Thursday, April 24, 2014

Kegilaan buku

Assalamualaikum.

~feeling #pbakl2014

Inilah masanya bagi peminat-peminat sekalian buku. Aku tak terkecuali. Padahal dulu, akulah si pembenci segala jenis buku. Budak pemalas membaca. Masa belajar dulu pun sebab terpaksa, hati tak ikhlas, sebab tu la Allah tak bagi apa yang aku nak. ~adehh..

Tapi tu dulu. Kisah lalu. Yang bencilah tu, last2 yang kita akan suka yaa amaatt. ~padan muka kaw sar!

Terus terang, aku berjinak-jinak dengan segala jenis buku bila berteman dengan sahabat2 yang kaki buku. Padahal time belajar dulu, boleh dibilang dengan jari berapa kali muka aku ke library. ~haha. Dah final year baru terhegeh-hegeh jadi pelawat setia. :P

Bila dah selalu bergelumang dengan buku-buku tu, panorama mata pun hanya dipenuhi dengan buku, feeling pun jadi lain. Pernah aku buat kerja gila, datang library semata-mata nak cuci mata. Tengok buku2 yang jauh dari bidang, belek2, cium2 buku. ~ahaha sewel. Bau buku memang sangat owsem ok! Disebabkan tu jugak aku sanggup beli buku rujukan yang ori dari beli yang second dari senior. :D

Maka, lepas habis study pulak, semua buku akademik confirm tersimpan kemas dalam rak dan takkan keluar-keluar lagi. Almaklumlah dah habis belajar. Tapi dengan masa senggang tu pulaklah aku berjinak-jinak pulak dengan segala macam jenis buku resepi. Nak beli time tu, duit tak berapa nak ada. Makanya, aku gagahkan dengan skuter merah ke library desa. Best ooo sebab bukan buku resepi yang aku cari. Aku beralih arah ke sagala macam genre buku yang ada walaupun pilihan tak berapa nak ada.

Dan disebabkan aku pun berkawan dengan kaki-kaki buku sejak belajar lagi, setiap kali pesta buku yang ada memang takkan lepas jejaklah. Walaupun duit tak berapa nak ada time tu, takpelah. At least, adalah jugak secebis pahala jejakkan kaki ke majlis ilmu macam tu hendaknya, insyaAllah.

Dan kali ini, entah buat kali berapa entah pergi pesta buku. Cuma kali ni, situasinya takkan sama macam dulu. Aku suka yang dulu. Berjam-jam habiskan masa dengan kawan baik aku dalam satu booth. Heaven tak menahan bila dapat pegang, belek2 buku baru ni weh. Mata tak payah cakaplah, rambang yaa amaatt.. Orang lain berhabis duit beli segala macam baju, eksesori segala. Aku dengan bahagianya sanggup berhabis beli buku. ~hoho

Cuma kali ini, aku dinasihatkan oleh abah agar beragak-agak dalam membeli. Sebab apa, senarai pending tak berbaca banyak oo. Rak sampai tak muat dah. Takda pesta buku pun, aku tetap jugak beli buku bila aku keluar. Dengan erti kata lain, pantang nampak kedai buku. ehehe.

Ok. akhir kata. Moh ke pesta buku antarabangsa di PWTC dari 26 sampai 5 mei ni. Ahad ni moh ke sana! InsyaAllah. :)



4 comments:

Liyana said...

salam..

waa dah berapa tahun tak pergi. teringinnya! ingatkan dah habis belajar boleh la pergi. rupaya sekarang kena hantar kelaut tak dapat la pergi lagi..

selamat membeli buku. jangan lupa baca! ;D

s a r said...

waalaikumussalam.

ehehe. insyaAllah panjang umur, ada rezeki, mesti dapat pergi punya. kalau kat tengah laut, memang takdalah pesta buku. kalau kat tempat orang, rasanya pesta buku mesti ada. cuma takdalah yang seumpama pbakl di tanah sendiri.

aduhaii.. kali ni bajet kena sekat kaw2 punya. huu.. *nangess laa tengok buku yang banyak sale tu tapi tak dannn nak beli.. hukhuk

minda berbisa said...

Membaca membawa ke arah perjalanan hidup yang lebih baik. Keajaiban yang tak disangka-sangka.

minda berbisa said...

Membaca membawa ke arah perjalanan hidup yang lebih baik. Keajaiban yang tak disangka-sangka.