Sunday, July 1, 2012

Ai.. sampai bergoyang?

Assalamualaikum. :) ~ dengan penuh semangat :P - moh kita kembali ke label aku terima nikahnya :D

Tok Kadi:
Ehem..ehem.. Bismillahirrohmanirrahim... Alahamdulillahirabbila'lamin...assolatuwassalamua'la asrhofil anbiya iwalmursalin..wa'ala alihi wasohbihi ajmai'n.. Assalamualaikum wbt. kepada ayahanda2 ayahanda, bonda2, abang2, kakak2 sekalian. Sebelum saya memulakan tugas, izinkan saya mulakan dengan sedikit tazkirah berkaitan alam selepas perkahwinan buat pasangan mempelai.........

(selepas setengah jam berlalu....)

Tok Kadi:
Sebelum lafaz ijab dan qabul dimulakan.. marilah kita semak semula rukun-rukun nikah, rukun islam.. tolong sebutkan satu-persatu, kalau salah, saya tak marah. kita sama2 betulkan..

Si pengantin lelaki:
Rukun nikah.. pertama lelaki..

Tok Kadi:
Lelaki? Siapa lelaki?

Si pengantin lelaki;
(sengih dalam nervous) Pengantin lelaki...

Tok Kadi:
Pengantin lelaki ye...

Si pengantin lelaki:
(sengih lagi dan teruskan...) kedua, perempuan, pengantin perempuan (cepat2 dia sebut ~takut kena sindir lagi  kot :P), wali...

Tok Kadi:
Siapa wali? (tok kadi suruh tunjuk mana satu wali perempuan)

Si pengantin lelaki:
(start pening dah... kiri kanan dia toleh cari bakal ayah mertua ~padahal depan mata je.)

Tok Kadi:
Ha... ni kalau aku jadi wali ni, aku dah suruh kaw balik ni.. kita gelak, gelak jugak bro. jangan buat main. aku serius ni..

Si pengantin lelaki: 
(sengih lagi sebelum tunjuk ke arah bakal ayah mertua.. kemudian terus habiskan rukun nikah tu. Then rukun islam pulak.) Mengucap dua kalimah syahadah..

Tok Kadi:
maksud Ashhaduanlailahaillah..waashhaduannamuhammadarrasullulah..

Si pengantin lelaki:
(tergagap sedikit... kemudian dibetulkan oleh tok kadi. then dia terus habiskan rukun islam tadi..)

Tok Kadi:
cuba beristighfar...

Si pengantin lelaki:
(dia pun beristighfar 3x...)


Tok Kadi:
istighfar betul-betul. sebut dengan jelas! (maka dia sebut sepatah2 sampai tiga kali dan diikuti oleh si pengantin lelaki)

Si pengantin lelaki dan adik pengantin:
(Dah panas punggung...)

Tok Kadi:
(Sambung sikit pesanan2 ikhlas mengenai tanggungjawab suami then dia tanya...) Siapa pengantin perempuan?

Si pengantin lelaki: 
Sebut nama penuh si pengantin perempuan.

Tok Kadi:
Sebut nama aja, confirm dia pengantin perempuan ke? (dengan sengih sinis dia bertanya)

Si pengantin lelaki:
(kene lagi sebijik! ~ dia tetap senyum jugak sebelum tunjuk ke arah pengantin perempuan di belakangnya.)

Tok Kadi:
Pastikan betul2 tu pengantin perempuannya. Okey, kita mulakan sekarang...


(semuanya selesai ~ ijab + qabul + soalan2 cepumas dalam masa 1 JAM SAHAJA!) ~ 1 shot! ~alhamdulillah..

Tok Kadi:
Ai... sampai bergoyang2? kan dah habis... (sambil melihat pengantin lelaki menandatangani surat nikah.)

Si pengantin lelaki:
(tangan ketaq ~ :P)

SELESAI.... then postmortem bersama kaum kerabat.

S a r: 
Alamak. termasin pulak apa yang aku cakap semalam. Sekali dia tanya rukun islam daaa..

Pengantin lelaki:
Tu la pasal... terketaq-ketaq aku. jadi nervous dah..


My lil'bro;
Kena polish betul kaw hari ni bro..

Pengantin lelaki:
haha. tu la.. naik berpeluh aku..

*********
~mak oii! simmpiittt... :P

Moral of the story...

