Friday, May 31, 2013

Senang tu susah!

Assalamualaikum.. :)

Hari ni hari Jumaat. Sepatutnya happylah hari Jumaat kepada mereka yang bekerja sebab esok boleh cuti.
Aku? Happy jugak sebab Dia bagi bernafas lagi hari ni.

Terus kepada topiklah.

Hm.. Kenapa senang tu susah?

Senang tu susah sebab bila dah rasa senang, susah  nak tunaikan apa yang dituntut di saat kita susah. Apa yang dituntut? AMALAN.

Bila susah, bukan main khusyuk lagi buat AMALAN. Sanggup tu bangun malam, berpuasa, doa panjang2 lepas solat, sanggup berjam-jam depan Quran.

Bila senang? Lupa dah tu semua. Duduk atas tikar sejadah pun kalau boleh nak cepat lipat sejadah tu balik. Doa panjang? Terus langsung takda doa dah. Lepas bagi salam terus bingkas. Bangun malam? Tak terbangun dah.. Puasa? Esok-esoklah puasa pun boleh..

SEBAB APA NI JADI?

Sebab dah sibuk dengan kesenangan tu haa.. Masa pun jadi takda. Tak cukuplah senang cerita walaupun Dia dah bagi 24 jam. Kalau boleh nak 100 jam dalam sehari. Itu pun entah cukup entah tidak. Setiap saat yang belalu, dah tak fikir apa dah.. Sibuk aje fikir masa tu duit sokmo.

SEKARANG APA NAK JADI?

Senang ke hati bila dah terasa hidup tu senang tapi dengan selama derrkk je tinggalkan AMALAN tu semua? Senang ke hati? Sumpah tak senang! Aku sendiri rasa macam dalam 24jam tu tak cukup. Gila! Menyesal tak sudah kut.. Hati tak tenteram langsung! Semangat pun takda! ~S a r, muhasabah diri bebanyak...

MAKANYA..

Kembalilah kita semula rasa susah itu lebih baik dalam kesenangan. Kesenangan yang bersyukur amatlah diharapkan. Tapi kalau kesenangan yang lupa diri, macam mana tu? Jawablah kaw nanti..

Betullah orang kata kesenangan tu satu ujian.. Ujian amat hebat bila kita langsung tidak bersyukur dengan kesenangan yang ada... ~s a r. Ingat! jalan di hadapan, pilihan di tanganmu..




Monday, May 20, 2013

Kebahagiaan milik dia.. InshaAllah.

Assalamualaikum..

Touching tak habis bila aku teringat kisah lalu..
Dan semalam.. Touching tu bertambah-tambah apabila melihat anak kecil yang dulunya kurang bernasib baik.. Kini.. Allah maha Besar..

Sejak bayi...

Dia dilahirkan bukan kehendak mak ayah dia..
Disembunyikan dari pengetahuan umum sewaktu nyawanya baru ditiupkan..
Allah maha besar.. Kemuculannya mengejutkan semua orang..
Comel, cantik, cukup sifat... 
Semua inginkannya..
Namun, ayahnya entah di mana..
Statusnya... Hanya Allah sahaja yang tahu..
Bukan kehendaknya dia jadi macam tu..
Selepas seminggu dilahirkan, ayahnya muncul untuk memikul tanggungjawab itu.
Selesai segala urusan, dia dibawa oleh  mak ayahnya berpindah ke tempat baru..
Malang tidak berbau bukan..
Seminggu kedua-dua ibu bapanya bekerja di satu tempat baru, di suatu hari, mereka terlibat dalam kemalangan. 
Ayahnya tidak menanggung sebarang kecederaan..
Sebaliknya, ibunya pula kritikal.
1 per 4 Tempurung kepala terpaksa dibuang, kaki dan tangannya lumpuh. Fikirannya tidak lagi normal..
Lebih seminggu tidak sedarkan diri, ayahnya pula terus pergi meninggalkan mereka tanpa sebarang pesan..
Kejamnya.. Dia yang masih tak tahu apa-apa..
Pulang ke kampung, segala tanggungjawab dipikul oleh si ibu tua.
Dia membesar dalam kesusahan, kesulitan, cemuhan.. hanya kerana kesalahan ibunya dahulu..
Kesian..
Di saat ibu saudara dan nenda tersayang pergi meninggalkannya, sekali lagi hidupnya berubah di kala umur hampir 10 tahun.. Masih terlalu muda dan mentah untuk mengerti semuanya..
Ibu saudara angkat menggalas tanggungjawab membesarkannya. Ibunya yang hilang upaya dibawa sama..

