Saturday, May 26, 2012

Sindir tersindir

Assalamualaikum :)

Erm.. disebabkan otak kian kurang rajin bekerja keras, makanya ingin ku kongsikan petikan ayat yang kurasakan agak sinikal dan boleh 'makan dalam' pada yang membaca. Aku hanya mampu tersenyum jugaklah bila membacanya.

"Jangan kamu menghampiri zina." (Al-isra' 17:32)

Mencegah lebih baik mengubat. Allah mencegah manusia bukan sahaja daripada zina, malah menghampirinya pun jangan!

Perkara2 yang termasuk dalam istilah 'menghampiri zina' termasuklah melihat, mendengar, bergaul dan terlibat secara langsung atau tidak dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menonton cerita atau filem yang bertentangan dengan akhlak islam, lagu dan naynyian cinta yang asyik dan melalaikan, membaca atau menatapa buku, majalah atau media Internet yang mengandungi unsur-unsur lucah dan sebagainya.

Malangnya perkara-perkara itulah yang sedang subur dalam masyarakat kita. Perkara2 menghampiri zina itulah yang dianggap moden, maju dan trend terkini. Ironinya, kita yang memekik, bertempik dan gelisah kerana AIDS.

Berbagai langkah telah diambil oleh kita untuk mengatasi masalah AIDS. Galakan menggunakan kondom dengan membelakangkan perintah Allah supaya tidak bergaul bebas samalah seperti menggalakkan zina tetapi mesti "SELAMAT" daripada AIDS! Apakah yang sedang kita tanam dalam fikiran dan jiwa umat islam, takut akan Allah ataupun AIDS??

Kita sepatutnya insaf, penzina2 boleh bebas daripada AIDS (kerana diajar cara2 mencegahnya) tapi mereka tetap tidak dapat melarikan diri daripada seksa Allah di nearaka kelak. Seksa AIDS brakhir dengan kematian, tetapi seksa neraka kekal abadi. Mana lebih pedih?

~ bukan aksi sumbang :D

Itu antara petikan ayat yang menarik dari artikel yang ditulis. Sama-samalah kita fikir ya. :)

Sekian. 

*credit to: "AIDS di Akhirat Lebih Dasyat."
~solusi 41



14 comments:

hansuke said...

salam.

rasa cam baca nota nak exam plak, banyak highlight yg penting..hehe~

nota kaki: kesian kucing kat tengah tu..:P

hm..bagi aku, bila sentuh pasal menghampiri zina, kena sentuh pasal agama dulu, kalu sentuh pasal agama, kena sentuh bab akhlak manusia dulu, kalu sentuh bab akhlak, kena sentuh pasal takwa kita kepada Allah, iman kita kepada Allah.

last2, kita kena start pada yang Satu. start dari usul, start dari akarnya.

kalu start dari Allah, inshallah semua akan ok sampai ke hujung daun.

itu la sebenarnya kebanyakkan manusia lupa. hm..

aku bagi contoh.

seorang pompuan muslim, pakai tudungnya untuk tutup aurat. tapi sesetgh wanita lupa untuk tutup bahagian dada, atau pakai baju yang nipis atau jarang sampai nampak tali bra. atau pakai seluar yang mak ai ketat tak ingat, sampai terbayang benor, kat bawah tu macam mana. isk2..(boleh terbanyang ke sar? ehe~)

memang asalnya, pakai tudung nak tutup aurat, tapi akhirnya lupa tanya, pakai tudung ikut redha Allah macam mana?

ada gak sebab nak ikut trend la apa la. ada statement, "aurat tutup jugak, tapi kena la berfesyen".

agak betol statement ni, tapi kalu dah baju ikut body, atau jarang yang boleh menghairahkan nafsu orang yang melihat, dah pon diri melibatkan orang lain menghampiri zina.

aku ada gak tertanya, nak berfesyen untuk siapa sbrnya? untuk diri? untuk Allah? atau pon untuk orang lain untuk dipuji?

susah2 :)

tu satu contoh je la menghampiri zina, banyak lagi contoh, kalu aku tulis kat sini, boleh jadikan post mungkin..haha~

ok, sar, thanks for sharing :D

s a r said...

waalaikumussalam encik.

