Friday, March 30, 2012

Bahagia sungguh!


Assalamualaikum :D ~ erm, entry hari jumaat dengan cover kosmo hari ni. :D


Agak-agaklah kan..., selain sebab akta yang dikenakan berbeza, kenapa kes yang melibatkan seorang model minum arak dihukum sebat dan denda duit tak silap dalam RM5000 kot kan... dan hanya hukuman RM25 atau 14hari penjara ini dikenakan kepada penari tiang?

Persamaannya tetap beragama islam kan... PEREMPUAN JUGAK kan... Langgar hukum jugak kan...

Tapi alhamdulillah. katanya nak dipinda akta KESALAHAN RINGAN 1955 ni. Baguslah macam tu kan.. kalau tak, takda la undang-undang syariah kita kena hentam dengan banyak pihak. Kesian deme...

Sebenarnya aku tak baca pun berita ni penuh. Sebab dekat 999 malam tadi pun dah keluar selain aku memang tak berapa nak rajin baca kes2 masalah2 sosial kita. Dah nama pun masalah kan, memang takdalah baiknya. Buruk sokmo... haish! astaghfirullahal'azim.. Tapi boleh jadi peringatan pada kita. Cuma bab denda RM25 tu...tak bape nak peringatlah aku rasa. Maunya semua nak jugak buat benda ni. Denda lagi murah dari gaji yang dia dapat kot kan.

~semoga diberi petunjuk. Aminn..
sekian



9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam dik... entahlah kakak paling ngeri bila melibatkan jenayah sosial sekarang nie... boleh senyum-senyum lagi bagaikan tak takut dosa ke apa?

Sedihnya bagaimana perasaan mak-ayahnya. Tak kan tak ada sekelumit rasa bersalah. Allah... jauhkanlah dari anak-anak kakak. takutnya...

s a r said...

waalaikumussalam kak zakie.

erm, tu yang takut jugak kak. banyak sangat dah peringatan yang Dia bagi. tapi, antara kita ada je yang buat macam ni jugak. nauzubillah...

inshaAllah kak. semoga anak2 akak boleh membanggakan (benda baik2 aja.) untuk mama dengan papa dia. :)

Admin said...

Assalamualaikum...

Kalau denda bawa penari dengar ceramah motivasi ada jgk faedahnya daripada denda RM25...rasanya buang masa je la naik turun mahkamah tu... ^_^

ewanthology said...

akta yang ada tak specific..itu yg susah.


ps : boleh tolong 'like' sesuatu tak? :-)

s a r said...

askura>

eheh. bawa mereka ok jugak tu. bab nak tak nak dengar je la kan. hee.


delarocha>

apakah ye encik?
:)

Mindaberbisa said...

Tiba di satu tahap, tiada yang berpatutan antara kesalahan dan hukuman.

Wan said...

Salam Cik Sar :)

baca tajuk ingatkan cik Sar tgh berbahagia :)

inilah antara kelemahan2 sistem perundangan ciptaan manusia.kes terlepas pandang..

seharusnya tindakan utnk membetulkan segera diambil oleh pihak pemerintah agar tidak menambah kerunsingan rakyat..

sama2 la kita terus berdoa agar kita dan bumi malaysia yg tercinta sentiasa berada dalam kasih sayang Allah swt.

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...datang nak tanya, kemana menghilang?? ^_^

fuad ansari said...

baru saya tahu erti sebenar kebahagiaan... (",)