Buat si pengantin lelaki sekalian, standby awal2 la kan... dapat Tok Kadi gini, masak jugaklah kan... belum lagi jumpa yang suruh bacaan qunut, serta surah2 tertentu. Makanya, tidak mustahil juga kalau ada tok kadi bertanya surah al-fatihah beserta maknanya. :D

Perkahwinan bukan perkara yang senang disangka hanya sekadar lafaz ijab dan qabul. Segalanya perlulah lengkap dengan pakejnya sekali. Buat si perempuan juga. :D


p/s- Hm... banyak betul tok kadi yang lagi hensem dari pengantin rupanya... takda lagi fail.. tetapi iPad ditangan... :D ~tapi Tok, tok terlebih psiko hari ni. jadi tak hensem dah... :D

26 comments:

fuad ansari said...

kalau sy nak syorkan tok kadi tanya soalan kat pengantin perempuan jugak, aci tak?? (",)

s a r said...

sye rasa aci. barulah fair. sebab untuk lalui rumahtangga, tanggungjawab bukan pada bahu lelaki sorang. kena ada kerjasama untuk merealisasikan makna sebenar rumahtangga kan?

~cececehce.. cakap mengalahkan dah kawen. ahaha :P

hansuke said...

salam.

bagi aku, tok kadi tanya soalan camtu (atau lebih2), sebab boleh jatuhkan air muka orang ko tau tak sar :)

andai kata, si pengantin lelaki tak tahu, pastu dibetulkan oleh tok kadi, takpe la, dia sekadar nak tanya je, nak menge-test, tapi kalu dia langsung tak tahu (atau sebab terlalu takut atau nerves, dia jadi tak ingat langsung), dah jadi aib kat pengantin laki sebab orang dah pikir bukan2.

bagi aku la, dan pengalaman aku menghadiri akad nikah, paling busuk pon, tok kadi suruh istigfar je.

bagi aku lagi. andaikata, soalan2 yang 'bajet' ditanya oleh tok kadi, si pengantin dah prepare, dia cover semua kemungkinan soalan yang akan ditanya, afal surah tertentu misalnya, rukun iman, rukun islam, macam nak exam. boleh je dia lepas with flying colors..haha~

tapi bila dah sah, dalam rumah tangga pukul isteri, tak tunaikan tanggungjawab dia sebagai suami. so macam mana?

what i'm trying to say here is, soalan 'payah' ketika akad sebenarnya irrelevant sebab ia tak 'reflect' character si pengantin yang sebenarnya.

kalu dia tak tahu pon, kalu lepas dia kahwin, dia pergi belajar agama, sekali jadi alim. kita tak tahu nasib orang, tak perlu nak menge'test sapa2. benda simple dah jadi payah.

yang penting, sah akad tu dan kalu nak tanya pon, tanya yang basic2 je, dan elakkan 'menyindir' pada si pengantin. tau la, si pengantin bukannya belajar agama macam si tok kadi yang memang periuk nasi dia, hari2 duk mengajar orang..haha~

sekian.

p/s: aku harap time aku, tok kadi tak tipikal macam tok kadi adik ko ni..amin.. :P

s a r said...

waalaikumussalam.

PEMBETULAN: BUKAN adik aku la. ahaha.

erm.. semalam masa aku dengar, aku dah rasa macam tu dah. (sebab dah satu jam tunggu, tak jugak2 akad2. ramai yang ada pun dah fedup kot. siap aku dengar ada orang kata: tok kadi ni saja je nak malukan pengantin ke apa..) ~nasib baik gak la dekat rumah. bukan dekat masjid.

actually, senang cakap tok kadi tu agak cerewet kot aku rasa. tambah pulak yang tok kadi tu muda, tetiba sebelah dia tok kadi senior dekat kampung tu. ahah. memang dengan senior tok kadi tu pun tanya. memang nerves la pengantin lelaki tu. kesian aku tengok.

sebelum2 ni punya mjlis nikah yang pernah aku dtg pun, tak pernah jumpa cam gini punya tok kadi. ada jugak yang muda, tapi cool aja. tanya soalan pun, setakat rukun nikah tu je la then istighfar.

p/s- makin hensem tok kadi, makin tak cool aku rase. eheh.

inshaAllah ameen.. :D

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...thanx 4 calling me sayang...hihi

bila nak kawen ni?eh...?? ehehe

hansuke said...

kawan aku nikah simple je, tok kadi tanya rukun nikah je pon.

kakak aku nikah, abg ipar aku tak kena tanya pon, terus akad, sebab tok kadi ada banyak tempat nak kena pergi nikahkan orang hari yang sama tu..haha~

wei, hensem tak penting, bonus je semua tu :P

p/s: sar, ko bila nak nikah ni? aku nak makan nasi minyak org banting ni..:D

s a r said...

