Salam.
Macam selalu, bila LOST.
Bila hati dipukul tsunami. Kacau bilau, hancur lebur.
Tak terluah, tak terkata. Libang-libu hati. DIA juga yang ada.
Kuat. Kena kuat sebab DIA ada.
Tabahlah lagi wahai hati.
Tuesday, July 23, 2019
Monday, June 10, 2019
List Name
Salam.
List Name dalam doa.
Pernah ada list name dalam setiap doa?
Aku paling takut bila list name yang ada kian bertambah saban hari.
Selalu terlintas, bila tiba masanya nanti, ada ke nama aku dalam doa orang lain macam mana aku selalu buat. :')
Bukan harapkan balasan.
Cuma biasanya, bila dah takde kita baru nak kenang. Bila depan mata, sikit pun orang tak pandang.
Kan?
Ke... Aku yang salah?
May Allah bless us. Ameen insya-Allah.

Wednesday, February 13, 2019
Penakut
Penakut.
Salam.
Semenjak ketiadaan nenda tersayang, aku jadi seorang yang penakut.
Sebabnya, kalau semua ahli keluarga keluar, akulah peneman yang ada. Walaupun kadang-kadang, aku dekat rumah atas, nenek dekat bilik bawah, aku tahu dia ada.
Tapi semenjak dia takde, aku jadi penakut. Penakut yang tak pernah-pernah aku rasa sebelum ni. Tak tahu apa yang aku takutkan.
Kalau sebelum ni, pukul 2 atau 3 pagi mata aku masih cerah lagi. Tapi bukan sekarang. Aku jadi penakut. Pukul 11 malam aku mula resah nak tidur sampaikan semua kerja aku akan bertangguh.
Genap dua minggu nenek tinggalkan kami, aku terus jadi penakut. Setiap hari, setiap kali hari mula menginjak malam, aku resah sendiri. Aku jadi takut dengan malam. Tak tahu apa yang aku takutkan. Macam-macam aku buat untuk larikan perasaan tu. Tapi entahlah. Makin aku buat tak tahu, makin kuat rasa tu.
Hmm...
Kadang-kadang aku rasa, mungkin ni la rasa yang aku kena tanggung atas dosa yang ada. :'(

Monday, February 4, 2019
Sakaratulmautt
Salam.
hmm...
Esok genap seminggu pemergian nenek aku pergi tinggalkan aku sekeluarga.
10.45 pagi 30hb Januari 2019 Rabu
Sempena ulangtahun kelahiran anak buah tinting.
Orang sekeliling cuma tahu yang aku memang membesar serumah dengan nenek sebelah ayah dari kecik lagi.
Gelak tawa, tangis, gaduh memang sekeluarga aku dengan nenek. Pergi mana-mana pun angkut jugak dia walaupun dia tak larat.
Dan aku, walaupun bukanlah cucuk terbaik dan juga bukan cucu kesayangan, sakit pening nenek, tetap depan mata aku.
Ya. Walaupun serumah, aku memang tak rapat sangat dengan nenek. Jarang bercakap. Aku bercakap bila perlu. Terutamanya semenjak nenek aku dah mula diserang sakit pelupa. Sebabnya aku tak nak tambah dosa yang sedia ada bila bercakap dengan orang tua yang dah tentu kita tahu dia dah macam tu.
Orang sekeliling mungkin tak tahu aku macam tu dengan nenek.
Tapi, aku betul-betul tak sangka dia akan hembuskan nafas yang terakhir depan mata aku. Masa aku sorang ditemani dua ketul yang berumur 3 tahun dan 2 tahun.
Aku yang takde pengalaman berhadapan dengan hamba-Nya yang bertemu dengan sakaratulmautt, memang menakutkan.
Hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa masa tu. 3 anaknya langsung tiada di sisi. Yang ada cuma aku dengan mak aku as menantu yang masa tu ada dekat luar rumah. Sedihnya masa tu, Dia yang tahu.
Cumanya, aku yang terpilih saat nafasnya ditarik sakaratulmautt. Sampai ke saat ini, aku terbayang-bayang.
Aku fikir satu aje, kalau dalam keadaan nenek aku duduk tenang di kerusi favoritenya Izrail boleh jemput nyawanya, macam mana pula kalau dalam keadaan kita sedang berbuat dosa? Nauzubillah...
Mati takkan terlewat atau tercepat sesaat. Semuanya tepat tanpa kita tahu.
..........
Aku doa, kita semua tidak mati dalam keaiban. Ameen Insya-Allah.
Moga yang baik-baik aje untuk semua.
.........
Aku lega sangat pemergian nenek aku, Dia permudahkan seluruhnya. Alhamdulillah.

Friday, January 25, 2019
25 Januari
Salam.
Selamat ulang tahun kelahiran buat mereka yang lahir pada tarikh hari ni.
Sebenarnya, dulu aku kaki ingat tarikh lahir orang. Tapi semenjak ada yang 'sound' macam ni bunyik dia..
"Kau tak payahlah ingat birthday aku. Sebab aku pun tak pernah ingat birthday kau."
Semenjak itu, habis semua birthday orang aku dah tak ingat dan sumpah betul-betul aku tak ingat termasuklah birthday kawan baik yang tak pernah mis aku wish. Dan sekarang, hari jadi family pun ada yang aku tak ingat. Haha
Selamat ulang tahun abah yang ke-63. May Allah bless you.
- walaupun sebenarnya aku tak pernah ucap depan-depan seumur hidup aku ni. haha. jangan terkejut. Aku bukan anak tak kenang budi. Dah budaya family aku macam tu. Tak pernah ada sambutan hari jadi sejak azali lagi. Nak ucap-ucap pun, memang jarang. Bila dah besar-besar ni je baru memasing nak ingat. tu pun wish dekat dalam whatsapp group family. eheh. Tapi aku tak kisah pun. Sebab biasanya mak aku akan jadi orang pertama wish birthday dekat semua anak-anak dia.
Sebenarnya abah sejenis yang di atas. Sama ada dia betul-betul tak ingat birthday semua orang, atau dalam hati sebenarnya dia ingat tapi buat-buat tak ingat. eheh
Tapi yang selalu aku perasan, birthday dia pun dia tak ingat. Bila anak-anak wish, barulaa dia kalut nak pergi hidupkan lesen dia. haha.
Anyway, aku sayang abah aku. huu
Tu ajelah nak tulis.
Oh sebelum terlupa. Bila aku dah ada kakak ipar dalam keluarga aku ni, dia selalu wish birthday semua orang. Dia ingat semua birthday semua ahli keluarga aku and biasanya dia akan beli kek. Dalam erti kata lain, kaki beli kek la.
Ok sekian.

~Sorry. Takde gambar abah aku. Sekadar hiasan. eheh
Ni gambar masa 23hb Dis 2018 majlis cousin aku. 😉
Wednesday, January 23, 2019
Duit bukan Tuan
Salam.
Bila bercakap tentang duit, dalam hidup hari ni semua orang perlukan duit.
Tapi duit bukan boleh semua benda yang kita nak.
Hari ni, bukan hal duit yang aku nak bebelkan. Tapi tentang tanggungjawab dalam menjaga orang sakit. Terutamanya mak ayah.
Aku tahu, begitu besarnya pahala menjaga orang sakit ni.
Tapi yang mengesalkan, buat mereka yang rasa tak bersalah mengabaikan tanggungjawab jaga mak ayah yang sakit.
Tetiba kau takde mood nak terus menulis. Haha
Akhir kata, jagalah mak ayah yang masih ada sebaik mungkin.
Sekian. Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)