Wednesday, February 2, 2011

Saya Kuat :p

(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
(Al-Imran:173)

Penat la kot aku tenung siling, tenung kipas, tenung lampu. Boleh tembus dah aku rasa. ~hish. nasib baik bukan cyclops. hehe. Macam tu jugalah aku rasa. Macam terngiang-ngiang je apa yang aku dengar hari ni dan hari-hari sepanjang aku jadi penunggu rumah. Rasa macam hal kecik je, tapi fikir mengalahkan ape je dah aku ni. Betul kot sahabatku bilang "kaw ni terlebih fikir agaknya". Eh? memang pun. Bukan takat tu je aku fikir, macam-macam lagi konflik. ish. Cuma hari ni aku rasa lain macam sikit. Padahal, apa yang aku dengar, tak seburuk yang sebelum ni. Mungkin disebalik kata-katanya yang buat aku macam ni. Perli makan dalam kot! cess. Ke sebab aku terlebih syak wasangka? tak fikir positif? whatever! lalala.. ;p

"sekiranya Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang hambanya pada waktu menghadapi tekanan, maka Dia akan menganugerahkan perasaan mengantuk sebagai perasaan tenteram sebagaimana perasaan mengantuk yang menimpa Thalhah ketika bertempur dalam perang Uhud, sehingga beberapa kali pedangnya terjatuh dari tangannya. Hal ini adalah sebagai tanda bahawa Thalhah boleh merasakan keadaan darurat perang sebagai rasa aman dan istirehat yang nyaman baginya"
(La Tahzan, 2008)

Alhamdulillah. Mengantuk! Yoshh. Mungkin itu la yang aku rasa tiap kali mendengar kata-kata puaka keramat. ~ahaks, agak melampau di situ ;p. Memang itu yang aku rasa tiap kali aku kena condemm dengan orang sekeliling. Memang tidurlah but, sekejap je dan lepas bangun dan sampai sekarang rasanya dok ulang tayang apa yang dah jadi hari ini dalam kepala aku. Rasa macam berbisik je kat telinga. But! bukan ghost ok! setan maybe? yang saja suka nak tengok aku gundah gelana macam ni. Ohh., tak mungkin selamanya macam ni. no no no.

"kepada mereka yang sangat sensitif terhadap sebarang kritikan disarankan agar mereka menuangkan sesuatu yang dingin ke dalam sarafnya ketika menghadapi kritikan yang zalim lagi jahat"
(??,2008 la tahzan)

Tak guna la pun kan if nak sound balik atau dengan erti kata lain maki balik orang yang agak tak berinsurans tu kan. Gila kurang ajar. Sia-sia je balajar bertingkat-tingkat tapi mental tahap zero.

Don't be sad! yup! itu terbaik.

"Sesungguhnya Dia sentiasa membela kita, para malaikat selalu memintakan keampunan untuk anda, orang-orang mukmin bersatu mendoakan diri kita setiap kali selesai soalat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik, dan di atas semua itu rahmat Allah selalu menyertai."
(LaTahzan,2008)



InsyaAllah. Be strong sar! chaiyo! Tabahlah wahai hati. Kuatlah hati. Sabarlah. SubhanaAllah. Banyak lagi hal yang belum kaw selesaikan sar. Cari gali balik law! Dah hari rabu ni. Yang adik kaw pesan pun kaw tak buat lagi. Dekat 10hb dah ni. Yang kawan kaw kirimkan pun kaw tak ambil tindakan. 9 and 10hb? hish! Jangan mengeluh! Orang yang mengeluh orang tidak redha dengan apa yang telah Allah takdirkan. ish. Jangan macam ni! Both of them. Remember that. waaa..

Tuesday, February 1, 2011

Sabar jangan sedih


"orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang bersabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang kita mengintai hikmahnya"
(Z.a,2008)


tabahlah wahai hati
tenanglah wahai hati
InsyaAllah



Don't be sad!
"Jangan bersedih. Lantaran kesedihan itu menakutkan engkau untuk menghadapi masa depan. Dan kesedihan itu tidak akan mengembalikan yang hilang dan yang pergi; tidak akan menghidupkan yang mati. Dan kesedihan itu juga daripada syaitan!"
(Z.a. La tahzan, 2008)


redha dari Mu
InsyaAllah



~dingin semakin mengigit. melemahkan neuron. melambatkan pemprosesan. kelewatan maklumat. melambatkan gerakan. melewatkan tindakan.
time to sleep

dengan namaMu ya Allah aku hidup dan aku mati
^_^

Monday, January 31, 2011

Memory


toast and strawberry jam
back to memory
~paralimpiad xiv~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah, berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka
aminn.