sebenarnya tok kadi tu sangat busy sebab dia baru aja nikahkan orang lain dalam kampung tu. pengantin ni kire yg last dalam hari tu. tu yang kena polish tu kot. :P

memang tak kira hensem pun la.. maksud aku, tok kadi yang muda2 sekarang ni banyak..

p/s- ahaha. apa kata aku try nasi minyak made in banting kau punya dulu. :P

bak kata kaw, seru kalau nak sampai, sekarang pun boleh kan. makanya, seru aku belum nak sampai ni ha. calon-calon ramai kat luar tu ha.. cuma yang nak jadi hak milik, aku tak kenal lagi. ahah :P

s a r said...

cikguma>

waalaikumussalam. eheh

aduyai soalan..
tak tahu lagi cikgu ma. calon tak mai lagi masuk minang. ahah :D

hansuke said...

entah la, aku no comment dah pasal perangai tok kadi, ikut diorang la, janji hepi :)

haha~ kalu aku nnti, nasi minyak nilai la sar..:P

ko doakan la aku jugak cepat nikah. ehe~

semoga ko pon cepat bertemu jodoh, amin :D

tadi aku terfikir, klu aku sambung masters full-time ni cam masyuk gak ni, tibe2 malas nk kije..haha~ tapi, kalu tak kije, duit takda nak nikah..hm..

s a r said...

nasi minyak nilai ka? ahah. ~lupa daa..

inshaAllah. ameen. Dia mesti bagi laluan pada yang betul2 sedia kan? ~lagi2 cam kaw. :P ~sabar je lagi sikit. :D

master full time bukan betul2 full time pun beb. tapi aku tak tau la kalau ada yg btul2 full time. 5 hari seminggu. maybe tgok course jugak kot. tapi aku rasa kalau macam kaw an, buat part time is better. kaw kan nak kawen. ahah :P

hansuke said...

banting kampung ayah dia. tapi semua family beli rumah kat nilai. lupa la tu aku pernah bagitau :)

tula. aku terfikir je. aku ni kadang2 jenis tak sabar gak sbnrnya. result degree kuar 17hb ni. rasa cam tak sabar nak tunggu. pape pon kije apply banyak2 bila dah ada actual result tu. semua yg aku apply sekarang, tak panggil pon interview. kena banyak sabar lagi :)

inshallah, ada la tu duit bila sampai masa nak kawin nanti. tapi kalu belajar full-time, aku rasa cam tak sanggup gak beb. bosan dowh, kalu kije masuk gak duit hunjung bulan kan. boleh gak la beli barang2 keinginin aku..ehe~

wei, ko buat ape je kat umah?

s a r said...

yela.. lupa la. cuma aku ingt dia pernah cakap aku satu skolah dulu dgn dia. aku assume dia duduk area banting la jugak.

inshaAllah. ada tu nanti. :)

macam aku cakap tadi la. kalau full time ada masa free. siapa yg gagah nak buat kerja, time tu la. tak pun study part time. dua2 pun mndatangkan hasil. inshaAllah.

sekarang? ehem. selain mengisi borang2 kerja sampai gambar pun dah banyak kali cuci sampai macam apa entah. aku buat something yang aku minat sementara aku ada dekat rumah ni. di samping juga mengetest segala skill berumahtangga. ahaha :P

engkau? apakah yang telah kaw lakukan sepanjang bercuti ni? :D

ewanthology said...

tgh gabra...doa makan pun boleh lupa nnt.

miss yatie said...

kalau nak kawin, kena betul2 ready, dari apa segilah...yang tak tahannya ganas betul tok kadi tu cakap pakai bro oooo...hehee

s a r said...

the malay male>

hee. betul2..

KY>

sebab tok kadi tu bukan pangkat atok. tapi abang2 aja. eheh. dia muda lagi. sekali tengok, macam dia yang nak nikah. :D

hansuke said...

haha~ giler skema ayat :P

aku tidak melakukan apa-apa buat masa ni,selain terkena denggi..ehe~

takda, aku tengah tunggu results je la, pastu ada gak apply kije sini sana, cuma takda rezeki je. selain tu, aku duk melangut depan laptop, pastu laptop tgk aku :)

sekian.

takpe la sar. ko touch up la skill rumahtangga ko tu, aku yakin ko dah tak lama dah tu, ehe~

s a r said...

ahaha.

soalan>
macam mana la kaw boleh terkena eh? (selain, Dia dah tetapkan yang kaw nak kena demam tu kan..)

rumah kaw duduk tu memang kampung nyamuk ke weh? ~gurau je :P

"ko touch up la skill rumahtangga ko tu. aku yakin ko dah tak lama dah tu.."

