Lama sungguh rasanya tidak bebel label rumah bertangga. Okay, kali ni taknak bebel panjang pun. Sebab tajuk pun tak berapa nak syok sangat. Just nak share info terkini kadar penceraian yang dilaporkan untuk tahun 2011. Dalam Dewan Masyarakat April 2012. Bertajuk "Penceraian Trend Terkini." Paling tak sedap nak dengar sebab ianya melibatkan orang Islam kita.
"purata pasangan Islam bercerai di negara ini mencatatkan rekod satu pasangan bercerai untuk setiap 15 minit."
Astaghfirullahal'azim. Telan ayaq lioq aku baca ayat ni. Biar betul? Tapi kalau nak diikutkan, masa aku sesibuk pergi mahkamah syariah KL dan Kajang, ruang menunggu memang sentiasa aja ada orang. ~cuma aku tak tahulah kes apa yang dorang nak adu.
Disebabkan kerajinan telah berkurangan, ni aku sertakan gambaq petikan yang menyatakan antara faktor sebab berlakunya penceraian seperti yang dilaporkan oleh JAKIM untuk tahun 2011.
~sila klik gambar jika kalian punya masalah penglihatan :D |
Tiada persefahaman dikatakan sebagai PUNCA UTAMA penceraian berlaku.
Erm, tak tahulah nak cakap macam mana. Mungkin ada sebab tertentu yang sebenarnya tidak dapat dibincangkan, menyebabkan alasan tiada persefahaman dijadikan sebagai 'KEKUATAN' dalam tuntutan cerai yang dilakukan. Macam2 perkara yang boleh sumbang kepada KETIDAKSEFAHAMAN bukan? Antara perkara2 yang boleh menyumbang seperti adanya orang ketiga. Bilanya ada orang ke-3, sikap banding membanding mula timbul. Suami/isteri akan nampak kekurangan sahaja pada pasangan berbanding kebaikan. Selagi boleh cuba mencari kekurangan untuk dibandingkan dengan orang ke-3 yang ditemui.
Makanya di sini, sikap terima kekurangan dan kelebihan pasangan amatlah penting dalam menjamin keharmonian rumahtangga selain pegangan agama yang sangat baik. InshaAllah. Jika Dia memberi keberkatan dalam sesebuah perhubungan, tidak hairanlah jika Dia melindungi keharmonian rumahtangga kita kan. :)
Untuk lebih lanjut, artikel ini boleh dibaca di sini. Dan yang paling best, sila dapatkan majalah ini kerana ada banyak info yang lebih banyak tentang trend penceraian ini. :)
Sekian. :) ~gila malas kaw s a r nak bebel pepanjang. :P
*kredit to: Dewan Masyarakat April 2012.
13 comments:
paling sadis bila kawen semua
puji melambung.kalau cerai,alasan
menghina sama je.
mulut manusia. selalunya macam tu la. kebaikan jarang disebut, yang buruk menjadi perbualan paling hangat :)
benda Allah tak suka.. semakin ramai yg buat.. ini sebab iman tidak kuat utk mnahan dugaan hidup
kalu bab beri alasan, macam2 boleh cakap sar.
aku pon akan ckp, "tak sefahaman", sebab mungkin paling cepat sampai kat otak time org pejabat tu tanya kat pasangan nak bercerai ni:
"hm..incek nak bercerai ni kenapa?"
"tak sefahaman" (sambil menjeling suami atau isteri)
hehe~ tak gitu..:)
macam kita duk promprang..promprang selama ni la sar oi, kalu takdak agama yg kuat, kawin sebab nafsu, kahwin sebab harta, susah nak kekal. kena kahwin kerana Allah noh (sila baca dalam nada macam orang tua lograt kedah :P)
ko ingat orang berkahwin tu tak rasa nak bercerai bila bergaduh? aku pernah tgk mak ayah aku bergaduh dulu2 masa kecik, sampai kitorg takut, kang bercerai kang diorang ni? :)
aku yakin, dalam setiap perkahwinan, mesti ada naik turunnya, dan mesti ada masa kita panas kat isteri atau kat suami, tapi yang paling penting, duduk ingat balik, kahwin tu ibadah, mengekalkan perkahwinan tu pon ibadah juga. last2 nak kekalkan sebab Allah. nak dapatkan berkat, nak dapatkan redha, tang tu gak depa ingat, maka tak jadi la bercerai. sebab ada agama dalam dada.
tapi tak ramai tahu pon bab ni, bila gaduh je.