~amboi kaw. sempat lagi. terbaik punya contoh kan. ~tapi takpa. aku suka :D

rapuhnya Iman kan? hm. ada yang tahu tapi buat-buat tak tahu, sama dasat gamaknya.

hm, macam2 fesyen skrg ni. sllu je nampak yg dok pakai leging, but tudung pun pakai jugak. ~mcm pelik gak la trend tu erk. aku nak tengok pun malu. bukan sikit punya bayang, terlebih bayang gamaknya. :P

statement tu rsanya bagi aku la... erm...entah. sikit pun aku tak bkenan. kalau dah sume fesyen tudung makin kecik bidangnya, camna pulak. sana sini tunjuk jgak kan. hm. fesyen mkin tak boleh nak follow heh!

terima kasih atas ingatan kamu jugak beb. :D

Admin said...

salam sar...

semoga mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk mereka kembali ke jalan yang benar sebelum ajal menjemput dan sebelum mereka bertemu dengan Allah.

semoga saya dan kita semua tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi... :D

Anonymous said...

boleh tak sar buat satu artikel.. utk melegakan hati yg malu ke pangkal jalan? teringin benar nak tahu tentang hal tersebut.. :)

s a r said...

Encik askura>

inshaAllah ameenn :)


miss gee>

"melegakan hati yang malu ke pangkal jalan."

erm, miss gee..
mula2 saya nak ckp, saya bukanlah arif bab agama ni. stil belajar untuk mnutupi lubang2 dosa. :'(

but i try.

thanks kamu sudi ke mari. :)

nurul said...

Al-hamdulillah,mudah-mudahan jauhkan kita semua dari perkara2 menghampiri zina..InsyaAllah..

fuad ansari said...

ayat quran tu cantik kan.. kiasan2 dan maksud2nya sgt benar dan berhikmah.. ye lah kan, yg turunkan ayat quran itu juga Maha Cantik.. (",)


hari ni,kita boleh buat keputusan.. samada kita mahu penampilan kita yg 'cantik' di mata kebanyakan manusia atau kita mahu penampilan yg cantik di mata Tuhan kepada manusia..

hari ni manusia sudah sedia maklum akan kebaikan sesuatu perkara tapi takde kekuatan utk amalkan.. dapat dikatakan, ia berpunca dari lemahnya iman dek kerana kurang usaha atas iman..

(",)

s a r said...

nurul>

inshaAllah :)

sihat? lama tak dengar cerita dari kaw. huu

s a r said...

encik fuad>

:')
sangat cantik. cuma ada di antara kita ni tak tahu nak hargai benda yang sedia 'cantik'. nak jugak pergi cari yang lagi cantik. susah2 buat suatu benda lain yang lagi cantik.

terima kasih encik fuad. untuk ingatan diri ini juga. iman kalau tak dipupuk, lama2 berkarat dan boleh terus hilang kan. :')

nurul said...

Salam.Sar,blog aku lambat sangat ke loading?macam dah takde pengunjungje sejak aku berubah layoutni.. hehe

s a r said...

waalaikumussalam.

kadang2 kalau blog yang ada gambar besar, banyak gambar, banyak link, byk iklan, banyak widget memang selalu lambt beb.

kekadang ada je blog yng aku bukak, sampai laptop aku pun hank sebab loading lama sangat. tapi kaw punya ok je aku rasa.

nurul said...

hehe..yeke..aku dah cuba kurangkan macam2 dah.hehe.takpela,aku dah tukar layout dulu,yang warna hijau tu.laju sikit jenis layout tu..-)

Anonymous said...

kepada sar..

"mula2 saya nak ckp, saya bukanlah arif bab agama ni. stil belajar untuk mnutupi lubang2 dosa. :'("

berikan saje peringatan krna sesungguhnya kau hanyalah seorg pemberi ingatan. bukanlah engkau seorg yg berkuasa memaksa mereka menerima ape yg kau sampaikan.. :)

kita tidaklah yg terbaik kerana kita sendiri pernah melampaui batas, kalau nak tggu betul2 sempurna maka tidak akan ada pendakwah dan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.. <3

keep up the good work sar.. :)

s a r said...

thanks zeera :D

untuk peringatan diri sendiri jugak yg kadang2 terlepas juga dari landasan. huu :'(