^__^

Irhamna

Tinggi menggunung dosa-dosaku
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu

Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Allah ya Rohman ya Rohim

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami
Ampun

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya Allah ya Rohman ya Rohim

Irhamna
~by opick



Sunday, January 30, 2011

Pencil box terbang

hehe. Tengah kemas-kemas pencil box yang agak bersepah dengan pen yang dah tak boleh pakai, teringat pulak kisah 'pencil box terbang' gara-gara angin satu badan kot time tu. huhu. Cuak tak cuak jugak la muka orang yang hampir kena tu. Tula, siapa suruh gurau tak kene masa. Kan dah dapat sebijik. Nasib baik tak kena. hehe.

Time tu darjah 6 kat sekolah agama. Tahu-tahu je la penat dari sekolah pagi, then petang kena pergi sekolah petang pulak. Dalam kes ni, aku yang agak pendiam (time tu) tiba-tiba boleh 'menerbangkan' pencil box hak milik sendiri ke muka otai sekolah time tu. haha. Budak lelaki ni antara yang agak paling terkenal la kot kat sekolah tu. Sama pulak kelas aku dan kelas aku pulak memang paling dikenali sebab Ustazah yang mengajar merupakan yang paling garang dalam sekolah dan semua murid paling takut la kot kalau jumpa. hehe.

Waktu tu, tak silap baru lepas break pukul 4. Mood aku pulak time tu kene tiupan angin mana ntah, memang nak hot je la. Tiba-tiba datang la si otai and the gang ni nak bergurau kononnya. Tapi malangnya, gurauan tidak boleh diterima akal time tu. Aku apa lagi, tangan tu ringan je nak angkat benda rasa nak baling je kat muka dorang. Kebetulanlah pulak pencil box aku yang ada atas meja. Memang sedap je la nak baling tanpa fikir panjang. Mula asalnya nak acah je, sekali aku baling betul. Ambik kaw! terabur isi perut pencil box aku keluar tingkap. Kalau dulu punya pencil box, memang trend yang besi tu. Bayangkanlah kalau kena muka, sia-sia je pecah terus jatuh saham. hehe.

Kebetulan la ustazah lambat masuk. Kalau tak, confirm dah dapat ketam free. hehe. Budak lelaki and the gang ni tercengang bila pencil box tu elok je lalu depan muka dia. Budak-budak lain semua terdiam tengok drama sebabak. haha. Malu aku sih! huhu. Masing-masing dah macam patung. Aku pulak dah terus duduk dengan muka baik punya ~dalam hati dah takut dah. huu. Si otai ni pulak, dengan baik hatinya keluar kelas pergi kutip balik semua isi pencil box aku. Dia datang balik kat aku and terus je say sorry. Waah! terkejut aku tapi aku still jugak buat muka konon taknak maafkan. haha. Masuk je ustazah, dia terus tanya "ni napa ni? sar, nape muka macam tu?" Satu kelas senyap. Aku pun diam tunduk je sebab dah takut. haha.

Esoknya, aku dah baik semula dah dengan budak lelaki tu. Dan semenjak tu jugaklah, takda lagi gurau yang agak liar daripada dia. Takut la kot kene lagi sebijik. Sia-sia je. Dorang mesti kata aku ni ganas betul. Tapi tu dulu la, sekarang takda dah yang terbang. hehe. Hati panas, segala-galanya out of control. Gila ganas kot. huhu. Sekarang budak lelaki tu dekat jadi ayah budak dah kot. hehe. Sekarang kalau terjumpa ke, dah tak tegur dah. Paling tak pun senyum je. hehe.~end of the story..

~hati kalau dah tengah marah, tak ingat apa dah. Tu yang kadang-kadang sampai buat kerja kurang bijak plus membodohkan diri tu. Ish ish. Istighfar la banyak-banyak. Astaghfirullah.. Alhamdulillah sekarang segalanya terkawal walaupun kadang-kadang tertamper jugak. Lemah sungguh la iman time tu bila digoda syaitan. SubhanaAllah.

~practise. 1998.

Berkasih kasihan


Kasih sayang seorang sahabat, kasih sayang acap kali hilang ditelan masa
Kasih sayang ibubapa, kasih sayang suci tanpa syarat
Kasih sayang Allah, kasih sayang kekal abadi

'Cinta dan sayang-menyayangi antara makhluk itu fitrah'
(h,2005)



Rasulullah saw bersabda bermaksud;

"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada di langit"




InsyaAllah
~jangan over pada yang tidak sewajarnya.. :p

Saturday, January 29, 2011

Iri hati

Rasulullah saw pernah bersabda;


Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang dirdhai Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkan pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari




Kalau rasa dah mula bertapak dalam hati?
sakit bukan?
hmm
SubhanaAllah
give me strenght to face any difficulties that You gave to me
InsyaAllah




Kosongkan Jiwa
Tenanglah wahai Hati




tears come out again!
be strong ok!
~_~