Assalamualaikum.
Ok. Bila rindu bertamu
Di kala Allah tak mengizinkan aku menulis cerita yang bukan-bukan, aku ke mari mencari bahan bacaan yang seringkali ku jadikan bahan rujukan. Pastinya dari teman-teman sekalian. Tenang. Alhamdulillah.
"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti."
~Sayyidina Ali bin Abi Thalib
Syukur aku dikurniakan sahabat penulis yang selalu mengingatkan di kala ayik menggarap idea untuk diterjemahkan dalam sesebuah karya. Mengingatkan akan batas idea yang tidak perlu kita langkau kerana risau akan memudaratkan kita sendiri sampai kita mati.
"SAR, tulis apa yang ko nampak."
Itu pesannya di kala dia yang lebih senior. Malah aku hormat akan setiap naskahnya yang 'berisi' dan cemburu juga cara dia menterjemahkan segala idea yang ada.
"SAR, ko nak, bila ko mati nanti, dosa ko terus hidup kat muka bumi ni?"
Kata-kata yang cukup menyentapkan hati. Terkesan sampai hari ni bila sedar banyak kesilapan yang dah aku buat dalam naskah yang lepas. Malu weh..
"Setiap penulis, bertanggungjawab apa yang dia tulis."
~feeling sensorang.. adehhh
No comments:
Post a Comment