Dan semalam.. Dalam majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga terdekat, secara tidak sengaja dia menyapa..

Allahuakbar Allahuakbar... Sentap hati saat mata bertemu..


Sungguh... Jauh tersasar apa yang pernah dibayangkan.. Allahuakbar!

Semoga jadi anak yang solehah.. Namamu Hidayah, semoga hidayahNya sentiasa kekal milikmu.. Aminn.. InshaAllah..

Friday, May 17, 2013

7 + 2 = 27

Assalamualaikum..

Ketemu lagi hari Jumaat selepas 11 tahun yang lalu. Lamanya... Semoga hari ini beri keberkatan dan menjadi titik tolak dalam meneruskan hidup. InshaAllah Aminn. Semoga Dia reda, semoga Dia berkat.

No hug and no kiss today? Ohhmyy.. Mak, apsal takda tahun ni..

OK! Fine! Sebab malam tadi dah belanja sepotong kek dan 'ucapan khas' yang berbunyi:

~SAR kenapa tak cari pakwe?

~hoh! ~mak ucapan apa tu? ~_~"

.........................



~ni memang takda kene mengena langsung :P

Tuesday, May 7, 2013

Takda sentimen politik di sini.

Assalamualaikum..

Di kala orang sibuk memperkatakan kehangatan PRU13 di sana sini, kutuk sana sini, hentam sana sini, aku serius demam yang langsung takda kena mengena dengan politik-politik ni semua. Atau mungkin kerana statement-statement yang dikeluarkan oleh orang di sekeliling yang tak puas hati sebab aku kelihatan bersendirian dan sering keluar berjimba bersama seorang hamba Allah bernama NURUL. ~ Dah dia je kawan yang sanggup layan kerenah aku.

Dua minggu lalu...

Alya, 16 (Bukan nama sebenar)

"Kak, bila nak kawen?"

Jay, 16 (Bukan nama sebenar)

"Akak, ada boyfriend?"

Shrvee, 15 (nama tipu)

"Kak, dah kawen ke belum?"

sar: Rupa orang dah kahwin ke?

Shrvee: Heeeeee.. Tapi akak kiut.

sar: ~_~" 

Seminggu lalu...

Paan,17 (nama timbangan)

"Akak dah kahwin ke belum?"

sar: Erk? Apa punya soalan kaw ni.

"Jawab je la dah ke belum?"

sar: Belum. 

"Tipu..."

sar: Hello! Single mingle hokeey! Dah dah. Jom masuk kelas. Banyak bunyik pulak dia. Huh! ~tak boleh bla punya budak paan..

"ohh.. maknanya akan anak kesayangan ayah lagi la.."

sar: semua ayah sayang anaknya la..

Alya, 16 (dia  lagi tanya..)

"Akak, bila nak kahwin?"

sar: Akak tak tahu la Alya.. Belum ada jodoh kot..

Petang tadi...

Alya & Jay, 16

"Kak, pernah kena tackle tak?"

"Apalah awak ni alya. Ada ke tanya Kak Sar macam tu..."

sar: ~thumbs up for u jay.

"Ala akak.. mesti pernah kena tackle kan.. kan.."

sar: Pegilah masuk kelas.. Sibuk je la.. 

*******


Moral of the story..

SEMUANYA MILIK DIA..

 :)