~ayat kaw serius seram OK! tak boleh nak bayang bila... bayang2 pilihan langsung tak nampak ok! +_+"

hansuke said...

mana la aku nak tahu nyamuk mana gigit aku yg bawak denggi ngok..hahah~ tgk2 aku dah kena dah..:)

tapi kalu ko takut, ko hati2 time magrib je la, n subuh kalu tak silap aku, time ni je nyamuk aedes keluar untuk cari darah.

so hati2 je la, atau take precaution, time magrib je ko sembur ridsect ke apa ke, pastu, tgk2 skit air pasu bunga, atau tankungan air, cek tgk ada tak jejentik (baby nyamuk..ehe), kalu ada ko cuci je ngn air sabun and letak air baru. kadang2 dalam kolah bilik air pon nyamuk aedes ni bole membiak.

aku sbrnya tak tahu kena kat mana, tapi masa aku balik pahang, banyak giler aku kena gigit nyamuk, kat umah kakak aku pon kena bnyak giler, pastu kat umah sewa aku pon kena gigit gak.

tapi kawasan umah sewa aku dah kena fogging dah, jabatan kesihatan datang lepas kes aku masuk wad. diorang call aku tanya alamat. pastu arini, kawasan umah kakak aku pon kena sembur, sekian lama, aku dah tak tahan dah, setiap masa ada nyamuk kawasan setiawangsa tu.

hey, kita tak tahu jodoh kita bila sar, mana la tahu esok lusa, tok kadi tak banyak songeh lagi hensem datang minang cik sar..hehe~ kompem ko terima punya :D

pergh..panjang pulak aku tulis. boleh buat post dah ni, ok aku stop, hehe~

s a r said...

ahahaa. part tok kadi tak banyak songeh lagi hensem datang minang, best ayat kaw tu. ;P

weh, kulit kaw mesti ada problem kan? setahu aku la kan. macam abang aku jugak. cepat sangat kena gigit nyamuk. ~eheh. agaknya la.. aku pun bukan doktor kan. :P

takpun orang setiawangsa memang orang banyak darah. takpun an,. kedekut nak derma darah. tu yg nyamuk suka. hihi

aku duduk kampung memang banyak gak nyamuk. lagi tmpt gelap2. lagi la deme suka. ridsect dekat rumah aku memang tak boleh takda. macam kaw cakapla. time maghrib je, mula la dorang buat pesta keamatan. eheh.
lagi la musim ujan je dekat rumah aku ni. banyak air.

takpe beb. lepas ni kaw boleh tambah entry denggi kaw "langkah mencegah nyamuk menyambut pesta keamatan" :P

ghost said...

yang nak tunggu sangat pun masa akad nikah nih time saksi berkata sah dan tok kadi angkat tangan doa. puhh!

Wan said...

salam cik sar :)

bila bace entry ni tingat pulak sewaktu saya berakad nikah dolu2..

tok imam mase saya tu stedi je..dia dah siap print out paper size A4 tulis akad nikah tu..

Tinggal nak bace je..

Tok imam tu ckp..sian kat pengantin lelaki nnti..berpeloh2 nak lafaz nikah tu..

sayang tok imam tu..hihihi

s a r said...

incik ghost>

memang itulah yang amat dinanti sekali. hee..

incik wan>

waalaikumussalam.

dolu2. aloh.. macam lama sangat dah encik wan ni. ahah

erm, masa abang saya hari tu pun, saya tengok, tok kadi tu memang dah siap awal2 dah. tinggal baca aja. memang cool la.. tak yah susah2 kan.

hm.. cuma yang ni je, strict sikit. kesian sungguh pengantin lelaki sampai berpeluh2. hihi

dwatyKNY said...

aku pernah hadiri majlis nikah member... memmang banyak soalannya... sampai kan yang menunggu ni dah bosan... hikhikhik... tp oklah pengajaran buat pengantin... mesti tahu hukum hakam dulu kalau nak kawen... baulah tak ketaq...

a n said...

gabraa woo..

Anonymous said...

sar dah kawin?

s a r said...

ana>

kalau semua sedia, inshaAllah tak kot :D

dwaty>

ikut angin agaknya tok kadi ni.

zeera>

ahah! haruslah belum! :D