tak payah nak kecoh lebih-lebih. Tapi make sure la kita dapatkan hak yang sebenarnya. Dari dia buat benda yang bukan2, kita pun sama dapat dosa. Akak ada terbaca yang seorang isteri boleh berdosa kalau menghalang suami kahwin lain. Lagi2 kalau suami tu mampu.


"?????? err... ye la kot kak.. :D"






******

Mari ke topik sebenar. :)

Sebut pasal idah, of course terus terjun ke kancah penceraian. (amboi s a r, macam dah takda topik lain. Cerai juga jadi pilihan. :P). Biasa di dalam agama kita hanya mendengar idah bagi wanita. Tapi sebenarnya kaum suami juga mempunyai tempoh idah yang harus dijalani sama seperti wanita iaitu berdasarkan 3 keadaan;

1.   Lelaki yang mempunyai isteri empat dan ingin mengahwini wanita lain. Dia menceraikan salah seorang daripadanya. Sebelum mengahwini wanita lain, dia haruslah menunggu sehingga isteri yang diceraikan itu habis idah.


2.   Lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan talak 3 dan kemudian ingin menikahi semula adalah selepas isterinya itu berkahwin dengan lelaki dan bersetubuh dengannya. 


3.   Lelaki yang ingin mengahwini wanita yang mempunyai pertalian dengan isterinya (adik, kakak, ibu saudara dsb.)

Tempoh idah ini perlu kerana memberi ruang kepada diri masing2 terutamanya isteri kerana ianya melibatkan soal emosi dan seterusnya dalam perhubungan kekeluargaan (keadaan 3). Ini juga kerana pelbagai konflik boleh timbul dan memungkinkan pasangan untuk rujuk kembali (kecuali keadaan 2).


*kredit to; majalah al-islam oleh peg. penyelidik syariah (IKIM) :)

Monday, December 5, 2011

Kaf ba rho kaf alif ta nun

Assalamualaikum...

"Apabila seseorang bertanya, maknanya dia inginkan jawapan. Orang yang bertanya itu juga akan bertanya kepada yang for sure tahu jawapan kepada persoalan yang ditanya. Dan orang yang bertanya juga tidak mungkin dan tidak akan sesekali bertanya kepada mereka yang memang langsung tak tahu jawapan kepada persoalan yang dibawa." ~kalau tanya jugak, buang ayaq lioq, buang masa pastinya. Kalau ada pun, mungkin ada udang di dalam perut ikan. :D

Moralnya....

Kepada pekerja2 di talian, mahupun kaunter pertanyaan. Jika ada yang bertanya akan perihal perkara2 yang sewajarnya anda kene/wajib tahu jawapan kepada soalan yang ditanya, maka jawablah semoleknya dan janganlah pula 'asal ado' je... Ikut daann  kepala sendiri je.., ikut emosi sendiri waktu tu je. Jangan ingatlah orang yang bertanya tu takda emosi pula. Silap hari bulan, tazkirah pendek dapat... Orang kata, Malu bertanya sesat jalan kan... :)

Tak sayang ke hilangnya keberkatan duit gajimu yang diterima saban bulan? Kalau dah nama itulah yang sewajarnya dipertanggungjawabkan, janganlah setakat nak berdehem di atas askelator. Jangan tanya kenapa, kalau setiap hujung tahun peratusan kepuasan pelanggan terhadap prestasi pekerja berikut jadi 'PERLU DIAMBIL PERHATIAN SANGAT SERIUS!'.


Sekian daripada 'CUSTOMER is Perasan RIGHT!' :P.

~ni perasan comel :D


p/s- Internet kekadang sangat menyusahkan! ~_~"

Friday, December 2, 2011

Kepulan tidak sihat

Assalamualaikum. ~_~"

Apabila ke'sensitif'an deria bau terhadap aroma yang kurang menyenangkan.... MashaAllah... hilang nikmat Allah terhadap aroma yang sewajarnya mententeramkan deria sekaligus menenangkan jiwa.

Mungkin kepulan tidak sihat itu juga merupakan nikmat yang Allah bagi. Akan tetapi....sayang. Itu hanya nikmat yang akan dirasai oleh mereka-mereka yang cukup gemar akan aroma yang menyesakkan nafas selajur mendatangkan marabahaya kepada empunya diri tetapi juga pada yang tiada kena mengena dengannya. ~ohh... hentikanlah bang...aku bilang sama mak nanti! 



Tahukah kamu wahai si penggemar... Nikmat yang Dia beri telah disalahguna. Bukan tak sengaja, tapi kamu memang sengaja. Berapa kali dipesan. Eloklah belanjaku makan dari kamu membakar wang. Telah kupesan, apakata kunyah sahaja. Barulah sekata setiap perasa. Mungkin rasa membazir dan kebakaran wang lebih tidak terasa. :P

Kepulan yang tidak menyenangkan hampir ke penghujung. Maka, jari turut sama ingin berhenti berdansa seketika kerana cuaca tak menentu disahut pula dengan amaran dentuman. Kepulan tidak sihatmu juga mengundang jemariku tidak selari dengan apa yang terlakar di kepala, bertelingkah pula dengan rasa di hati.

~bukan iklan cuaca rahmat Allah. Tapi, kenikmatan yang diberi adalah untuk mengingatkan Dia. Bukan pula menyalahguna nikmatNya. Sekian. :D