"tak sefahaman betol la isteri aku neh" "aku cerai ko talak 300 kali", ehe~
pahadal, time tu marah je. mentang2 ada kuasa cerai, itu la orang takda ilmu agama yng cukup tapi nak kahwin.
sekian bebel aku.
hehe~
incik zulfattah>
selalunya begitulah. yang dilarang, yang ditentang, itulah yang manusia nak buat kan. :)
incik hansuke>
~ambik masa jap baca n faham komen kamu :P
tang "aku cerai ko talak 300x."
~amboi, tamak bebenor ye smpai 300. ahah. :P
erm yelakan. tujuan asal n pegangan yang penting sblum buat keputusan nak kawen. kalau kawen untuk suka2 je, apahal pulak kan. maknanya nak cerai pun suka2 jugaklah ye. ~buat sesak mahkamah je. hee. (klau kosong, takda kejelah pulak pguam sharie tu. :D)
time marah memang segalanya busuk ye tak? tu yang macam2 kuar tu. lagi kalau pegangan takbape nak ada, aduhai.. menari-nari incik syai yuu.. :P
thanks for your bebel beb :)
kaw take care :)
mintak simpang la nnt
salam
menakutkan tgk puratanya...minta dijauhkan...sudah byk pengajaran yang kita selalu baca dalam akhbar.
Salam sar...
peratus paling tinggi adalah "tak bertanggungjawab" samaada suami/isteri... -_-'
Nak kawin susah, nak cerai senang... :D
ish3, dunia... kian berubah (lagu 1Malaysia)
orang kata, saya rasa saya ada persefahaman dengan dia.. jadi saya nak kawin dengan dia..
walhal, tidaklah sama persefahaman semasa bercinta dengan persefahaman ketika melayari alam rumahtangga..
mungkin ada benarnya kata orang2 lama, sifat penting perkahwinan adalah kesabaran dan tolak ansur..
dan saya rasa, jika perkahwinan bukan dibina atas maksud untuk datang kepada agama, pasti ia akan menempuh jalan yg sukar.. kerana jalan menuju agamalah yg memberi nilai2 kemanisan.. (",)
As salam SAR,
Topic hangat ni!
Apa2 pun pernah dgr ustaz cerita, bila berkahwinnya anak adam akan menangislah syaitan kerana dia tak de peluang utk maksiat berleluasa tetapi syaitan tdk akan berputus asa maka terus menerus memperdaya serta memusnahkan...
Makanya, yg cantik jd buruk, yg wangi menjadi busuk... Maka bercerai berailah mereka... Wallahualam...
Nice sharing, salam perkenalan :))
encik delaroca>
inshaAllah. adanya pegangan yang cukup kuat dan tahu atas tujuan utama perkahwinanm inshaAllah. Dia sentiasa ada untuk lindungi kan, :)
mohamadazhan>
waalaikumussalam.
semuanya yang ditunjukkan kat dada akhbar, sebagai panduan dan peringatan kepada kita sendiri. :)
encik askura>
waalaikumussalam :)
eheh~ semangat cintakan negara nampak :D
Encik fuad>
bak kata orang jugak, kalau dah semuanya sama, takdalah warna kan. :) ~agaknyalah. orang takda pengalaman, maka tak tahu. :D
bab tolak ansur dan sabar, memang banyak kali saya dengar. mana2 pun orang cakap macam tu. mymum pun selalu cakap benda yang sama. kalau hati dah tak sabar, perasaan marah yang kuasai jiwa, tu yang segalanya out of control. hm, risaunya kalau hati tak dapat bersabar. hm.
cik marya yusof>
waalaikumussalam. salam perkenalan. :)
erm, betul. dgn perkahwinan sempurnalah separuh dari agama. Encik Syai memanglah berduka cita. tapi deme takkan nak terus berdukacita. pasti ada agend2 lain yg diatur untuk meruntuhkan umat anak cucu Adam.
sebab tu la kan, b4 kahwin kena prepare betul2. bukan prepare majlis gilang gemilang, buat kekuatan iman di hati untuk melalui alam rumahtangga sebab ada tanggungjawab yang lagi besar menanti.
thanks yep for comment. :D
Post a Comment