Friday, April 25, 2014

Jumaat

Assalamualaikum..

bermacam perasaan yang bersarang.

1255 pagi tadi dikejutkan dengan pemergian seorang insan.

Allahu..

Hari Jumaat.

Jika sebelum tu dia masih boleh mampu mengimamkan solat yang sudah menjadi rutinnya sebagai imam, beriak biasa, menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa, berkeinginan untuk makan bersama ahli keluarga di kedainya sendiri, di hadapan anak-anaknya, di hadapan pekerja-pekerjanya yang sudah dianggap seperti anak-anaknya sendiri, dalam merancang ingin bercuti bersama semuanya dua minggu lagi,. dan akhirnya subuh tadi, rebah dalam pangkuan si anak tidak semena-mena... Berderai semua air mata..

Allahu...

Hilang sudah peneraju solat saban hari di surau, hilang sudah pemegang amanah setiap kali akad zakat dibayar, hilang sudah penghuni setia rumah Allah, hilang sudah peneraju mengaji selepas solat, hilang sudah peneraju solat terawih tahun ni, hilang, hilang, hilang... Kempunan aku tahun ni nak bersolat terawih bawah pimpinan dia..

Dia pergi tenang.. Setenang setiap kali ditegur akan kesilapan, kekurangan. Dia tenang..

Semoga acik sama-sama ditempatkan di sisi orang yang beriman hendaknya. Ameenn..  :'(


3 comments:

Liyana said...

kullu nafsin zaikatul maut..

innalillahiwainnailaihirajiun..

meredhai permergian seseorang dari dunia ini tak senang..tapi insyaAllah orang yg diredhai Allah pasti syurga tempatnya. kita di dunia belum tentu.

jika perasan setiap hari ada berita pemergian orang2 soleh dari dunia ni.

minda berbisa said...

Semoga kita tergolong dalam kalangannya...

s a r said...

liyana

perasan sangat! huu :'(


minda berbisa

insya-Allah. ameen.. :)